Pasukan Kepimpinan Wilayah


APAC


Rick Arnold
Pengurus Besar, Australia dan New Zealand

Young Living mengalu-alukan Rick Arnold sebagai pengurus besar baharu untuk Australia dan New Zealand. Rick memiliki rekod hebat selama 30 tahun dalam industri jualan langsung. Beliau meluangkan 16 tahun dalam pengurusan korporat dan 10 tahun seterusnya sebagai pengedar hebat dengan pemimpin industri teratas.

Rick memegang Diploma Pendidikan, dengan pengkhususan sains, musik, psikologi dan Bahasa Inggeris. Beliau juga memiliki Sijil IV dalam pengurusan bahagian hadapan dan memegang sijil ijazah dalam pengurusan perniagaan daripada Universiti Adelaide. Sebagai Pengurus Besar Australia dan New Zealand, Rick bersemangat tentang Young Living, produk uniknya, dan falasfah syarikat serta merasakan terhubung secara peribadi dengan misi syarikat.
Toshimitsu Nakagawa
Pengurus Besar, Jepun

Lahir dan membesar di Jepun, Toshi berpindah ke Oregon, Amerika Syarikat semasa tahun dua di sekolah tinggi dan mendapatkan pendidikan kolej di Hawaii dalam bidang sistem maklumat. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Globis di Jepun.

Toshi juga memiliki pengalaman luas dalam perniagaan pemasaran rangkaian, bekerja untuk lima syarikat jualan langsung utama global selama hampir 10 tahun dalam bahagian jualan dan 10 tahun dalam bahagian pemasaran. Semenjak menyertai Young Living pada tahun 2019, beliau telah berkhidmat sebagai pengarah senior untuk jualan dan pemasaran sebelum menjadi Pengurus Besar Jepun.

Produk minyak pati kegemaran beliau adalah Peppermint, Sacred Frankincese™ dan Believe™.
Vance Yuan
Pengurus Besar, Greater China

Vance menyertai Young Living pada tahun 2016, membawa bersamanya kefahaman mendalam mengenai produk kesihatan, pengetahuan tentang pasaran global, dan pengalaman luas dalam pelbagai industri, termasuklah farmaseutikal, barangan pengguna bergerak pantas (FMCG), dan jualan langsung. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Sains dalam farmaseutikal dari Graduate Institue of Taipei Medical University.

Selepas menamatkan pengajian, beliau bekerja sebagai wakil jualan dan kemudian menjadi pengurus produk untuk MSD Taiwan, salah satu anak syarikat Merck. Beliau seterusnya menyertai Sanofi, organisasi kesihatan dan sains hayat sebagai pengurus produk senior. Pada tahun 2014, Vance mula bekerja sebagai pengarah pendidikan di Nu Skin utnuk Greater China. Dalam masa setahun, beliau memantau jabatan pemasaran untuk kedua-dua Taiwan dan Hong Kong. Beliau sangat bersemangat tentang memimpin Young Living Greater China mencapai kejayaan lebih besar.
Vance telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki. Beliau gemar membaca dan mengembara bersama keluarga dan rakan-rakan. Produk Young Living kegemarannya adalah Minyak Pati Jade Lemon kerana ia berasal dari tanah airnya, Taiwan.
Adeline Law
Pengurus Besar, Malaysia

Dengan 15 tahun dalam pengiklanan dan hampir satu dekad dalam industri jualan langsung, Adeline yang cukup mahir dalam pengurusan kategori wilayah arif benar tentang kepentingan memantapkan kepimpinan jenama. Beliau hanya mengambil masa dua tahun sebagai pengurus besar pasaran Malaysia untuk memimpin pasukannya menjadi antara lima pasaran terbaik di luar Amerika Syarikat, dengan pulangan dan pendaftaran tertinggi pada tahun 2021. Beliau berterima kasih kepada pasukannya yang berdedikasi dan kepimpinan pintar rakan jenama di Malaysia atas pencapaian ini.

Apabila beliau tidak meluangkan masa lapanganya dalam kerja kerja kebajikan, Adeline gemar mengunjungi muzium seni, mendengar muzik baharu, dan berbual tentang Star Wars. Dalam menjalani hari-harinya, Adeline menjadikan Dorado Azul, Vetiver, Believe™, dan Raven™ sebagai teman. Bagi sesi santai sebelah malam, beliau memastikan Tranquil™ dan Berbuli Fresh Breeze sentiasa ada di meja sisi katilnya.
Abbie Cheung
Pengurus Besar, Hong Kong & Macau

Abbie memiliki latar belakang mantap yang menggabungkan pendidikan kesejahteraan dan pemasaran majlis. Beliau adalah pemimpin Young Living yang fokus pada gaya kepimpinan dengan empati. Selepas menyertai Young Living Hong Kongpada tahun 2014, Abbie memainkan peranan kritikal dan penting dalam mengasaskan asas kukuh kejayaan terkenal Young Living Hong Kong & Macau. Baru-baru ini, Abbie meluangkan beberapa tahun kebelakangan ini dalam merintis pasukan kepimpinan rantau yang pertama menyelia kerja Pemasaran dan Acara di seluruh APAC. Abbie kini mengembalikan masa dan tumpuannya ke Hong Kong dengan pengalaman yang dimantapkan dan perspektif lebih luas untuk membawa pasaran mencapai kejayaan yang lebih hebat.

