Acara

Percutian Perak 2014

Sertai D. Gary Young di utara Idaho, A.S. yang bersih dan indah untuk Percutian Perak 2014! Diadakan di Coeur’d Alene, Idaho yang indah sekali dan di ladang Young Living di St. maries dari 31 Julai – 3 Ogos, acara penghargaan tahunan ini untuk semua pengedar Perak baharu merupakan pengalaman yang mesti dilalui oleh pemimpin Young Living yang meningkat naik.
Percutian akan menampilkan lawatan ladang dan kilang penyulingan yang mengagumkan dipimpin sendiri oleh Gary Young! Hadirin akan melihat sendiri proses Seed to Seal® yang merupakan teras kecemerlangan industri Young Living dan mendapat wawasan peribadi terhadap Seed to Seal semasa perjalanan langkah demi langkah bersama Gary.
Peserta juga akan mempelajari laluan terbukti ke arah mencapai kejayaan—dalam kehidupan peribadi dan perniagaan mereka. Pengedar Perak akan meninggalkan percutian dengan rasa diperbaharui, disegar semula, dan bersedia untuk membawa Young Living ke peringkat dunia!

Ladang St. Maries

Sebelum Young Living membeli tanah untuk ladang St. Maries pada 1992, kawasan bersih ini tidak pernah didedahkan kepada bahan kimia, racun serangga, atau baja buatan manusia, menjadikannya ideal untuk menanam botani seperti melissa, lavender, dan tansy.

Siapa yang Layak

Pengedar Perak baharu boleh menghadiri percutian dengan semua perbelanjaan ditanggung jika mereka telah mencapai kedudukan selama tiga bulan berturut-turut semasa tempoh kelayakan: 1 Mei 2013 – 30 April 2014. Ganjaran ini ditawarkan kepada seorang setiap pengedaran.

Tanggungjawab Tetamu

Tanggungjawab, faedah, dan tahap penyertaan tetamu berbeza mengikut percutian. Sila semak Terma dan Syarat kami untuk perkara khusus berkenaan Percutian Perak.

Apabila layak, peserta akan menerima jemputan dan butiran acara lain, termasuk maklumat hubungan untuk RSVP dan membuat aturan perjalanan. Untuk soalan, ahli di pasaran A.S., Kanada, dan Mexico boleh menghubungi pejabat Pusat, Timur, atau Barat, bergantung pada lokasi mereka, di east@youngliving.com, central@youngliving.com, atau west@youngliving.com. Ahli dalam semua pasaran lain boleh menghubungi pejabat setempat mereka.