Perihal Young Living

Komuniti kesejahteraan kami bermula secara kecil-kecilan pada 1993 apabila Gary Young membangunkan operasi pertanian dan penyulingan herba organiknya yang pertama. Pada masa itu, Gary sudah menemui keberkesanan minyak pati yang menakjubkan. Oleh kerana kualiti minyak yang boleh diperolehi adalah sangat berbeza, beliau tidak dapat memanfaatkan potensi kualiti minyak itu dengan sepenuhnya. Meskipun beliau tahu yang minyak pati tulen mampu menghasilkan keputusan yang menakjubkan, beliau dapati bahawa minyak yang diubah atau dicampur dengan bahan kimia di pasaran selalunya tidak berkesan dan juga berbahaya.

Young Living mengubah semua itu. Apabila Gary membangunkan lebih banyak tanah ladang di Utah dan Idaho, beliau mula menanam lavender, pepermin, melissa, clary sage, dan banyak herba lain. Didorong oleh permintaan minyak pati tulen yang semakin meningkat, Young Living mereka bentuk dan membina kilang penyulingan yang paling besar dan paling canggih dari segi teknologi bagi pengeluaran minyak pati di Amerika Utara. Pada masa yang sama, syarikat kami yang semakin berkembang juga membangunkan standard Young Living yang inovatif, yang mengekalkan integriti dan keaslian minyak pati semula jadi.
Hari ini, Young Living telah berkembang menjadi peneraju dalam minyak pati dan penyelesaian kesejahteraan. Beribu pejabat di Lehi, Utah, dan mempunyai pejabat di Australia, Eropah, Kanada, Jepun dan Singapura, serta ladang di seluruh dunia, Young Living tetap mengekalkan wawasan asal Gary Young. Dengan komitmen kami yang tinggi terhadap ketulenan minyak pati, kami telah memberi inspirasi kepada jutaan individu di serata tempat untuk merasai kenikmatan kesejahteraan dan keharmonian semula jadi, mencipta kemewahan sebagai rakan jenama Young Living, dan menemui peluang baharu demi perubahan sepanjang hayat.