Pada waktu lapangnya, Abbie meikmati alam semula jadi dengan sami dan anaknya. Valor, Grounding, dan Northern Light Black Spruce merupakan produk Young Living kesukaannya untuk mengekalkan keseimbangan.




Ksatrio Yudho Sampurno
Pengurus Besar, Indonesia

Dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam lapangan Jualan dan Pemasaran dan MBA dari Southampton Busiuness School, Yudho tahu benar cara mengembangkan sesebuah syarikat. Pendekatan kerjasamanya dan keyakinannya bahawa tiada had dalam mencapai sesuatu merupakan dua asetnya yang paling berharga, paling dicari-cari yang membantu beliau mengukir nama dalam industri jualan langsung besar di negara tersebut. Untuk Tupperware dan Amway, beliau bertanggungjawab untuk kedua-dua pasaran tempatan dan APAC.

Minat Yudho pada kuasa minyak pati berkualiti tinggi membawa beliau ke Young Living Indonesia pada April 2019 sebagai Pengarah Jualan dan Pemasaran di Indonesia. Syarikat segera perasan akan kemahiran pintar beliau dalam berfikir dan mengatur strategi, lalu melantik beliau sebagai Pengurus Negara pada Oktober 2019.

Di luar pejabat,beliau membahagikan masa antara isteri dan dua orang anaknya, hobi automotifnya, berhubung dengan alam semula jadi serta kerja-kerja kebajikan. Produk Young Living kegemaran beliau adalah minyak pati Peppermint, Thieves®, DiGize® dan R.C.™



Lydia Aw
Pengurus Besar, Singapura

Lydia menyertai Young Living dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri FMCG, di mana beliau menggalas kepimpinan praktikal dan jawatan pengurusan umum di seluruh Asia. Beliau seorang profesional serba boleh dengan pengalaman luas dalam kedua-dua saluran perniagaan-kepada-pengguna dan pernigaan-kepada-perniagaan, memandangkan beliau memimpin pasukan Pemasaran dan Jualan dalam perniagaan yang matang dan berkembang pesat.

Sepanjang kerjayanya, Lydia sentiasa menghasilkan kejayaan dalam persekitaran mencabar dan juga berjaya memimpin perubahan budaya ke arah set minda juara dan kerja berpasukan. Beliau bersemangat membantu orang lain dan telah terbukti mampu memberi inspirasi dan memimpin pasukan yang berprestasi cemerlang. Lydia telah berkahwin dan memiliki empat orang anak dan gemar mengembara, membaca, dan menyanyi apabila mempunyai masa lapang.

AMERIKA


AMERIKA UTARA

AMERIKA LATIN

Manuel Ramirez
Pengurus Negara, Mexico

Manuel Ramirez mengenali Young Living buat kali pertama pada tahun 1997 apablia beliau bertemu dengan pengasas Young Living, D. Gary Young untuk menerokai satu perkongsian perniagaan. Walaupun perkongsian itu tidak berhasil, Manuel amat teruja apabila beliau berpeluang menyertai pasukan Young Living.

Manuel memiliki 24 tahun pengalaman dalam industri jualan langsung, serta ijazah dalam bidang kimia dan farmakologi. Beliau telah berkhidmat untuk pelbagai syarikat, termasuk Morinda Inc., 4Life Research, Market America dan Jeunesse Global dengan jawatan yang membenarkan beliau menguruskan pasukan jualan dan pemasaran dan berkhidmat sebagai pengurus besar.
Beliau telah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun dan dikurniakan dua orang anak perempuan yang cantik. Sekiranya beliau tidak berusaha keras mencipta strategi bagi pemasaran di Mexico, Manuel gemar meluangkan masa dengan berkayak, menghadiri persembahan teater dan bersantai bersama kawan-kawan dan keluarga.Produk Young Living kegemarannya merangkumi minyak pudina dan bersitrus.
Carlos Melendez
Pengurus Negara, Colombia

Carlos menyertai Young Licing Mexico pada tahun 2019 sebagai Pengurus Jualan di kawasan utara negara tersebut, dengan lebih lapan tahun pengalaman dalam industri pemasaran rangkaian serta semangat membantu orang lain, yang membawa beliau kepada kenaikan pangkat sebagai pengurus besar Colombia dan beberapa bulan kemudian, jawatan yang sama untuk Ecuador. Di Young Living, Carlos merasakan beliau menemui gaya hidup yang sihat dan gembira di mana beliau boleh mengubah hidup setiap insan yang ditemuinya.

Berasal dari utara Mexico, Carlos berkelulusan dalam Pengurusan Perniagaan dengan pengkhususan dalam kewangan di Instituto Tecnológico de Monterrey. Minyak pati Young Living kegemaran beliau adalah Peppermint sementara campuran minyak pati kegemarannya pula adalah Transformation™. Carlos gemar meluangkan masanya di rumah, bersama isterinya Denise.