Bantu kami membudayakan amalan hijau!

Sertai kami dalam program sisa sifar dan mengubah dunia!

Sebagai pemantau dunia ini, kami ingin terus menjaga planet kami. Dengan ribuan kakitangan di pelbagai negara dan jutaan ahli, pengaruh Young Living benar-benar boleh menghasilkan kesan yang positif terhadap alam sekitar dan menjadi ikutan kepada jutaan individu.

Pengasas Young Living, D. Gary Young berkata, “Saya boleh menjaga ahli keluarga Young Living saya hanya jika saya menjaga alam sekitar.” Sebagai individu yang benar-benar mengawasi dunia ini, Gary amat mempercayai bahawa kita telah diharapkan untuk menjaga planet ini dan Young Living hanya akan mempu berjaya sekiranya kita memainkan peranan kita masing-masing.

Perjalanan ke arah sisa sifar pasti aka nada halangannya, namun peluang kita untuk berjaya adalah lebih tinggi apabila setiap individu bergerak seiring dengan usaha kami untuk melindungi dunia yang kami sayangi ini. Berikut ialah beberapa statistik yang kurang menyenangkan yang boleh menggalakkan tindakan positif:

- 500 tahun diperlukan untuk menguraikan botol air plastik bersaiz sederhana.
- Warga Amerika melakukan sebanyak 400 bilion salinan fotokopi setahun, menjadikannya 750,000 salinan setiap minit.

Proses kitar semula kaca kini boleh didapati di Lehi Will Call Young Living!

Anda boleh mengitar semula botol minyak, NingXia Red® dan botol makanan tambahan dengan cepat dan mudah apabila anda singgah ke Lehi Will Call Young Living!

Sertai kami membudayakan amalan hijau!

Setiap bulan, Pasukan Hijau akan mencadangkan satu bahan buangan atau kebiasaan yang anda boleh asingkan daripada gaya hidup anda untuk menjadikan bumi lebih hijau! Setiap perubahan yang anda lakukan untuk mengurangkan bahan sisa pasti akan menghasilkan kesan yang positif.

Tip sisa sifar Pasukan Hijau untuk bulan Januari:

Tukar kepada beg boleh guna semula untuk mengurangkan sisa yang dihasilkan oleh penggunaan beg plastik pakai buang. Menurut Center for Biological Diversity, warga Amerika menggunakan 100 bilion beg plastik setahun. Berbilion-bilion beg ini memerluka 12 juta tong minyak untuk dihasilkan dan beg-beg ini juga menambahkan lagi pencemaran plastik ke lautan kita. Ketahui lebih lanjut di sini!

Tip sisa sifar Pasukan Hijau untuk bulan Februari:

Jangan gunakan penyedut minuman apabila makan di luar. Dianggarkan lebih kurang 500 juta penyedut minuman digunakan setiap hari di Amerika Syarikat, di mana kebanyakannya akan berakhir dalam lautan dan membahayakan kehidupan liar, termasuklah kita semua! Anda boleh melaksanakan langkah-langkah mesra alam anda dengan lebih meluas dan sentiasa menyimpan kit sisa sifar di sisi anda! Sediakan balang mason dan sapu tangan supaya anda boleh menghapuskan keinginan untuk menggunakan bahan pakai buang. Anda akan sentiasa bersedia untuk membeli minuman, membawa pulang lebihan makanan atau mengelap sisa tumpahan. Anda tidak mempunyai sapu tangan? Potong sahaja cadar lama untuk digunakan sebagai napkin yang boleh diguna semula—amat sesuai untuk mengelap tangan atau membungkus sekeping pastri!

Tip sisa sifar Pasukan Hijau untuk bulan Mac:

Pertingkatkan lagi usaha kitar semula anda! Sudahkah anda memperkukuhkan lagi strategi permainan anda setelah Young Living mengumumkan Ikrar 5X5? Kami menawarkan penyelesaian dan maklumat berguna untuk memudahkan pasukan YL dalam mengawal jumlah sisa mereka daripada melimpah!

Tahukah anda bahawa 18 Mac ialah Hari Kitar Semula Global? Jika anda belum mulakan proses kitar semula di rumah anda, inilah masa yang paling sesuai untuk ada mulakan. Jika anda sudah mula mengitar semula bagaikan seorang profesional, cuba tingkatkan usaha anda dengan menggalakkan rakan-rakan dan jiran anda untuk mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula. Lihat tip-tip di bawah tentang bagaimana anda boleh menerajui komuniti anda dalam kitar semula:

Cadangan One-less

Hapuskan lebih banyak sisa daripada kehidupan anda dengan berubah kepada penggunaan napkin guna semula dan pastikan anda menjauhi penggunaan pinggan kertas dan perkakas plastik dari troli pembelian anda. Napkin dan pinggan plastik tidak boleh dikitar semula kerana bahan-bahan ini akan bersentuhan dengan sisa makanan, minyak dan mungkin cecair dari badan. Jangan simpan bahan-bahan ini di rumah dan anda tidak perlu risau akan fakta yang menyatakan bahawa ia tidak boleh dikitar semula!

