Pasukan Pengurusan Eksekutif

D. Gary (1949–2018)

Pengasas Young Living dan bapa pergerakan minyak pati zaman moden

Menukarkan minat menjadi satu kerjaya merupakan impian ramai individu. Namun, ia merupakan satu realiti yang indah bagi pengasas Young Living, D. Gary Young dan Mary Young. Lebih dua dekad dahulu, Gary telah menemui kebaikan minyak pati yang mendalam. Melalui Young Living, pasangan Young berjaya berkongsi penemuan dan pengetahuan Gary yang tiada tandingan dengan jutaan individu di seluruh dunia, menyokong kesejahteraan dan mentransformasikan kehidupan mereka. Kepakaran Gary dalam tumbuh-tumbuhan bersama semangat keusahawanan dan pengalaman Mary dalam industri jualan langsung membawa kepada tercipta rangkaian minyak pati, campuran dan produk terseduh minyak yang paling tulen dan komprehensif di dunia.

Semasa pengembaraannya mengelilingi dunia dan mempelajari tentang teknik penyulingan minyak pati, Gary Young memperluaskan pengetahuannya tentang minyak pati dan terus menjadi peneraju dan pakar dalam bidang tersebut. Komitmen beliau dalam menghasilkan minyak pati dalam bentuk yang paling tulen membawa kepada terciptanya proses Seed to Seal® Young Living, yang merangkumi setiap peringkat dalam proses pengeluaran. Keghairahanya terhadap pertanian dan menginovasikan teknik penyulingan telah mengangkat Young Living menjadi peneraju dalam dunia minyak pati.

Selari dengan tanggungjawab mengendalikan sebuah syarikat antarabangsa yang membangun, Mary mendedikasikan masanya untuk memantau dan memperkasakan ramai individu dalam mencapai matlamat professional dan peribadi mereka. Beliau benar-benar prihatin terhadap individu lain dan beliau juga memainkan peranan yang penting dalam usaha filantrofi global Young Living. Beliau memimpin para kakitangan serta ahli melalui teladan dengan pendekatan langsung, lalu menjadi pendukung yang penting terhadap perkembangan dan kejayaan syarikat.
Dengan keyakinan yang mendalam terhadap keunggulan minyak pati, Gary dan Mary mewakili semangat Young Living dan terus membina sebuah syarikat yang menyokong sepenuhnya kesejahteraan semua dan di mana-mana sahaja.

Mary Young

Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif

Mary Young memainkan peranan yang aktif dalam perniagaan Young Living seharian dengan memberikan arahan kepada pasukan Eksekutif dan kakitangan syarikat. Beliau juga mempunyai peranan yang penting dalam membimbing dan memperkasa ahli sambil berkongsi misi dan faedah Young Living ke seluruh dunia.

Mary telah diperkenalkan kepada industri jualan langsung pada tahun 1985 dan dalam dua tahun, beliau telah memupuk dan membina sebuah organisasi bernilai jutaan ringgit yang berjaya. Sejak penyertaannya di Young Living, Mary telah menggabungkan pengetahuan dan pengalamannya yang meluas dan pendekatannya dalam industri jualan langsung untuk membantu Young Living menjadi dan kekal menjadi peneraju dalam dunia minyak pati.

Mary juga merupakan instrumen utama dalam perjuangan filantropik Young Living dan beliau mengetuai usaha bantuan global melalui D. Gary Young Foundation. Beliau mendukung komitmen Young Living untuk membantu individu dan komuniti dalam mereka menikmati gaya hidup yang sihat.

Ben Riley

Presiden

Ben Riley mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri jualan langsung dan sejarah yang panjang bersama Young Living. Beliau memulakan kerjayanya bersama Young Living pada tahun 1998 dan menyara kehidupan sepanjang zaman kolejnya dengan bekerja shif malam di jabatan penghantaran di gudang dan ibu pejabat Young Living.

Selepas ditauliahkan dengan ijazah perniagaan dari Utah State University dan meraih MBA dari Duke University, Riley memulakan kembara 15 tahun dalam pengurusan jualan langsung di pasaran merentas dunia. Ben telah berkhidmat sebagai VP kepimpinan di Visi, VP jualan di Avon Australia dan New Zealand, pengarah pengurusan untuk 4Life ANZ, dan pengurus besar untuk Melaleuca ANZ.


Beliau kembali ke Young Living pada tahun 2016 sebagai presiden wilayah untuk Amerika Utara. Pada tahun 2017, beliau dinamakan naik presiden eksekutif untuk jualan global, dan pada tahun 2018, beliau menjadi ketua pegawai jualan Young Living. Paling terkini, Riley merupakan penasihat pengurusan untuk Strategic Leadership Partners, dan sebelum itu beliau berkhidmat sebagai ketua pegawai jualan di Younique di mana beliau membantu syarikat tersebut berkembang dan meluaskan daya jualan langsungnya.

