Seed to Seal®
Share
Standard yang melangkaui standard
PENYUMBERAN
|
|
SAINS
|
|
PIAWAIAN
|
Jutaan individu di seluruh dunia telah menemui kebaikan minyak pati tulen yang dihasilkan secara semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan. Kami komited dalam membina dan melestarikan piawaian peneraju industri yang unggul dalam industri produk minyak pati. Tanda aras kami yang tetap dalam menghasilkan produk yang memuaskan hati pelanggan kami memenuhi pelbagai aspek dan berat tuntutannya. Kami dengan bangganya menawarkan pelbagai jenis minyak pati dan produk terseduh minyak pati yang berasaskan tumbuh-tumbuhan yang mewakili alam semula jadi melalui piawaian program Seed to Seal kami.
Young Living meliputi piawaian kawalan kualiti yang ketat bagi membantu memastikan produk kami mematuhi spesifikasi yang tertentu. Seed to Seal merupakan set piawaian kami yang membantu memastikan bahawa anda dapat menikmati faedah daripada sumber global kami, kepimpinan industri dan inovasi lebih dua dekad dengan setiap minyak pati tulen dan produk Young Living yang keluarga anda gunakan. Hasilnya? Satu produk akhir yang asli telah dihasilkan melalui Penyumberan, Sains dan Piawaian yang hemat yang merupakan tiga tunggak utama Seed to Seal.
Sebagai peneraju dalam dunia minyak pati, Young Living telah membuka jalan bagi setiap syarikat minyak pati yang lain untuk memperbaiki proses yang melindungi planet kami serta memastikan kualiti piawaian produk di tahap yang paling tinggi.

Penyumberan
Tidak semua minyak pati dihasilkan dengan kualiti yang serupa. Young Living tidak akan berkompromi dengan menambahkan bahan pengisi sintetik, tercemar atau murah atau mengamalkan pengeluaran yang tidak mengikut etika. Young Living menyumber produk dari ladang milik korporat, ladang kongsi dan pembekal yang diperakui Seed to Seal yang telah diperiksa dengan teliti serta menguji mereka secara meluas. Jika ujian demi ujian kami menunjukkan bahawa produk yang dihasilkan tidak memenuhi piawaian kami, kami tidak akan membelinya atau menolak hasil tersebut.
PRINSIP PERKONGSIANMinyak kami diperoleh daripada ladang milik korporat, ladang kongsi dan pembekal yang diperakui Seed to Seal. Ini membenarkan kami menyediakan bekalan secara hemat dan sensitif terhadap komuniti tempatan dan ekosistem. Kami memeriksa dan memiliki pembekal yang sealiran dengan kami berdasarkan kepada lima prinsip: Membina Perhubungan, Spesifikasi Seed to Seal, Perjanjian, Ujian Ketak dan Audit Berterusan. Ketahui lebih lanjut di sini.
|
|
PERUMUSAN & PENGELUARANMinyak dan bahan kami berhak mendapatkan kemudahan dan formula yang sama taraf kualitinya. Pusat Pengagihan kami yang telah diperbesarkan di Spanish Fork, Utah, merupakan kemudahan yang moden di mana kami menggunakan kaedah pembuatan terbaik untuk menguji minyak pati, ramuan dan produk serta merumus dan menghasilkan tawaran inovatif kegemaran anda.
|
|
PENGESAHAN PIHAK KETIGAKami memilih untuk bekerja sama dengan ahli kongsi yang kami percayai; namun begitu, kami juga merujuk pada pakar global pihak ketiga untuk mengesahkan bahawa piawaian kami sentiasa didukung. Ini dapat memastikan bahawa ramuan yang kurang bermutu atau yang diperoleh secara tidak beretika tidak akan sampai ke pintu anda.
|
PIAWAIAN PENYUMBERAN
Piawaian Penyumberan Minyak Pati Young Living membantu memastikan kualiti dan ketulenan minyak pati berada pada tahap yang tinggi dan menggalakkan amalan pengeluaran dan pemprosesan yang bertanggungjawab di semua peringkat dalam rantaian bekalan.
Young Living Essential Oils, bekerjasama dengan SCS Global Services (SCS) – sebuah pakar global dalam perakuan alam sekitar dan kelestarian, pembangunan piawaian, penyumberan bertanggungjawab dan penyelesaian perniagaan tentang pembangunan dan pelaksanaan Piawaian Penyumberan Young Living Essential Oils secara terperinci.
