Proses kitar semula kaca kini boleh didapati di Lehi Will Call Young Living!

Sudahkah anda bersedia dengan matlamat sisa sifar Ikrar 5X5 kami? Ahli dan kakitangan YL kini boleh membawa bersama botol kaca untuk dikitar semula di Lehi Will Call—3125 Executive Parkway, Lehi, Utah—Isnin hingga Jumaat, 9 pg. hingga 5.30 ptg. Anda boleh mengitar semula botol minyak, NingXia Red® dan botol makanan tambahan dengan cepat dan mudah apabila anda singgah ke Will Call!

Sila ambil perhatian untuk beberapa perkara:

- Botol-botol hendaklah dibasuh, dengan penutup dan penitis plastik diasingkan.
- Label tidak perlu ditanggalkan.
- Penutup dan penitis plastik boleh diletakkan ke dalam bekas kitar semula yang lain di Will Call.
- Buat masa ini, kami tidak mempunyai program untuk ahli membuat penghantaran botol-botol ini untuk dikitar semula. Para ahli dikehendaki untuk membawa sendiri botol-botol tersebut ke Lehi Will Call atau menggunakan pilihan kitar semula kaca di kawasan kediaman mereka.

Terima kasih kerana membantu mendekatkan lagi kami ke arah mencapai matlamat membudayakan amalan hijau kami!