Joy

Satu campuran wangi minyak pati yang mengharmonikan, aroma Joy™ mengundang rasa cinta, kebahagiaan, dan kemesraan.
Diperakui EarthKosher
Gambaran Produk

Gambaran Produk

Ciri-Ciri & Faedah
  • Menghasilkan aroma yang mencipta rasa gembira di hati, minda dan jiwa
  • Minyak pati itu sendiri atau dengan gabungan bersama mana-mana produk penjagaan diri YL akan memberikan aroma yang menaikkan semangat
  • Mengandungi minyak pati Ylang Ylang yang menginspirasikan suatu suasana aromatik yang romantik
  • Mencipta satu pengalaman aromatik yang menggembirakan apabila disapu pada pergelangan tangan atau dada
Profil Aromatik
Dari botol: Aroma yang mesra, kemanis-manisan, kebunga-bungaan
Ramuan

Ramuan

Ramuan
Minyak kulit Citrus aurantium bergamia† (Bergamot) (tanpa Furocoumarin)
Minyak bunga Cananga odorata† (Ylang ylang)
Minyak bunga Pelargonium graveolens† (Geranium)
Minyak kulit Citrus limon† (Lemon)
Minyak benih Coriandrum sativum† (Coriander)
Minyak kulit Citrus reticulata† (Tangerine)
Minyak Jasminum officinale* (Jasmine)
Minyak bunga Anthemis nobilis† (Roman chamomile)
Minyak Cymbopogon martini† (Palmarosa)
Minyak bunga Rosa damascena† (Rose)
† 100% minyak pati tulen
Penggunaan Yang Disyorkan

Penggunaan Yang Disyorkan

Pengalaman
Campuran minyak pati Joy mempunyai bau kebunga-bungaan yang menginspirasikan yang boleh mencipta satu persekitaran yang menyenangkan apabila dibaurkan dan satu aroma yang nyaman apabila disapu bersama dengan produk penjagaan kulit.
Arahan Label
Topikal: Sapukan 2-4 titis terus pada tempat yang dikehendaki. Tidak perlu dicairkan, kecuali pada kulit yang sangat sensitif. Guna apabila perlu.
Aromatik: Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.
Cara Pembauran
  • Naikkan semangat perjumpaan di rumah dengan aroma yang mesra ini.
  • Ubah bilik tidur anda kepada ruang persendirian yang diseduh dengan bau kebunga-bungaan yang menggoda.
  • Ceriakan tempat kerja yang membosankan atau naikkan semangat kerja anda di pejabat.
  • Manjakan diri anda di bawah air pancuran dengan bau-bauan sitrus dan kebunga-bungaan yang menenangkan dan menceriakan.
Penggunaan
  • Sapukan Joy pada pergelangan tangan atau di belakang leher anda sebelum keluar rumah untuk menikmati keharuman bunga semula jadi yang segar.
  • Titis 2-3 titisan pada kain lembab dan masukkan ke dalam mesin pengering untuk lebih menyegarkan kain cucian anda.
  • Titiskan beberapa titisan dalam air mandian yang suam untuk menikmati pengalaman ala-spa dengan aroma yang membahagiakan dan menenangkan.
  • Baurkan Joy untuk mencipta satu suasana kegembiraan di seluruh rumah anda semasa perjumpaan keluarga atau keraian.
Ketahui Lebih Lanjut

Ketahui Lebih Lanjut

Latar Belakang Produk
Minyak-minyak seperti Bergamot, Ylang Ylang, Geranium, dan Rose digabungkan bagi menghasilkan keharuman Joy yang unik dan menyeronokkan serta aroma sitrus dan kebunga-bungaan. Kebanyakan minyak ini mempunyai sejarah yang mengagumkan: Bergamot dikatakan telah dibawa ke Itali melalui Pulau Canary oleh Christopher Columbus. Rose dipuji akan keharumannya dan qualitinya yang lain sejak zaman kuno Greek dan Rom. Dengan minyak sehebat ini, tidak syak lagi kenapa Joy menjadi pilihan ramai dalam kalangan ahli.