The D. Gary Young, Yayasan Young Living

SIAPA KAMI

Kami yakin pemerkasaan adalah kunci kepada perubahan jangka masa panjang.

Misi

Untuk melindungi dan memperkasa anak muda dunia kita

Visi

Generasi membangun yang bebas berusaha dan bertindak membuat perubahan positif dalam komuniti mereka
Sejak D. Gary Young memulakan Yayasan pada tahun 2009, kami fokus pada memberi bantuan kepada mereka yang menerima
terlalu sedikit perhatian, alatan dan sumber yang mereka perlukan untuk mencapai sebarang kemungkinan. Misi dan visi kami
berkhidmat sebagai penunjuk arah untuk memberikan solusi jangka masa panjang.

TIGA BAHAGIAN UTAMA UNTUK MENCIPTA PERUBAHAN BERKEKALAN

MENJUARAI PENDIDIKAN

Membuka pintu peluang menerusi pendidikan tradisional dan vokasional, pembinaan kemahiran, dan perkembangan kepimpinan.

MENGEMBANGKAN PERUSAHAAN

Memperkasa wanita di seluruh dunia untuk memecahkan kitaran kemiskinan generasi untuk anak-anak mereka dengan melabur dalam perniagaan kecil dan perusahaan perdagangan saksama.

MENAMATKAN EKSPLOITASI

Melindungi mereka yang lemah daripada kehilangan kebebasan mereka melalui penderaan dan pemerdagangan manusia.

TURUT SERTA

Bersama sama, kita menjadi kuasa hebat untuk kebaikan.

Jadi Insan Yang Membantu Seseorang

Derma setiap bulan atau sekali menerusi komisen atau kad kredit.
Anda membeli dan amazon memberi kepada badan kebajikan pilihan anda.
Ini satu parti yang boleh mengubah kehidupan seorang anak kecil dan melindungi mereka daripada penyakit berkaitan kaki.
Untuk kurang daripada $3 sehari, anda boleh menjadikan seorang kanak-kanak sebahagian daripada keluarga anda.
Mengacarakan majlis mengumpul dana atau lelongan senyap bagi pihak Yayasan Young Living.
Bundarkan pesanan Young Living anda kepada dolar terdekat dan dermakan perbezaan jumlahnya.

100% MEMPERKASA

Apa yang kami lakukan digerakkan oleh sokongan anda.
Apa yang terbaik, 100 peratus setiap sen yang didermakan, memperkasa seseorang yang memerlukan.