Cuba gunakan iRecycle!

- Aplikasi yang berdasarkan lokasi ini akan membantu anda mencari tempat yang paling dekat dengan kawasan anda untuk menghantar bahan-bahan yang boleh dikitar semula, lebih-lebih lagi untuk barangan yang anda mungkin tidak boleh buang terus dalam tong sampah anda.
- iRecycle boleh didapati untuk pengguna iPhone dan Android.

Jangan buang sisa makanan anda

- Mulakan kerja-kerja pengomposan anda! Taman kecil anda, mahupun taman dalam komuniti anda, pasti akan berterima kasih atas tanah yang anda bekalkan dan kaya dengan nutrisi.
- Tidak semua bahan organik boleh dibuang dalam bekas kompos. Buah-buahan dan sayur-sayuran? Sudah tentu. Daging dan bahan tenusu? Mungkin tidak.
- Guna serdak kopi untuk memperkayakan nutrisi tanah anda. Singgah mana-mana kafe selepas seharian berniaga dan tanyakan lebihan serdak kopi yang mereka ingin buang.
Jadilah sebahagian daripada penyelesaian sempena Hari Kitar Semula Global dan sertai YL dalam mengutamakan kesejahteraan dunia ini.

Tip sisa sifar Pasukan Hijau untuk bulan April:

Celebrate Earth Day with Young Living! Earth Day started on April 22, 1970, and is an annual reminder of our need to protect the environment. Caring for the planet is virtuous on its own, but we’re further inspired to protect the earth’s resources because we know that botanically derived solutions are better for our families. Through sustainable practices, we work hard to protect the soil, water, and air needed to produce pure essential oils and to ensure long-term ecological balance everywhere we do business.

Selain daripada amalan penyumberan yang mampan dan komitmen untuk mencapai tahap piawaian alam sekitar yang paling tinggi dalam operasi kami, kami juga sentiasa mencari pelbagai cara untuk membantu dunia, termasuk usaha kami terhadap sisa sifar sebagai sebahagian daripada Ikrar 5X5 kami. Kami ingin mengajak para ahli dan kakitangan kami untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan harian sempena Earth Day ini.

Cadangan One-less:

Menghapuskan penggunaan botol air plastik merupaka satu langkah mudah yang boleh kita ambil bagi membantu dunia ini. Berikan sokongan pada dunia dengan setiap teguk air dan kurangkan peranan anda dalam krisis plastik dengan memilih untuk menggunakan botol air dan gelas yang boleh diguna semula. Kami amat menyokong penggunaan botol dan bekas air yang boleh diguna semula lalu mempamerkan rasa bangga anda terhadap YL!

Sebagai penghargaan kepada anda sempena Earth Day, kami ingin berkongsi satu campuran hijau istimewa Vitality™ yang boleh anda gunakan untuk menyeduh air minuman anda. Anda pasti akan jatuh cinta dengan warnanya yang menarik dan kongsikannya dengan rakan-rakan anda!

Lebih kurang 8.8 juta tan plastik yang tidak boleh dikitar semula berakhir dalam lautan setiap tahun, malah anggaran tersebut bertumpu sepenuhnya di kawasan pantai. Kita tidak tahu berapa lama yang diperlukan untuk bahan-bahan plastik ini benar-benar didegradasikan tetapi para saintis menganggarkan kemungkinan 450 tahun ke atas, sampai bila-bila.

Usaha untuk memastikan tiada sisa plastik di darat dan lautan bermula dari individu itu sendiri. Impak yang terhasil daripada plastik yang tidak dikitar semula terhadap alam sekitar kita tidak terukur. Setiap plastik terbuang pasti akan meninggalkan kesan, dari membahayakan haiwan hingga mengganggu lanskap alam semula jadi kita.

Sambutlah Earth Day tahun ini dengan menjadi sebahagian daripada penyelesaian. Kurangkan jumlah penggunaan plastik, sama ada pakai buang ataupun sebaliknya.

Tip sisa sifar Pasukan Hijau untuk bulan Mei:

Kurangkan kertas. Rasa kasih terhadap minyak pati menerbitkan rasa cinta terhadap bumi ini. Tahukah anda bahawa 30 juta ekar hutan kita yang meluas telah ditebang untuk penghasilan kertas setiap tahun? Dalam anda membaur dan menggunakan minyak pati semula jadi ini, sasarkan bersama untuk menjalani gaya hidup tanpa kertas. Anda pasti akan berjaya dan membuat perubahan dalam apa jua yang anda lakukan dan anda boleh mulakannya hari ini. Kami sarankan supaya anda memantau jadual harian keluarga anda dengan menggunakan telefon anda, mengambil nota dalam iPad atau komputer dan membanyar bil anda dalam talian pada bila-bila masa. Oleh itu, anda boleh mencapai matlamat anda untuk membudayakan amalan hijau langkah demi langkah!

