Young Living Membuka Tirai Ibu Pejabat Global Baharu di Majlis Potong Reben

Ibu Pejabat unik yang menggabungkan reka bentuk menawan dengan inisiatif hijau

Lehi, Utah—29 Mei, 2019—Young Living Essential Oils, iaitu peneraju dunia minyak pati, hari ini meraikan pembukaan Ibu Pejabat Global di Lehi, Utah dalam sebuah majlis potong reben yang gilang-gemilang. Perasmian bangunan lima tingkat seluas 263,000 kaki persegi ini merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun syarikat yang ke-25.

Ibu Pejabat Global Young Living ini dibina bagi mencapai kelayakan pensijilan LEED dan Green Globe dan reka bentuknya yang unik ini mengatur ruang kerja untuk hampir 1,000 kakitangan di sekeliling atrium botani dengan dua jendela langit yang luas serta air terjun setinggi tiga tingkat. Dalam mengekalkan dedikasi Young Living terhadap alam sekitar dan matlamat sisa sifar, bangunan ini menyerlahkan lebih daripada 20 ciri-ciri mesra ekosistem, termasuk bumbung berpanel solar, dinding kaca dalaman bagi memaksimumkan pencahayaan semula jadi, sumber bahan pembinaan tempatan, stesen pengecas kenderaan dan sistem kitar semula yang ekstensif.

“Pembukaan sebuah ibu pejabat korporat yang baharu di Lehi bukanlah sesuatu yang baharu,” Kata Jared Turner, Presiden dan COO Young Living. “Dengan sebab itu, kami mahukan kampus kami lain daripada yang lain. Matlamat kami ialah untuk merealisasikan wawasan pengasas kami, D. Gary Young. Beliau membayangkan sebuah dunia di mana setiap individu dapat menikmati kehidupan penuh kesejahteraan. Oleh itu, kami telah berusaha sedaya upaya kami dalam pembinaan dan penyediaan bagi keperluan kakitangan kami. Di ibu pejabat ini, semua kakitangan, jiran tetangga dan rakan-rakan boleh menikmati makanan organik yang diperoleh daripada sumber tempatan di Vitality Café, serta kemudahan kakitangan termasuk gim dalam kampus serta latihan perseorangan di bawah subsidi syarikat, atrium dan taman untuk bersantai ketika hari bekerja.” Ciri-ciri tambahan termasuk Skyrider Amphitheater, rumah hijau kajian dan Muzium D. Gary Young yang akan dibuka pada musim panas 2019.

Bangunan baharu tersebut terletak di 1538 Sandalwood Drive di Lehi. Young Living menjemput para tetamu untuk berkunjung ke atrium, meneliti penyulingan minyak pati di makmal sains dan melawat muzium. Experience Center pula akan memberi peluang kepada orang awam untuk mengetahui lebih lanjut tentang ladang global Young Living, pelbagai kegunaan minyak pati dan produk terseduh minyak, komitmen Seed to Seal® terhadap kualiti, matlamat Ikrar 5x5 dan banyak lagi.

Majlis potong reben yang gilang-gemilang ini akan disulami dengan kata-kata daripada Mark Johnson, Datuk Bandar Lehi; Thom Carter, Pengarah Eksekutif UCAIR serta Mary Young, Jared Turner dan Ron Harris dari Young Living Essential Oils. Anggota Kongres Amerika Syarikat, Ben McAdams, akan menyampaikan ucaptama. Majlis ini akan distrim secara langsung di laman web Young Living dari 10 pg. – 11 pg., MT, dan boleh ditonton dengan mengelog masuk ke YoungLiving.com/ghqribboncutting.

# # #
Tentang Young Living Essential Oils
Young Living Essential Oils, LC, yang berpengkalan di Lehi, Utah dan merupakan peneraju dalam dunia minyak pati, menawarkan produk terseduh minyak paling berkualiti tinggi. Young Living mengambil serius tentang kepimpinan industri dengan menetapkan piawaian dengan komitmen proprietari Seed to Seal® terhadap kualiti, yang melibatkan tiga tunjang utama: Penyumberan, Sains dan Piawaian. Prinsip yang menjadi panduan ini membantu Young Living melindungi bumi dan menghasilkan produk yang tulen dan asli di mana ahli dapat berasa yakin menggunakannya dan berkongsi dengan rakan dan keluarga. Produk Young Living, yang dihasilkan dari ladang milik korporat, ladang kongsi dan pembekal yang diperakui Seed to Seal, bukan sahaja menyokong gaya hidup sihat tetapi juga memberikan peluang kepada lebih daripada 6 juta ahli global demi mencari tujuan dan kehidupan penuh kesejahteraan dengan melaraskan tugasan mereka dengan nilai dan minat mereka yang mendalam. Untuk maklumat lanjut, sila layari YoungLiving.com, ikuti @younglivingeo di Twitter atau like kami di Facebook.

Hubungi Media
Sebarang pertanyaan media, sila hubungi YoungLiving.com.