Ben sudah berkahwin dan memiliki lima orang anak dan gemar mendaki dan berkhemah bersama keluarganya. Minat peribadinya adalah termasuk bermain golf, berbasikal gunung dan jalanan, membaca dan mengembara. Produk Young Living kegemaran Ben sentiasa bertukar-tukar, tetapi kegemarannya sekarang ialah campuran minyak pati Believe.

Prasad Gankanda

Ketua Pegawai Operasi

Prasad Gankanda dilahirkan di Sri Lanka. Beliau mempelajari Bahasa Inggeris semasa menghadiri Kolej Trinity, sebuah sekolah berasrama British di Sri Lanka, dan mula mendapatkan lesen juruterbangnya semasa masih berada di sekolah tinggi. Di usia 19 tahun, beliau membawa dua beg pakaian dan meninggalkan kampung halamannya untuk mengembara ke Logan, Utah, di mana beliau mendapatkan ijazah di Utah State University dalam kejuruteraan mekanikal dan aeroangkasa. Sehingga kini, beliau menganggap Utah sebagai kampung halamannya.

Kefahaman mendalam Prasad tentang kejuruteraan telah memampukan beliau menyelesaikan masalah untuk pelbagai cabaran perniagaan dengan berjaya dalam aspek operasi, memajukan pasaran baru dan jualan global. Semangat tinggi yang cukup serasi dengan diri beliau diterjemahkan dalam kecekapan dan produktiviti tinggi pasukannya – satu pasukan yang diiktiraf dalam menghasilkan keputusan berkelas dunia. Di Young Living, pasukannya kini menyelia dunia, di mana beliau menyelia semua operasi jualan dan hasil.

Produk yang menjadi kegemaran Prasad adalah campuran minyak pati Valor dan Highest Potential.

Kelly Case

Ketua Kakitangan

Kelly merupakan seorang daripada ahli penting dalam pasukan Young Living lebih daripada 15 tahun lalu dan sejak itu beliau telah menerima pendapat berharga dalam pelbagai sektor perniagaan. Kelly menyertai Young Living dalam jabatan pemasaran dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai pembantu eksekutif kepada pengasas syarikat, di mana beliau telah menyokong dalam pelbagai sektor perniagaan.

Beliau kemudian memegang peranan sebagai penasihat, di mana beliau memainkan peranan yang penting dalam menghadapi pelbagai cabaran dan perkembangan syarikat.

Kebanyakan tugasan yang diambil oleh Kelly merupakan tugasan di belakang tabir, di mana beliau menjadi perantara, penasihat dan penyambung komunikasi di antara pelbagai disiplin bagi mencipta satu suasana yang kohesif.

Kelly terus menjadi seorang penasihat strategik, suara yang boleh dipercayai dan lembaga penasihat kepada pasukan eksekutif, CEO Mary Young dan Pengasas Gary Young, namun beliau kini memainkan peranan yang lebih ketara kepada kakitangan korporat dan perniagaan strategik dari hari ke hari.

Kelly memiliki ijazah sarjana dalam bahasa Inggeris daripada Brigham Young University. Beliau gemar meluangkan masa dengan suami dan dua orang anak beliau dengan mengembara, bersantai di pantai, membaca dan menghadiri acara teater.

Melissa Bishop

Ketua Pegawai Kewangan

Melissa Bishop menyertai Young Living dengan latar belakang kukuh dalam Kewangan dan Perakaunan. Sebelum menerima kedudukan CFO, beliau meluangkan empat tahun sebagai ketua jabatan Cukai Global kami, memastikan kami kekal patuh dalam semua pasaran dan menjadi peserta penting dalam melancarkan 10 pasaran baharu sepanjang dua tahun lalu. Melissa seorang pemain pasukan yang menyumbang dan berfikiran di luar kotak serta gemar mencari penyelesaian kreatif untuk menyelesaikan masalah.

Melissa memperoleh Ijazah Sarjana Perakaunan dengan pengkhususan dalam Cukai dari Brigham Young University dan seorang Akauntan Awam Diiktiraf. Beliau mempunyai 15 tahun pengalaman dalam industri jualan langsung, serta empat tahun pengalaman bekerja dalam perakauan awam untuk kedua-dua Arthur Andersen dan KPMG. Sebelum menyertai Yoher Living, Melissa berkhidmat untuk syarikat jualan langsung lain sebagai Ketua Pegawai Kewangan mereka. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai bekas presiden untuk America Women's Society CPAs bagi Utah.

Semasa membesar, Melissa membantu bapanya dalam semua perkara, daripada memasang dinding hinggalah menukar brek kereta. Mempelajari kemahiran ini membenarkan beliau membina kepercayaan pada dirinya dan kemampuannya serta memberi beliau keyakinan yang diperlukan untuk berjaya. Di luar kerja, Melissa gemar membaca dan akan membaca semua benda daripada sains fiksyen hingga ke fantasi, romantis, dan misteri. Beliau gemarkan muzik dan sentiasa terlihat bermain piano dan menyanyi; di mana nyanyiannya membawa beliau merentas dunia dari San Diego ke Budapest ke Zagreb. Beliau gemar mengembara, mencuba makanan baharu, berkebun, menyelam skuba, dan membuat projek DIY.

