Ladang Young Living

Dari berekar-ekar lavender di Utah hingga ke berbaris-baris pohon eucalyptus yang harum di Ecuador, ladang global kami terus melambangkan ketulenan dan kualiti dalam segala yang kami lakukan.

Dengan menanam, menuai dan menyuling pelbagai minyak pati di atas ladang kami sendiri, kami mempunyai keupayaan yang unik untuk menentusahkan ketepatan dalam setiap langkah proses kami. Gabungan keupayaan ini dengan ujian makmal dan audit bebas telah membuktikan bahawa kami telah melangkaui piawaian kualiti kami sendiri sebagai peneraju dalam industri. Komitmen kami terhadap kualiti tidak berakhir di sini sahaja. Dengan berinspirasikan ladang, hutan dan kayu-kayuan yang mengelilingi ladang asli kami, Gary Young terus menerokai tanaman botani dan minyak pati yang baharu dan membawakan lebih banyak hasil semula jadi yang menakjubkan kepada individu di seluruh dunia.

Ladang Lavender Utah, A.S.

Ladang Whispering Springs di Mona, Utah merupakan ladang herba dan kilang penyulingan yang terbesar di dunia yang menyerlahkan hampir 1,400 ekar keharuman herba dan dibuka kepada pelawat sepanjang tahun.

Dibuka kepada umum untuk menuai lavender, kelas minyak pati, lawatan kilang penyulingan dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut .

Ladang Young Living, Ecuador

Dari eucalyptus blue hingga ke serai dan palo santo, Finca Botanica Aromatica yang seluas 2,000 ekar menghasilkan pelbagai tanaman di atas tanahnya yang subur dan mempunyai kilang penyulingan yang moden.

Dibuka kepada umum ketika Pengembaraan Amazon Tahunan yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti meredah hutan, latihan minyak pati, lawatan ladang, kilang penyulingan dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut.

Ladang St. Maries Idaho, A.S.

Lanskap semula jadi yang asli dan tanah yang subur serta dikelilingi hutan malar hijau menjadikan St. Maries satu lokasi yang ideal untuk menanam dan menuai lavender, melissa dan tansy.
Dibuka kepada rakan jenama ketika penuaian lavender pada musim panas dan penuaian balsam ketika musim sejuk. Dibuka kepada umum untuk lawatan kilang penyulingan. Hubungi 208-245-2745.

Ladang Highland Flats Idaho, A.S.

Ladang Highland Flats kami yang terletak di pedalaman Naples, Idaho subur dengan tanaman balsam fir, pine, red cedar Barat dan pelbagai jenis spesis tumbuhan yang amat terkenal dengan unsur kebaikannya.

Dibuka kepada rakan jenama untuk penuaian musim sejuk dan projek penanaman semula hutan musim bunga.

Ladang Simiane-la-Rotonde Simiane, France

Ladang herba harum Simiane-la-Rotonde yang terletak di tepi pergunungan Provence menghasilkan lavender, lavandin, rosemary dan clary sage.

Ladang Salalah, Salalah, Oman

Ladang Salalah yang terkenal dengan penanaman tumbuhan sacra Boswellia menghasilkan minyak Frakincense yang berharga melalui penyulingan. Young Living merupakan satu-satunya syarikat di dunia ini yang memperoleh kebenaran untuk mengeksport minyak yang bernilai ini ke dunia Barat.