Perbezaan Young Living

Siapa Kami




Sebagai peneraju dalam dunia minyak pati, kami percaya bahawa setiap individu berhak menikmati kemewahan dan kesejahteraan dalam kehidupan mereka. Visi kami ialah untuk membawa kebaikan minyak pati yang boleh mengubah kehidupan ke setiap kediaman, keluarga dan gaya hidup.

Kisah kami bermuka lebih dari 20 tahun yang lalu dengan sebuah kilang penyulingan minyak pati yang ringkas yang dibina sendiri. Hari ini, ladang dan komuniti kami telah berkembang luas di seluruh dunia. Jutaan individu mempercayai kami berikutan komitmen yang telah kami buktikan dalam menghasilkan minyak pati yang paling mengagumkan dan yang terbaik dari alam semula jadi.

Piawaian Kualiti Kami




Program Seed to Seal® kami merupakan piawaian kualiti kami. Tiga tunjang bagi pendekatan terperinci ini, iaitu Penyumberan, Sains dan Piawaian membenarkan kami untuk menghasilkan minyak pati tulen dan asli, serta produk terseduh minyak pati yang boleh digunakan oleh anda dan keluarga anda dengan tanpa was-was.

Kami mempunyai komitment dalam melakukannya bagi membina dan mengekalkan piawaian peneraju industri dalam produk minyak pati. Bagi kami, tanda aras dalam menghasilkan produk yang dikagumi oleh para ahli kami ini adalah luar biasa, kukuh dan tidak boleh disangka lagi. Kami berbangga kerana dapat menawarkan suatu rangkaian solusi terseduh minyak pati yang tulen, serta mewakili kehebatan alam semula jadi melalui piawaian yang ditetapkan dalam program Seed to Seal® kami yang menakjubkan ini.

Pendekatan yang unik ini yang membezakan kami. Kami mengawasi setiap langkah pengeluaran bagi memastikan anda mendapat minyak pati dan produk yang tulen yang tidak akan anda dapati di mana-mana tempat yang lain. Ketahui lebih lanjut tentang perjalanan minyak kami serta proses kami yang tiada tandingan di SeedToSeal.com

Komuniti Kami



Keluarga kami terdiri daripada ibu bapa, pelajar dan golongan professional, yang ingin menikmati kehidupan yang sihat dan berjaya. Kami menubuhkan sebuah kumpulan individu yang mempunyai visi yang sama iaitu untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan mereka.

Komitmen, acara dan konvensyen kami membenarkan kami untuk bersatu dalam membantu dan menyokong satu sama lain dalam satu cara yang luar biasa. Dengan menggembleng tenaga, kita akan mempunyai satu kuasa untuk memberi insipirasi ke seluruh dunia.

Gaya Hidup Kami



Kami percaya bahawa kehidupan perlu dihiasi dengan kejayaan dan keperkasaan. Cara yang terbaik untuk mencapainya? Melalui keputusan yang dibuat sehari-hari. Kita telah lihat bagaimana pilihan yang konsisten dan positif boleh memberikan kesan yang dramatik terhadap kebahagiaan dan kesejahteraan. Oleh sebab itu, kami berusaha dengan mengambil langkah demi langkah setiap hari menuju ke arah kehidupan yang lebih seimbang. Bagi kami, minyak pati merupakan jalan yang mudah dan semula jadi untuk mencapainya.

Dengan sumber-sumber yang potent ini, jutaan individu dapat meningkatkan kesihatan dan kehidupan mereka melalui kuasa semula jadi yang tulen.

Bantuan Kami



Sebagai sebuah syarikat, kami berasa bangga akan perkembangan kami kerana ia membenarkan kami membantu mereka yang lebih memerlukan. Melalui Yayasan Young Living, sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3), syarikat dan komuniti kami meluangkan masa dan sumber untuk memperbaiki kehidupan keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik di Ecuador, Croatia, Uganda dan di tempat-tempat yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang yayasan kami dan bagaimana anda boleh melibatkan diri, sila layari YoungLivingFoundation.org.

Dan Banyak Lagi



Kami amat teruja kerana dapat berkongsi pendekatan yang boleh mengubah kehidupan kami dengan anda. Dalam kami menawarkan sumber kami untuk penjagaan diri, kediaman dan kesejahteraan anda, anda akan menerima lebih dari sekadar produk dengan Young Living.

Kami menjemput anda untuk sama-sama mengetahui misi dan tawaran kami serta terokai bagaimana Young Living boleh meningkatkan kehidupan anda.

Terokai dunia Young Living sekarang.