Bali Bound 2024

Butiran Program

Promosi Bali Bound bertujuan untuk memberi insentif, galakan, dan ganjaran kepada Brand Partner yang mencapai pencapaian mengagumkan. Program ini tidak menggantikan sebarang kelayakan atau pampasan lain di bawah Pelan Pampasan.

Kelayakan

Promosi Bali Bound terbuka kepada semua Brand Partner Young Living yang layak ("Brand Partner" atau dirujuk sebagai "Peserta") yang (i) berusia sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas di Malaysia dan mereka yang mencapai usia majoriti di negara mereka menetap setakat 1 Julai 2024; dan (ii) mempunyai kedudukan yang baik dengan Young Living. Brand Partner yang mempunyai kedudukan yang baik adalah mereka yang mematuhi terma Perjanjian Brand Partner Young Living, memenuhi keperluan aktif yang digariskan dalam Dasar dan Tatacara Young Living untuk negara mereka menetap, dan mencapai keperluan kelayakan yang ditetapkan dalam peraturan ini.

Kriteria untuk mendapatkan mata

Brand Partner pelu mencapai semua kriteria di bawah untuk dianggap sebagai peserta layak untuk Promosi Bali Bound:

      Belian Peribadi: Brand Partner yang mengambil bahagian mestilah mengekalkan pesanan bulanan (ER atau pesanan sekali) bernilai 100PV secara konsisten semasa Tempoh Program.
      Pendaftaran: Brand Partner yang mengambil bahagian mestilah mendaftarkan minimum 10 Brand Partner baharu dengan pesanan bernilai 100PV (ER atau pesanan sekali) semasa Tempoh Program.
      Keperluan Pangkat: Brand Partner yang mengambil bahagian mestilah mencapai pangkat berbayar sebagai Executive atau ke atas pada November 2024 atau Disember 2024 (tanpa mengambil kira mana-mana pangkat terdahulu).
      Mata Minimum: Brand Partner yang mengambil bahagian mestilah mencapai 30 mata.
      Mesti berada dalam 350 teratas di papan mata, dengan 350 pemenang dibahagikan mengikut pasaran seperti berikutnya:
    Pangkat Platinum dan ke atas: Tingkat 1** Tingkat 2** Tingkat 3
    Amerika: 3 8 17
    APAC: 1 4 8
    EMEA: 1 3 5
    Pangkat Gold dan ke bawah: Tingkat 1** Tingkat 2** Tingkat 3
    Amerika: 14 34 120
    APAC: 7 16 58
    EMEA: 4 10 37
    **Brand Partner yang layak untuk Tingkat 1 dan Tingkat 2 boleh membawa seorang tetamu bersama dan berkongsi bilik dengan tetamu mereka
      Pemutus Seri: Jika ada seri, perkembangan OGV menyeluruh semasa Tempoh Program akan digunakan untuk memutuskan seri.

Cara-cara mendapatkan mata

  • Pendaftaran - maksimum 60 mata boleh diperoleh daripada pesanan pendaftaran.
    • Dapat 1 mata apabila anda sendiri mendaftarkan seorang Brand Partner dengan pesanan 100PV sekali
    • Dapat 2 mata apabila anda sendiri mendaftarkan seorang Brand Partner dengan pesanan ER bernilai 100PV
  • Pengekalan - Maksimum 2 mata setiap Brand Partner yang didaftarkan setiap bulan
    • Dapat 2 mata apabila Brand Partner yang anda daftarkan membuat pesanan kedua, ketiga, keempat, dan kelima bernilai 50PV atau lebih
  • Kenaikan Pangkat***
    • Dapat 3 mata apabila anda membantu seorang Brand Partner yang anda daftarkan mencapai pangkat Senior Star
      • Dapat 6 mata tambahan untuk setiap bulan apabila Brand Partner tersebut mengekalkan pangkat Senior Star
    • Dapat 7 mata apabila anda membantu seorang Brand Partner yang anda daftarkan mencapai pangkat baharu sebagai Executive atau lebih tinggi untuk kali pertama
      • Dapat 15 mata tambahan untuk setiap bulan apabila Brand Partner tersebut mengekalkan pangkat Executive atau lebih tinggi

***Mata pangkat adalah berdasarkan pangkat Brand Partner bermula pada Jun 2024. Tiada had untuk tarikh pendaftaran Brand Partner yang didaftarkan sendiri.

Kriteria Pendaftaran Kenaikan Pangkat Baharu
(Pertama Kali semasa Tempoh Program)
Pengekalan Pangkat Baharu
(Setiap bulan tambahan semasa Tempoh Program)
Mata maksimum setiap kategori
Pendaftaran Peribadi
Pesanan pendaftaran dengan Standard Order atau Essential Rewards bernilai 100PV+ (Bulan 1 sahaja) 1 mata     Maksimum 60 mata
Pesanan pendaftaran dengan pesanan ER bernilai 100PV+ (Bulan 1 sahaja) 2 mata    
Pengekalan
Brand Partner yang didaftarkan membuat pesanan (Pesanan Standard atau Essential Rewards bernilai 50PV+ pada bulan ke-2 atau bulan ke-3 atau bulan ke-4 atau bulan ke-5.) 2 mata setiap bulan untuk setiap Brand Partner yang didaftarkan     Maksimum 2 mata setiap bulan untuk setiap Brand Partner yang didaftarkan, tiada had untuk bilangan Brand Partner baharu yang didaftarkan
Kenaikan pangkat Brand Partner yang didaftarkan
Bantu Brand Partner yang anda daftarkan naik pangkat ke Senior Star   3 mata 6 mata  
Bantu Brand Partner yang anda daftarkan naik pangkat sebagai Executive atau ke atas   7 mata 15 mata  

Hadiah-hadiah

Pemenang akan menerima hadiah yang berikut:

  • Pemenang Tingkat 1 dan Tingkat 2:
      1. Tambang penerbangan ekonomi pergi balik ke Bali, Indonesia untuk pemenang dan tetamu dewasa mereka
        Satu bilik di Ayana Hotel
        Kembara terpilih untuk pemenang dan tetamu dewasa mereka
  • Pemenang Tingkat 3:
      1. Tambang penerbangan ekonomi pergi balik ke Bali, Indonesia
        Bilik di Ayana Hotel
        Kembara terpilih

Semua perbelanjaan yang tidak dinyatakan di sini sebagai sebahagian daripada Hadiah adalah tanggungjawab penuh pemenang Hadiah. Jika pemenang tidak dapat menuntut Hadiah atas sebarang sebab, Hadiah akan dibatalkan. Tiada penjadualan semula, penggantian, atau penukaran Hadiah atau penebusan dalam nilai wang tunai akan diberikan.