Program Bonus Silver Bound

Memperkenalkan program bonus Silver Bound

Pembaikan menakjubkan dalam perniagaan Young Living sedang menanti anda. Rising Star dan Elite Express akan mengucapkan selamat tinggal, Silver Bound pula akan menyusul! Anda kini menuju ke arah membangunkan peniagaan dengan lebih berstruktur dan melestarikan kejayaan dengan program bonus Silver Bound yang baharu ini. Ketahui impak perubahan pelan pampasan yang mengagumkan ini terhadap anda dan perniagaan anda.

Tetapkan matlamat anda

Kami akan menamatkan program bonus Rising Star dan Elite Express bagi memberi ruang kepada kaedah baharu dan lebih mantap dalam memperoleh ganjaran. Jika anda berada dalam program Rising Star, anda hanya akan dapat memperoleh apa-apa bonus atau mata sehingga 31 Mei sahaja. Sehingga itu, teruskan usaha anda dalam memperoleh lebih ganjaran dan mencapai sasaran anda!

Jika anda berada dalam program Elite Express, anda boleh menebus mata Elite Express yang tertunggak bagi produk bernilai tinggi dan barangan eksklusif sehingga 31 Mac sahaja. Pastikan mata anda yang terkumpul tidak dibazirkan begitu sahaja!

Perkembangan terkini!

Silver Bound akan bermula pada 1 Jun, 12 tengah malam. Silver Bound merupakan program yang lebih mudah dan boleh dicapai, serta memberi peluang kepada pembina perniagaan yang berpangkat Executive untuk memperoleh bonus wang tunai atas pembinaan perniagaan mereka dengan struktur yang lebih mampan.* Program ini juga menawarkan peningkatan dari segi keringkasan, jumlah ganjaran dan bilangan pelanggan yang boleh melayakkan diri. Nikmati ganjaran wang tunai sekali sahaja apabila anda memenuhi keperluan masa, kaki dan Organization Group Volume (OGV) pada mana-mana pangkat yang diketengahkan.

Berikut ialah cara program ini dijalankan:
BERIKUT IALAH PECAHAN LEBIH TERPERINCI TENTANG KELAYAKAN DAN KEPERLUAN BAGI PROGRAM BONUS SILVER BOUND:

Bonus Star Silver Bound:

Pangkat pra-kelayakan: Rakan jenama
Tempoh kelayakan: Dua bulan kalendar, termasuk bulan di mana rakan jenama mendaftar dalam Young Living buat kali pertama
Keperluan kaki: Dua kaki dengan 200 OGV setiap satu
Keperluan OGV: Jumlah 500 OGV
Ganjaran: Bonus USD$50 sekali sahaja

Bonus Senior Star Silver Bound:

Pangkat pra-kelayakan: Star
Tempoh kelayakan: Tiga bulan kalendar dari bulan di mana pelanggan layak sebagai Star buat kali pertama
Keperluan kaki: Dua kaki dengan 500 OGV setiap satu
Keperluan OGV: Jumlah 2,000 OGV
Ganjaran: Bonus USD$250 sekali sahaja

Bonus Executive Silver Bound:

Pangkat pra-kelayakan: Senior Star
Tempoh kelayakan: Tiga bulan kalendar dari bulan di mana pelanggan layak sebagai Senior Star buat kali pertama
Keperluan kaki: Satu kaki tambahan dengan 500 OGV (tidak termasuk dua kaki dengan 1,000 OGV setiap satu yang diperlukan bagi mencapai Executive
Keperluan OGV: Jumlah 4,000 OGV
Ganjaran: Bonus USD$500 sekali sahaja

Bonus Silver Silver Bound:

Pangkat pra-kelayakan: Executive
Tempoh kelayakan: Empat bulan kalendar dari bulan di mana pelanggan layak sebagai Executive buat kali pertama
Keperluan kaki: Satu kaki tambahan dengan 1,000 OGV (tidak termasuk dua kaki dengan 4,000 OGV setiap satu yang diperlukan bagi mencapai Silver)
Keperluan OGV: Jumlah 10,000 OGV
Ganjaran: Bonus USD$1,500 sekali sahaja

Peroleh ganjaran wang dengan mencapai sasaran perniagaan!

Bagi memperoleh ganjaran wang tunai pada mana-mana pangkat kelayakan, anda perlulah mencapai tiga sasaran:
1. Capai pangkat dalam rangka masa yang ditunjukkan. Ia diukur sebagai jumlah bulan kalendar untuk kelayakan kali pertama bagi pangkat anda yang sebelumnya.** Jika anda masih berada pada pangkat tertinggi anda buat beberapa waktu, anda boleh mempunyai tempoh masa penuh untuk mendapatkan bonus pangkat seterusnya mulai 1 April.
2. Penuhi keperluan kaki. Ini melangkaui mana-mana keperluan kaki yang diperlukan untuk mencapai setiap pangkat mengikut kemajuan pangkat yang biasa.
3. Mencapai keperluan OGV. Ini merupakan jumlah PV anda serta PV bagi setiap pelanggan dari bari bawahan anda.
Antara keunikan Silver Bound ialah program ini membenarkan anda mengembangkan perniagaan anda mengikut kemajuan anda. Anda tidak perlu mencapai keempat-empat pangkat kelayakan secara berturut-turut menyertainya.
Contoh: Saya telah memperoleh bonus Star Silver Bound saya tetapi saya terlepas jangka masa bagi memperoleh bonus Star Silver Bound. Saya masih layak untuk memperoleh bonus Executive Silver Bound sebanyak USD$500 selepas saya mencapai pangkat Senior Star.
Satu lagi faedah Silver Bound ialah ia bukanlah hanya untuk pembina perniagaan yang baharu sahaja. Progam bonus ini terbuka untuk semua pelanggan yang telah mencapai pangkat baharu buat kali pertama. Anda tidak layak untuk memperoleh bonus Silver Bound bagi mana-mana pangkat yang telah anda capai sebelumnya, walaupun pangkat terkini anda adalah lebih rendah daripada pengkat sebelumnya.
Contoh: Pangkat tertinggi yang pernah saya capai ialah Executive tetapi pangkat terkini saya ialah Senior Star. Jika saya merupakan pelanggan aktif pada 1 April, saya akan mempunyai empat bulan dari tarikh itu untuk kembali ke pangkat Executive, mencapai Silver dan memenuhi keperluan lain untuk memperoleh bonus USD$1,500.
Pelanggan yang mencapai pangkat Rakan Jenama, Star, Senior Star dan Executive buat kali pertama adalah layak untuk menyertai program. Harus diingat bahawa jika anda mencapai pangkat lebih tinggi sebelumnya dalam bonus tersebut, anda hanya akan dapat memperoleh bonus pada permulaan tahap tertinggi yang anda capai. Anda juga perlu memperoleh bonus seterusnya dalam tempoh masa yang diperlukan.

Sila ambil perhatian bahawa jika anda menjadi tidak aktif lebih daripada dua tahun, anda boleh mula pada awalpermulaan program bonus Silver Bound dan mempunyai peluang untuk memperoleh setiap bonus.

Ada lagi soalan? Klik butang di bawah dan dapatkan sumber rujukan bagi anda dan pasukan anda.
**Tarikh perolehan ganjaran tidak boleh diundurkan bagi mana-mana pelanggan yang telah mencapai sasaran bagi Silver Bound sebelum 1 Jun.
**Pangkat seterusnya mestilah dicapai sebelum 12 tengah malam pada hari terakhir dalam bulan kelayakan.