International Grand Convention 2019 oleh Young Living Essential Oils Menggegar Salt Lake City

Lebih daripada 32,000 individu mengembara ke Salt Lake bagi meraikan Ulang Tahun Young Living Yang Ke-25

Lehi, Utah – 24 Julai, 2019 – Young Living Essential Oils, iaitu peneraju dalam dunia minyak pati, telah berjaya menutup tirai acara International Grand Convention 2019. IGC merupakan acara unggul Young Living merangkumi pendidikan, jaringan dan sosial. Acara ini diadakan pada setiap musim panas di Salt Lake City dan ia mengumpul para ahli dalam organisasi demi pendidikan berterusan tentang amalam terbaik, inovasi terkini, pembangunan dan kegunaan minyak pati serta produk berkaitan kesejahteraan dari Young Living.

Tahun ini, Young Living meraikan pelancaran beberapa susunan makanan sampingan bernutrisi, alat solek daripada rangkaian alat solek Savvy Minerals®, deodoran dan ubat gigi yang bebas bahan sintetik, serta pembaur baharu yang bertemakan burung hantu untuk kanak-kanak. Sorotan daripada konvensyen 2019 ini termasuk ucaptama yang sangat menginspirasikan daripada penulis paling laris New York Times, iaitu John C. Maxwell, lawatan ke Ibu Pejabat Global Young Living yang baru dibuka dan ladang lavender Mona, pengembaraan blim terbesar yang pernah melalui ruang udara Utah dan persembahan penutup daripada Imagine Dragons. Dengan bantuan Guinness World RecordsTM, ahli Young Living juga berjaya menetapkan satu rekod dunia yang baharu bagi penyumbang paling banyak pada mural corak bibir dalam masa seminggu, yang menjadi sebahagian daripada Rekod Clean Kisses, iaitu sebuah acara penjenamaan bagi rangkaian alat solek Savvy Minerals dari Young Living.

Dalam mengekalkan posisinya sebagai autoriti dalam penyelidikan minyak pati, Young Living dan Institut Penyelidikan D. Gary Young juga telah mengumumkan kerjasama dengan NASA dan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Dalam kerjasama yang pertama, entity yang terlibat akan menghantar minyak pati dan benih tumbuh-tumbuhan ke Stesen Angkasa Antarabangsa untuk mengkaji kesan radiasi solar dan potensi produk-produk minyak pati. Selama sebulan, pelbagai sampel akan ditempatkan di ISS, di mana mereka akan didedahkan pada radiasi solar dan kemudian akan dibandingkan dengan sampel yang serupa yang ditinggalkan di bumi.

CEO dan Pengasas Bersama Mary Young menegaskan bahawa, “Dalam tempoh 25 tahun, Young Living Essential Oils telah berkembang daripada sekadar impian suami saya, iaitu Pengasas Young Living, D. Gary Young, kepada sebuah legasi yang didukung oleh lebih daripada 6 juta ahli di seluruh dunia. Acara International Grand Convention 2019 melambangkan satu lagi batu loncatan yang harus kita bina bersama. Cinta kita terhadap minyak pati serta bumi, yang menghasilkan minyak pati, akan terus menjadi fokus global pada syarikat ini untuk 25 tahun yang akan datang dan seterusnya, dalam kita menerajui tujahan kelestarian dan terus menetapkan aras yang tinggi dalam industri bagi bidang sains, piawaian dan penyumberan beretika.

Lebih daripada 32,000 individu menyertai International Grand Convention 2019, yang hadir dari 43 buah negara yang berbeza bagi meraikan sambutan jubli perak syarikat dan menambahkan anggaran $23 juta kepada ekonomi tempatan. International Grand Convention Young Living yang seterusnya dijadualkan berlangsung pada 17-20 June, 2020.

# # #
Tentang Young Living Essential Oils
Young Living Essential Oils, LC, yang berpengkalan di Lehi, Utah dan merupakan peneraju dalam dunia minyak pati, menawarkan produk terseduh minyak paling berkualiti tinggi. Young Living mengambil serius tentang kepimpinan industri dengan menetapkan piawaian dengan komitmen proprietari Seed to Seal® terhadap kualiti, yang melibatkan tiga tunjang utama: Penyumberan, Sains dan Piawaian. Prinsip yang menjadi panduan ini membantu Young Living melindungi bumi dan menghasilkan produk yang tulen dan asli di mana ahli dapat berasa yakin menggunakannya dan berkongsi dengan rakan dan keluarga. Produk Young Living, yang dihasilkan dari ladang milik korporat, ladang kongsi dan pembekal yang diperakui Seed to Seal, bukan sahaja menyokong gaya hidup sihat tetapi juga memberikan peluang kepada lebih daripada 6 juta ahli global demi mencari tujuan dan kehidupan penuh kesejahteraan dengan melaraskan tugasan mereka dengan nilai dan minat mereka yang mendalam. Untuk maklumat lanjut, sila layari YoungLiving.com, ikuti @youngliving di Instagram atau like kami di Facebook.

Hubungi Media
Sebarang pertanyaan media, sila hubungi prinquiries@youngliving.com