Sebagai bonus, kami telah mencipta beberapa pelindung skrin berbunga yang segar untuk semua peralatan anda. Pelindung skrin ini boleh dimuat naik ke Apple TV anda dengan tenaga minimum untuk mendekorasi ruang anda dengan bunga-bunga segar sepanjang tahun. Muat turun pelindung skrin kegemaran anda dan hiaskan peralatan anda dengan hasil botani bumi ini!

Tip sisa sifar Pasukan Hijau untuk bulan June:

Tukarkan penggunaan bahan pencuci dalam bekas pakai buang dengan bekas yang boleh diguna semula! Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun! Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mula menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia dalam tahun 70-an bagi mempertingkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar. Tahun lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memfokuskan terhadap menangani pencemaran plastik, yang merupakan satu masalah seberat sembilan bilion tan.

Bagaimana boleh kita menangani masalah sisa plastik ini? Satu daripada caranya ialah dengan memasukkan bahan pencuci anda dalam bekas yang boleh diguna semula! Sebagai contoh, apabila anda membeli Pembersih Seisi Rumah Thieves® dalam bekas 64 auns, jangan buang bekas pembersih itu setelah habis digunakan. Gunakannya untuk menyimpan bahan pembersih yang telah dicampur terlebih dahulu untuk isian semula botol semburan yang mudah.

Sekarang ialah musim bercucuk tanam! Tetapkan matlamat untuk menggantikan bekas pakai buang untuk bahan penghapus rumpai atau serangga dengan bekas yang boleh diguna semula dan juga campuran minyak pati!

Tip sisa sifar Pasukan Hijau untuk bulan Julai dan Ogos:

Sediakan makan tengah sisa sifar! Seorang individu menghasilkan lebih kurang 67 paun sisa daripada bekas makan tengah hari setiap tahun. Gandakan jumlah itu dengan jumlah rakan sekerja anda dan jumlah sisa yang dihasilkan dalam bangunan anda sahaja akan bertambah dengan pantas! Berikut ialah beberapa tip mudah untuk menyediakan makan tengah hari sisa sifar yang mampan.

1. Gantikan beg plastik sandwic dengan pembalut kain atau lilin lebah.
2. Bawa makanan anda dalam balang mason dan bukannya dalam bekas pakai buang.
3. Minum dari botol atau termos air yang boleh diguna semula dan bukannya dari botol plastik pakai buang.
4. Bawa sudu dan garfu yang sebenar ke tempat kerja dan bukannya sudu dan garfu plastik.
5. Guna napkin kain dan bukannya napkin kertas.

Mari kita bersiap sedia! Kurangkan kesan jejak anda dengan menyediakan makan tengah hari sisa sifar sebagai satu daripada matlamat #OneLess and untuk bulan Ogos.

Tip sisa sifar Pasukan Hijau untuk bulan September:

Bertukarlah kepada buku-buku digital atau pinjam sahaja dari perpustakaan di tempat anda! Membaca merupakan cara yang paling mudah untuk mengembangkan minda—namun begitu, 2 bilion buku, 359 juta majalah dan 24 bilion surat khabar telah dicetak setiap tahun dan jumlah itu semakin meningkat!

Dengan bertukar ke arah pembacaan digital, anda boleh melindungi alam sekitar dan masih mampu mengumpul semua buku kegemaran anda hanya di hujung jari sahaja. Satu lagi cara untuk mengurangkan penghasilan buku fizikal yang baharu ialah dengan meminjam buku dari perpustakaan di tempat anda. Kebanyakan perpustakaan juga menawarkan capaian kepada koleksi buku-buku elektronik. Anda juga boleh memulakan perpustakaan sementara anda sendiri di mana anda dan jiran-jiran anda boleh berkongsi salinan fizikal buku-buku anda.

Young Living sudahpun mula mengambil langkah-langkah ke arah membudayakan amalan hijau dengan menggunakan perkhidmatan dalam talian seperti Issuu untuk menerbitkan bahan bacaan kami, termasuk Product Guide 2019 dan isu terkini The Essential Edge . Satu lagi kebaikan salinan digital ialah perkongsiannya yang mudah dengan individu lain. Pastikan anda menghantar pautan ini dan penerbitan kami yang lain kepada rakan-rakan anda supaya mereka mengetahui perkembangan di Young Living.
Jika anda mempunyai salinan bercetak bagi mana-mana penerbitan Young Living, harus diingat bahawa kertas majalah boleh dikitar semula, malah anda boleh mendermakannya ke perpustakaan di kawasan anda!