Program Essential Rewards

Program Essential Reward

Pastikan produk Young Living sentiasa ada bersama anda! Rebut peluang Essential Rewards iaitu program penghantaran automatik Young Living yang menghantar produk kegemaran anda dengan mudah terus ke rumah anda. Program kesetiaan yang padat dengan faedah ini boleh didapati secara eksklusif kepada pelanggan borong Young Living.

Penghantaran Mudah Bulanan

Nikmati kemudahan penghantaran bulanan automatik. Buat pesanan anda dan bersantailah sementara produk kegemaran anda dihantar terus ke rumah anda setiap bulan.

Penghantaran Terdiskaun

Pesanan Essential Rewards melayakkan anda untuk caj penghantaran dengan diskaun. Berikut merupakan caj penghantaran bagi pesanan Essential Rewards:
0kg - 1kg : RM 8.00
1.01kg - 3kg : RM10.00
3.01kg - 6kg : RM13.00
6kg dan ke atas: RM20.00

Bonus Eksklusif

Pelanggan Essential Rewards yang layak mendapat komisyen dengan membuat pesanan sekurang-kurangnya 100 PV setiap bulan juga boleh mendapat peluang pendapatan eksklusif. Ketahui lebih lanjut tentang Pelan Ganjaran Young Living .

Mata Ganjaran Eksklusif

Dapatkan mata ke arah pembelian produk untuk masa hadapan dengan setiap pesanan Essential Rewards. Semakin Essential Rewards anda meningkat setiap bulan, semakin banyaklah ganjaran anda!
1–3 bulan berturut-turut: 10 peratus bagi setiap pesanan Essential Rewards
4–24 bulan berturut-turut: 20 peratus bagi setiap pesanan Essential Rewards
25 bulan atau lebih berturut-turut: 25 peratus bagi setiap pesanan Essential Rewards
Sebagai contoh, dapatkan pesanan 100 PV Essential Rewards anda dalam 3 bulan yang pertama dan dapatkan 10 mata bagi setiap bulan untuk menebus produk percuma. Lagi banyak anda tempah, lagi banyak mata yang anda boleh tebus untuk mendapatkan produk Young Living dengan percuma.

Hadiah Eksklusif

Apa yang lebih menyeronokkan ialah pelanggan setia Essential Rewards akan menerima hadiah eksklusif apabila mereka terus setia dengan program tersebut selama 3, 6, 9, 12, 24, dan 36 bulan. Selepas 36 bulan, anda akan menerima hadiah bagi setiap pesanan dalam 12 bulan berturut-turut!
*Jika anda terlangkau satu pesanan ER, kelayakan anda akan dikira semula (termasuk kelayakan penerimaan hadiah) dari mula.

Mari Mulakan

Sertai sebagai pelanggan Essential Rewards melalui tiga langkah mudah.
1. Daftar sebagai Rakan Jenama Bebas Young Living:
Dalam talian melalui Virtual Office.
Atau di talian bebas tol 1800 189 889
2. Pilih produk Young Living kegemaran anda dalam pesanan sekurang-kurangnya 100PV.
Dalam talian melalui Virtual Office
Bagi menguruskan pesanan Essential Rewards anda, sila log masuk ke Virtual Office atau hubungi Member Services, di mana anda akan dibantu oleh ejen Member Services kami.
Penyertaan memerlukan pendaftaran dengan pesanan tetap sekurang-kurangnya 100 PV secara bulanan. Young Living berhak mengecualikan apa-apa barang yang tidak tersedia.
Anda tidak akan mendapat PV ke atas produk yang dibeli dengan mata yang diperoleh daripada Essential Rewards. Mata tersebut boleh ditebus sepenuhnya untuk produk PV sahaja. Sesetengah barang, seperti barangan promosi, mungkin tidak tersedia untuk dibeli menggunakan mata yang diperoleh daripada Essential Rewards. Pengecualian lain mungkin terpakai. Pelanggan bertanggungjawab ke atas penghantaran, pengendalian, dan apa-apa cukai penghantaran yang berkaitan. Pembatalan mana-mana pesanan Essential Rewards akan membatalkan semua mata yang diperoleh daripada Essential Rewards yang belum digunakan dan menetapkan semula penyertaan bulanan dalam program ini kepada sifar. Mata yang diperoleh daripada produk yang dikembalikan akan dibatalkan.
Bulan yang didaftarkan dalam Essential Rewards hendaklah berturutan. Bulan satu bermula pada masa pendaftaran. Mata tidak boleh ditebus sehingga seorang pelanggan menyertai Essential Rewards selama dua bulan berturut-turut. Pelanggan boleh tebus sehingga 375 mata untuk setiap bulan. Mata akan luput di atas dasar pusingan 12-bulan, bermakna anda boleh gunakannya selama 12 bulan daripada tarikh anda mendapatkan mata tersebut. Jika anda keluar daripada program Essential Rewards tersebut, semua mata anda akan terbatal. Secara umum, satu mata bersamaan dengan $1. Tebus mata yang diperoleh dengan menghubungi Perkhidmatan Pelanggan di 1800 189 889