Ylang Ylang

(Cananga odorata)
Ylang Ylang adalah wangian manis, lembut, seperti bunga yang membuatkannya menjadi kegemaran romantis. Ylang Ylang amat menenangkan dan santai.
Diperakui EarthKosher
Gambaran Produk

Gambaran Produk

Ciri-Ciri & Faedah
  • Aroma bunga yang menenangkan
  • Membantu mencipta satu persekitaran yang menenangkan
  • Boleh membantu melembapkan kulit
  • Meningkatkan kualiti permukaan kulit yang sihat
  • Menyuburkan rambut dan kulit kepala
Unsur Utama
  • Germacrene D
  • (E,E)-alpha-farnesene,
  • Benzyl acetate
  • Geranyl acetate
  • Beta-caryophyllene
  • Benzyl benzoate,
  • Linalool
  • Para-cresyl methyl ether
  • Methyl benzoate
  • Benzyl salicylate
Profil Aromatik
Dari botol: Aroma kemanis-manisan, kebunga-bungaan
Ramuan

Ramuan

Ramuan
Minyak bunga Cananga odorata† (Ylang ylang)
† 100% minyak pati tulen
Penggunaan Yang Disyorkan

Penggunaan Yang Disyorkan

Pengalaman
Minyak pati Ylang Ylang mempunyai keharuman bunga yang romantik yang boleh mencipta satu persekitaran yang menenangkan apabila dibaurkan. Unsurnya yang melembapkan juga amat sesuai digunakan bersama dengan produk penjagaan kulit.
Arahan Label
Topikal: Sapukan 2-4 titis terus pada tempat yang dikehendaki. Tidak perlu dicairkan, kecuali pada kulit yang sangat sensitif. Guna apabila perlu.
Aromatik: Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.
Cara Pembauran
  • Kekalkan suasana romantik dalam bilik tidur anda dengan keharuman bunga yang mesra ini.
  • Penuhi ruang rumah anda dengan perasaan selamat dan selesa apabila anda membaurkannya dengan aroma tropika yang kemanis-manisan dan mendalam ini.
Penggunaan
  • Sapukan Ylang Ylang pada pergelangan tangan dan leher anda untuk menikmati keharuman bunga yang menenangkan sepanjang hari anda.
  • Campurkan pada losyen anda atau minyak pelarut bukan komedogenik untuk menikmati unsur pelembapnya.
  • Campurkan 1-3 titis dengan minyak kelapa untuk rawatan rambut dengan perapi tinggi supaya rambut sentiasa berbau seperti bunga dan kemanis-manisan.
  • Campurkan pada air mandian panas bagi mencipta satu suasana yang menenangkan bagi merehatkan badan selepas seharian yang memenatkan.
Ketahui Lebih Lanjut

Ketahui Lebih Lanjut

Latar Belakang Produk
Minyak pati Ylang Ylang diperoleh daripada bunga dari tumbuhan Cananga odorata yang berbentuk bintang yang tumbuh di hutan hujan tropika subur di kepulauan di Selatan Pasifik dan Asia. Tumbuhan yang berasal dari keluarga Annonaceae ini boleh membesar sehingga mencapai 40 kaki tinggi.
Nama Saintifik: Cananga odorata
Keluarga botani: Annonaceae
Nama lain: Bunga segala Bunga
Bahagian pokok yang digunakan: Bunga
Wilayah Penanaman: Madagascar, Ecuador
Kaedah Pengekstrakan: Penyulingan stim
Wilayah YL: Kebanyakan minyak pati Ylang Ylang Young Living dihasilkan dari Madagascar dan Ecuador.