Salah satu produk Young Living kegemaran Melissa adalah Zyng untuk dorongan tenaga semula jadi dan memberi kesegaran. Di sebelah malam, beliau gemar membaurkan campuran Cedarwood dan Lavender untuk bauan hangat yang menenangkan, dan tidak pernah meninggalkan rumah tanpa sebotol minyak Peppermint dipadankan dengan berbuli.

Colby Olds

Naib Presiden Eksekutif, Impak Sosial

Colby Olds menyertai Young Living dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun selepas bekerja dengan pelbagai syarikat pemacu industri jualan langsung. Sebelum memulakan perjalanannya bersama Young Living pada tahun 2018, Colby merupakan orang penting dalam menghasilkan majalah Essential Oils kami dan mengembangkan Premium Starter Kit.

Menurut Colby, "Young Living penuh dengan kisah yang menggembirakan dan sihat yang patut dikongsi. Aset terhebat Young Living adalah rakan jenama kami. Semangat dan tenaga mereka, digabungkan bersama minyak pati premium Seed to Seal kami menjadikan Young Living menarik bagi ramai orang di seluruh dunia. Menambah baik kemampuan rakan jenama kami untuk menjadi duta yang berpengaruh untuk minyak pati kami adalah matlamat nombor satu saya. Ia merupakan sau penghormatan untuk menyertai Mary dan keluarga Young dalam gerakan penting ini. Saya sangat terharu dan teruja untuk menyertai Joe, Prasad dan seluruh pasukan eksekutif dalam perjalanan ini, dan tidak sabar untuk menghadapi cabaran yang akan datang.”

Di luar waktu kerja, Colby gemar memancing ais dan meluangkan masa bersama keluarganya; isterinya yang sudah dikahwininya selama 26 tahun dan empat orang anak mereka. Beliau juga sangat meminati Dallas Cowboys. Campuran minyak pati Sacred Mountain menenangkan beliau dengan bayangan pergunungan Alpin dan lembah menawan. Minyak yang sentiasa digunakan beliau setiap hari untuk membantu tumpuan dan kejelasan adalah Peppermint

Joe Walker

Naib Presiden Eksekutif, Infrastuktur

Joe Walker dilahirkan dan dibesarkan di kedua-dua Utah dan California, di kem tentera dan meluangkan cuti musim panasnya di Woodland, Utah, mengerjakan kedai datuk dan neneknya, mempelajari erti kerja keras. Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Kearns di Bandar Salt Lake dan kemudiannya menghadiri Universiti Brigham Young.

Sebelum menyertai dunia korporat, Joe memiliki semangat keusahawanan dan memiliki perniagaan percetakan yang berjaya dengan jualan sekitar $500,000 setiap tahun. Beliau kemudiannya menceburi bidang Teknologi Maklumat, bekerja untuk Word Perfect, Novell, Nature's Way, dan kini Young Living untuk hampir 12 tahun, memberikan beliau 18 tahun pengalaman dalam bidang Teknologi Maklumat.

Pada masa lapangnya, Joe gemar melakukan aktiviti luar, menunggang motosikal, kereta salji, dan menikmati muzik Jazz Utah.

Kevin McMurray

Ketua Penasihat

Sebagai Ketua Penasihat Young Living, Kevin memiliki pengalaman selama 25 tahun sebagai peguam dalam industri jualan langsung, membawa fahaman mendalam tentang model jualan langsung serta undang-undang dan peraturan yang berkaitan ke Young Living. Beliau memulakan kerjaya perundangannya sebagai pembantu kakitangan penasihat hakim di Tentera Udara Amerika Syarikat dan kemudiannya sebagai pembantu khas peguam A.S.

Beliau selama ini berkhidmat aktif dalam Majlis Peguan dan Komiti Perhubungan Kerjaan untuk Persatuan Jualan Langsung A.S. Kevin merupakan bekas presiden dan ahli lembaga pengarah untuk Majlis Korporat Persatuan Mountain West Chapter. Beliau menerima ijazah Juris Doctor daripada Kursus Perundangan, Universiti Creighton dan ijazah LL.M dalam transaksi perniagaan antarabangsa daripada Kursus Perundangan McGeorge (Universiti Pacific).

Di luar waktu kerja, Kevin meluangkan masa bersama keluarganya, membaca novel bersejarah, dan menonton dokumentari dan filem bersejarah. Sebagai peminat hoki, beliau boleh ditemui mengisi masa lapangnya bermain hoki liga lelaki. Produk Young Living kegemaran beliau termasuklah Peace & Calming®, Idaho Grand Fir, Manuka, Ylang Ylang, KidScents® KidPower™, Frankincense dan Helichrysum.