Rantaian Bekalan: Piawaian Penyumberan Young Living Essential Oils adalah terpakai untuk semua peringkat rantaian bekalan minyak pati Young Living, termasuk ladang, operasi wildcraft, kemudahan pemprosesan (cth. penyuling), serta kemudahan milik Young Living. Ia terpakai untuk ladang milik korporat Young Living, ladang kongsi dan pembekal yang diakui Seed to Seal.
Butiran Piawaian Penyumberan: Young Living dan semua ahli kongsi kami mesti menepati tahap piawaian yang tertinggi dalam:
• Ketulenan
• Amalan Pertanian
• Penuaian & Pengumpulan
• Amalan Pengekstrakan & Penyulingan
• Ujian
• Kebolehkesanan
• Penyimpanan & Pembotolan

Sains
Sains merupakan batu asas pada apa yang kami lakukan di Young Living. Pekerja saintifik kami yang terlatih menggunakan kaedah yang canggih dalam membangunkan produk-produk baharu dan membantu memastikan produk kami berkualiti. Kedua-dua Institusi Kajian D. Gary Young dan pasukan Kualiti kami bekerja dalam makmal yang moden dengan beberapa peralatan saintifik paling maju yang boleh didapati.
PENYELIDIKAN peneraju INDUSTRIWalaupun kualiti produk kami bermula di ladang, ia akan disahkan dalam makmal moden kami. Program R&D dan Kualiti kami yang ketat dikelolakan oleh 50 ahli sains yang sangat terlatih dan berkemahiran tinggi yang menggunakan kaedah ujian yang maju bagi membantu memastikan produk kami menepati tahap piawaian kami yang tinggi.
|
|
ujian pihak ketigaUjian produk tidak dilakukan secara eksklusif di dua makmal dalam syarikat kami. Young Living juga bekerja dengan lebih satu dozen makmal yang terkemuka, bebas dan bertauliah dengan ahli sains yang terlatih dan berkemahiran tinggi yang merupakan pakar dalam ujian produk termaju.
|
|
pembangunan produk inovatifPasukan R&D kami membantu Young Living menggunakan kaedah sains canggih untuk menghasilkan produk yang meneraju industri. Pasukan ini juga melakukan penyelidikan moden bagi menyokong tuntutan dan penggunaan produk. Dengan menitikberatkan keaslian dan keberkesanan di Young Living, pasukan R&D membangunkan secara kerap kaedah ujian yang baharu bagi memastikan tahap kualiti produk kami.
|
TAHAP KUALITI YANG KETAT, TEGAS
Kualiti bermula dari ladang dan disahkan dalam makmal kami. Melalui tanda aras kami yang ketat dan tegas, kami berupaya untuk mengenal pasti ramuan yang paling tulen, asli dan berkesan.
Pasukan kawalan kualiti kami menggunakan ujian saintifik fizikal, kimia dan mikrobiologi untuk mengukur komponen dan unsur yang tepat bagi minyak pati kami. Setiap ujian diulang beberapa kali semasa proses kualiti. Ujian bermula di ladang kami dan seterusnya ke peringkat terakhir sebelum penghantaran ke pelanggan kami.
Pasukan kami yang terdiri daripada ahli sains yang terlatih dan berkemahiran tinggi melaksanakan ujian moden, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
• Densitometri
• Viskometri
• Refraktometri
• Polarimetri
• Plasma Gandingan Induktif Massa Spektrometri (ICP-MS)
• Plasma Gandingan Induktif Atom Pelepasan Spektrometri (ICP-OES)
• Kromatografi Gas (GC)
• Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi (HPLC)
• Spektroskopi Infra Merah Fourier Transform
• Pengiraan-Mikro Automatik
• Pengecaian
• pH
• Microskopi
• Kebolehbakaran
• Takat Kilat
• Spektrometri Massa Kromatografi Gas (GCMS)
• Kromatografi Kiral
• Spektometri Massa Nisbah Isotop (IRMS)
Walaupun makmal kami boleh mengendalikan kesemua ujian ini, kami juga kerap menggunakan khidmat makmal pihak ketiga kami untuk melakukan ujian dalaman kami. Setiap makmal ini mempunyai ahli sains yang terlatih dan berkemahiran tinggi.

Piawaian
Sebahagian daripada pengawasan kami ialah untuk menjalankan perniagaan dengan bertanggungjawab - daripada penyumberan tumbuh-tumbuhan secara mampan hingga ke mendukung komuniti tempatan dan mematuhi undang-undang alam sekitar dan lain-lain. Menerusi Program Kepatuhan Global, kami memastikan Young Living menawarkan produk tulen yang anda yakin akan menyumbang ke arah lebih baik.
