Kualiti Young Living

Seed to Seal

Young Living menetapkan piawaian untuk ketulenan dan keaslian pada minyak pati kami. Kami memantau dengan berhati-hati pengeluaran minyak pati dari mula hingga akhir melalui proses Seed to Seal® kami yang unik, memastikan ketulenan setiap minyak pati dan melindungi tenaga kehidupan semula jadi dalam setiap botol.

Kami telah menyelia dengan tekun selama lebih dari dua dekad setiap langkah proses ini di semua ladang kami, termasuk di ladang global serta di ladang rakan niaga kami yang dipilih secara teliti. Komitmen kepada kualiti yang tiada bandingan ini boleh memberikan anda keyakinan bahawa minyak pati dan produk seduhan minyak Young Living yang anda gunakan di rumah adalah selamat dan berkesan.

Benih

Minyak pati yang berkesan diperoleh daripada benih dan tumbuhan yang telah ditentusahkan berdasarkan potensi minyak patinya oleh pakar Young Living dengan kerjasama daripada pakar universiti.

Penanaman

Ladang Young Living yang terletak di seluruh dunia berdedikasi untuk mencapai kaedah penanaman dan penuaian yang terbaik. Pakar kami juga ke seluruh dunia mengunjungi ladang koperasi kami bagi memastikan bahawa proses penumbesaran dan penanaman mereka selari dengan piawaian tinggi kami. Operasi ini menyediakan sumber berterusan bagi minyak pati yang memenuhi piawaian Young Living yang mementingkan kualiti.

Penyulingan

Dengan menggabungkan teknik purba dan moden, Young Living kini dikenali sebagai pencetus inovasi dalam penyulingan minyak pati. Kami menggunakan teknik proprietari dan lembut bagi mengekstrak secara wap minyak pati yang paling berkesan, serta menggunakan penekanan sejuk dan kaedah penorehan resin bagi minyak tertentu.

Ujian

Young Living tidak pernah menerima minyak yang dicairkan atau yang tercemar. Bagi menjamin kualiti yang konsisten, minyak kami diuji di makmal dalaman Young Living sendiri, juga di fasiliti pihak ketiga, bagi memastikan yang ia memenuhi spesifikasi yang ketat, melangkaui piawaian antarabangsa, dan mengandungi tahap sebatian bioaktif semula jadi yang optimum.

Pembungkusan

Young Living melengkapkan proses Seed to Seal dalam kilangnya seluas 107,000 kaki persegi di Spanish Fork, Utah. Dengan menggunakan peralatan tercanggih, setiap minyak pati dibotolkan dengan berhati-hati ke dalam botol kaca ambar berperlindungan—sedia untuk dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia.