Dasar Privasi

Kenyataan Privasi


Polisi ini berkuat kuasa pada 12 Februari 2018.

Ini adalah laman web ‘Young Living Essential Oils’

Young Living Malaysia ("kami" atau "kita") komited dalam melindungi privasi anda. Polisi Privasi ini memaklumkan anda bagaimana kami mengumpul, mengguna, menyimpan, memindah dan mendedahkan maklumat peribadi anda. Dengan memberikan maklumat anda, anda bersetuju untuk maklumat peribadi anda diproses berdasarkan Polisi Privasi ini, tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Dalam Polisi Privasi ini, "ahli" merujuk kepada mana-mana individu yang menyertai pengedar bebas untuk menyertai pelan pampasan Young Living.

Alamat pos kami ialah

Young Living Malaysia Sdn Bhd Ground Floor, Tower 7
Avenue 3, Bangsar South
No. 8 Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Kami boleh dihubungi melalui e-mel di custservmy@youngliving.com, atau anda boleh menghubungi kami menerusi telefon di talian bebas tol 1 800 189 889 atau dengan nombor telefon pejabat (+603 2714 8714).

Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju untuk mematuhi dasar-dasar berikut yang berkaitan dengan pengumpulan dan privasi data peribadi:

Pengiktirafan, Pengumpulan, dan Penggunaan Data Peribadi

Apabila anda melawat laman web kami, pelayan laman kami mengecam secara automatik nama domain komputer anda sahaja, bukan alamat e-mel atau sebarang maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi yang lain. Ini menjadikan kunjungan anda tanpa nama secara virtual, melainkan jika anda melayar masuk ke salah satu kawasan yang berjaya dikawal di laman kami atau memberi maklumat peribadi lain secara sukarela (seperti maklumat soal selidik dan/atau pendaftaran laman, nama dan alamat, nombor telefon, dan maklumat bayaran). Kami juga akan mengumpul maklumat terkumpul tanpa nama tentang laman mana anda dan pengguna lain layari atau lawati; maklumat spesifik pengguna berkenaan laman apa yang dilayari atau dilawati anda dan pengguna lain; dan sebarang maklumat yang diberikan secara sukarela oleh anda, pengguna, berkaitan perniagaan kami.

Maklumat terkumpul yang kami kumpulkan digunakan untuk pelbagai tujuan berbeza bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada anda. Antara tujuan ini ialah menambah baik kandungan laman web kami; untuk menyesuaikan kandungan dan/atau reka letak laman kami untuk setiap pelawat; dan untuk memaklumkan pengguna kami tentang kemas kini pada laman web kami.

Jika anda memberikan data peribadi anda kepada Young Living, anda dengan ini bersetuju yang kami boleh mengumpul, menyimpan, memproses, mendedah, mencapai, mengulas dan/atau menggunakan data peribadi bagi memberikan perkhidmatan kepada anda berkaitan laman sesawang ini dan/atau sebarang tujuan pengurusan atau operasi lain.

Sehubungan dengan perkara di atas, kami boleh mendedah, memindah, dan menggunakan data anda bersama-sama entiti subsidiari dan gabungan kami. Selain itu, kami mungkin mendedahkan data anda kepada pihak luar hanya jika pendedahan tersebut perlu bagi memberikan anda perkhidmatan yang anda langgani, dan hanya untuk keperluan tersebut.

Seperti yang dimaklumkan, kami akan mendedahkan data peribadi yang telah kami kumpul hanya apabila dibenarkan berbuat demikian berdasarkan permintaan badan berkuasa kerajaan menjalan siasatan dan/atau menurut perintah mahkamah; untuk mengesah atau menguatkuasakan pematuhan polisi dalam mentadbir laman web kami dan undang-undang terpakai; atau untuk melindungi sebarang salah guna atau penggunaan tanpa kebenaran laman web kami. Maklumat tertentu tentang anda mungkin boleh didapati pengedar sah, yang boleh melihat maklumat berkaitan sejaran pesanan produk, nama, dan alamat pengedar atau pelanggan dalam rangkaian bawah mereka sendiri, tetapi mkalumat bayaran yang anda berikan kepada kami untuk memesan produk anda hanya akan didedahkan kepada kakitangan Jabatan Khidmat Pelanggan untuk memenuhkan pesanan anda, dan tidak akan boleh didapati pihak luar ketiga untuk sebarang tujuan melainkan siasatan yang sah. Pengenalan Sekuriti Sosial Pembayar Cukai atau sebarang bentuk nombor pengenalan lain juga mungkin dikumpul daripada anda apabila anda mendaftar sebagai pengedar Young Living tetapi hanya akan digunakan dalam urusan berkaitan polisi Lembaga Hasil Dalam Negeri - maklumat ini tidak boleh didapati oleh mana-mana individu lain untuk sebarang tujuan lain.

Data peribadi anda boleh dpindah, disimpan dan/atau diproses di Amerika Syarikat atau mana-mana negara atau wilayah di luar Amerika Syarikat dan anda mengizinkan pemindahan, penyimpanan dan/atau pemprosesan data peribadi anda kepada mana-mana bidang kuasa asing. Kami walau bagaimanapun akan memastikan mana-mana pihak yang menerima data peribadi anda daripada kami memberikan perlindungan standard terhadap data peribadi ini sekurang-kurangnya setanding dengan perlindungan di bawah undang-undang perlindungan data terpakai di Amerika Syarikat dan/atau mana mana undang-undang tempatan terpakai.

Penggunaan "Cookies"

"Cookies" (Kuki) ialah satu untaian maklumat yang dikumpul apabila anda melawat laman kami bagi menambah baik pengalaman anda semasa melayari laman web kami. Kami menggunakan "cookies" untuk menyimpan pilihan pelawat, seperti item yang diletakkan dalam troli beli belah dalam talian anda, untuk menjadikan interaksi anda dengan laman kami lebih peribadi. Pelayar web boleh diubah suai untuk menghalang pengumpulan kuki, namun, ini mungkin memberi kesan kepada aktiviti melayari laman web anda. Jika anda mahu menghalang pengumpulan kuki, bahagian "Help" dalam pelayar anda akan memberi arahan cara melumpuhkan ciri ini.

Penggunaan Alamat E-Mel Anda dan Memilih Untuk Keluar

Apabila anda menjadi ahli Minyak Pati Young Living, anda memberikan alamat e-mel dan memilih untuk tidak terkecuali daripada menerima e-mel komunikasi daripada Young Living dan/atau jika anda mendaftar untuk menerima e-mel komunikasi daripada Young Living menerusi format lain, anda mungkin menerima e-mel berkala daripada kami atau daripada vendor pihak ketiga yang dipercayai hanya dengan maklumat berkaitan produk baharu, perkhidmatan, acara akan datang, atau topik lain. Jika anda tidak mahu menerima e-mel tersebut, sila maklumkan kepada kami dengan menelefon talian bebas tol kami 1800 189 889 atau nombor telefon pejabat (+603 2714 8714) atau dengan menghantar permintaan anda kepada kami menerusi e-mel ( custservmy@youngliving.com ) atau kiriman pos kepada alamat pada bahagian atas halaman ini.

Semasa membuat permohonan anda, sila berikan kami alamat e-mel anda yang tepat, supaya kami dapat memenuhi permintaan anda dengan tepat.

Penggunaan Alamat Pos anda dan Memilih Untuk Keluar

Jika anda memberikan alamat pos anda kepada Young Living, anda mungkin menerima kiriman berkala daripada kami atau daripada vendor pihak ketiga terpilih yang dipercayai hanya dengan maklumat berkaitan produk baharu dan perkhidmatan atau acara akan datang. Jika anda tidak mahu menerima kiriman berikut, sila maklumkan kepada kami dengan menelefon nombor telefon di atas atau dengan menghantar permintaan anda kepada kami menerusi e-mel atau kiriman pos kepada alamat pada bahagian atas halaman ini.

Semasa membuat permohonan anda, sila berikan kami nama yang tepat dan alamat, supaya kami dapat memenuhi permintaan anda dengan tepat.

Penggunaan Nombor Telefon Anda dan Memilih Untuk Keluar

Individu yang memberikan kami nombor telefon mereka dalam talian akan menerima panggilan telefon berkala daripada kami atau vendor pihak ketiga terpilih yang dipercayai hanya dengan maklumat berkaitan produk baharu dan perkhidmatan atau acara akan datang, serta panggilan telefon khidmat pelanggan daripada Jabatan Mesra Pelanggan kami. Jika anda tidak mahu menerima panggilan telefon seperti ini, sila maklumkan kepada kami dengan menelefon talian bebas tol kami atau dengan menghantar permintaan anda kepada kami menerusi e-mel atau kiriman pos ke alamat di bahagian atas halaman ini.

Semasa membuat permohonan anda, sila berikan kami nama dan nombor telefon supaya kami dapat memenuhi kehendak anda dengan tepat.

Pengiklan Pihak ketiga

Kami tidak bekerjasama dengan atau mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana syarikat server iklan.

Perubahan Dasar Privasi Kami

Dari masa ke semasa, kami mungkin menggunakan maklumat pelanggan kami untuk kegunaan baharu, tidak dijangkakan yang tidak disebut dalam notis privasi kami sebelum ini. Jika amalan maklumat kami berubah pada satu-satu masa di masa akan datang, kami akan memuat naik perubahan polisi ke laman web kami untuk memaklumkan anda tentang perubahan ini dan kami akan menggunakan data yang dikumpul pada masa polisi tersebut berubah dan seterusnya untuk tujuan baharu ini. Jika anda khuatir tentang bagaimana maklumat anda digunakan, anda perlu memeriksa laman web kami secara berkala.

Pelanggan boleh menghalang maklumat mereka daripada digunakan untuk tujuan selain daripada yang asalnya dengan menghubungi kami di nombor telefon di atas atau dengan menghantar permohonan anda kepada kami melalui e-mel atau pos di alamat di bahagian atas halaman ini.

Mengakses Maklumat Peribadi Anda

Berdasarkan permintaan, kami akan memberikan capaian kepada pelawat berkenaan butiran maklumat tentang mereka yang kami simpan. Pengguna boleh mencapai maklumat ini dengan menelefon kami di nombor telefon di atas dan kemudian membuat pengesahan maklumat sekuriti yang hanya diketahui anda dengan Jabatan Khidmat Pelanggan, sebelum menerima capaian kepada data yang diminta.

Membetulkan Ketidaktepatan Fakta

Jika ada sebarang ketidaktepatan fakta dalam mana-mana maklumat yang kami simpan berkenaan anda yang anda mahu kami betulkan, sila maklumkan kepada Jabatan Khidmat Pelanggan di nombor telefon di atas.

Langkah Berjaga-jaga Sekuriti Laman Web

Berkenaan dengan keselamatan laman web, apabila kami memindahkan dan menerima jenis-jenis tertentu maklumat sensitif, seperti maklumat kewangan misalnya, kami melencongkan pelawat ke server yang selamat. Kami juga mempunyai langkah keselamatan sesuai di fasiliti fizikal kami untuk melindungi sebarang kehilangan, salah guna, atau pemindaan maklumat yang kami kumpul daripada anda di laman kami.

Komitmen Kami kepada Privasi Kanak-kanak

Kerana privasi maklumat kanak-kanak sangat mustahak, kami tidak mengumpul maklumat daripada individu di bawah usia 18 tahun dengan sengaja, dan laman web ini tidak distrukturkan untuk menarik minat sesiapa di bawah usia tersebut.

Kebertanggungjawaban

Jika anda merasakan laman web ini tidak mematuhi polisi maklumat yang dinyatakan, anda boleh menghubungi kami pada alamat atau nombor telefon di atas.