PiAWAIAN TINGKAT ATASMinyak pati yang murah adalah kebiasaannya sintetik, tercemar atau diperoleh secara tidak beretika. Oleh itu, kami memilih ahli kongsi yang menghasilkan minyak pati dan ramuan yang tulen secara beretika dan mengikut undang-undang. Amalan ini menetapkan satu piawaian tingkat tinggi dalam kelestarian.
|
|
PROGRAM KEPATUHAN GLOBALSebagai sebahagian daripada komitmen kami dalam menjalankan perniagaan kami secara beretika dan mengikut undang-undang daripada penyumberan dan pengeluaran minyak pati hinggalah ke pemasaran dan penjualan produk, kami telah membangunkan satu program kepatuhan global yang menggariskan satu siri dasar dan garis panduan mandatori. Senarai berikut merangkumi beberapa dasar ini yang tertulis dalam Program Kepatuhan Global:
• Tatakelakuan Young Living
• Buku Panduan Kakitangan Young Living • Dasar dan Prosedur Young Living • Dasar Anti-Rasuah Young Living • Dasar Kepatuhan Alam Sekitar Young Living • Program Kepatuhan Undang-Undang Lacey • Dasar Perjalanan dan Perbelanjaan Young Living • Kod Etika Persatuan Jualan Langsung (DSA) |
|
PENERAJU INDUSTRI HIJAUUsaha kami melangkaui rantaian pembekalan yang berhemat. Young Living memberikan komitment untuk melestarikan perniagaan termasuk penghutanan semula tumbuh-tumbuhan yang telah ditunai; penggunaan semula di pejabat-pejabat Young Living; dan pembinaan ibu pejabat baharu kami yang diperakui LEED di Lehi, Utah.
|
PROGRAM KEPATUHAN UNDANG-UNDANG LACEY
Bukan sahaja Program Kepatuhan Undang-Undang Lacey kami merupakan program yang komprehensif, is juga merupakan program yang pertama dalam industri minyak pati yang telah diteliti dan diluluskan oleh kerajaan. Ia merupakan piawaian emas bagi program-program kepatuhan dan kami berbangga kerana dapat mengatasi pesaing-pesaing kami dalam mencapai kedudukan ini. Kami bekerjasama dengan pakar undang-undang terkemuka di seluruh dunia dalam mendapatkan nasihat undang-undang terkini serta memaklumkan kami tentang bagaimana mengaplikasikan undang-undang dengan sewajarnya dalam memenuhi keperluan utama perniagaan kami.
Pasukan kami berganding bahu lebih daripada setahun dengan ladang milik syarikat kami, ladang kongsi, pembekal yang diperakui Seed to Seal dan pihak kerajaan dalam membina program baharu ini.
Kami juga sering bekerjasama dengan pakar alam sekitar di seluruh dunia dalam mendapatkan nasihat tentang perlindungan terhadap landskap sensitif dan tumbuh-tumbuhan.
Program Kepatuhan Undang-Undang Lacey mengandungi lima langkah utama yang apabila dipatuhi dapat membantu untuk memastikan produk minyak pati kami serta ahli kongsi mematuhi semua undang-undang dan peraturan dalam bidang kuasa perniagaan kami.
Lima langkah tersebut ialah:
• Pembelajaran Pembekal
Semua pembekal akan disediakan dengan pengetahuan asas tentang Undang-Undang Lacey.
• Penilaian Pembekal
Produk-produk yang dijadikan sumber dan pembekal yang dijadikan rakan kongsi akan ditentukan dengan menilai faktor-faktor 'risiko produk' dan 'risiko pembekal'.
• Pensijilan Pembekal
Selepas menjalani latihan tentang Undang-Undang Lacey dan Program Kepatuhan, pembekal akan dikehendaki untuk mendapatkan Pensijilan Kepatuhan Undang-Undang Lacey Young Living.
• Penilaian Risiko
Sebahagian daripada pensijilan, setiap pembekal dan produk tumbuh-tumbuhan akan diberikan satu kategori risiko yang akan menentukan tahap kelulusan yang diperlukan untuk dijadikan rakan kongsi atau sumber produk tumbuh-tumbuhan dengan Young Living. Kedua-dua pembekal dan produk tumbuh-tumbuhan akan dinilai secara berasingan.
• Pemantauan/Pengauditan
Young Living telah membina satu program pengauditan dan pemantauan yang sedang dijalankan berdasarkan pada faktor-faktor risiko. Program Kepatuhan Undang-Undang Lacey telah direka untuk merangkumi semua individu dan oroganisasi dalam rantaian pembekalan.
Program piawaian emas ini mewujudkan duluan bagi industri ini dan membuktikan komitmen Young Living dalam menerajui dunia minyak pati dengan melindungi landskap dan tumbuh-tumbuhan sensitif.