Minyak Pati Helichrysum

(Helichrysum italicum)
Bunga Helichrysum biasanya dikenali sebagai Everlasting dan Immortelle mengandungi ciri-ciri pemulihan sambil memberikan sokongan yang sangat baik untuk kulit, menjadikannya bahan yang penting untuk beberapa minyak campuran Young Living.
Seed to Seal® adalah komitmen kualiti kami yang membantu memastikan bahawa bagi setiap produk dan minyak pati Young Living yang keluarga anda gunakan, anda akan menikmati faedah sumber-sumber global, penerajuan industri dan inovasi kami yang menjangkaui dua dekad. Hasilnya? Produk akhir asli yang anda boleh yakin dicipta dengan Penyumberan, Sains dan Piawaian yang hemat—tiga teras ‘Seed to Seal’.
Diperakui EarthKosher
Gambaran Produk

Gambaran Produk

Ciri-Ciri & Faedah
  • Bau yang mesra dan menenangkan
  • Boleh digunakan dalam urutan selepas bersenam
  • Aroma yang memberikan inspirasi
  • Unsur pembersihan
Unsur Utama
  • Neryl acetate
  • Gamma-curcumene
  • Alpha-pinene
  • Beta-caryophyllene
  • Beta-selinene
Profil Aromatik
Dari botol: Aroma seperti madu, herba, kemanis-manisan
Ramuan

Ramuan

Ramuan
Minyak bunga Helichrysum italicum†
† 100% minyak pati tulen
Penggunaan Yang Disyorkan

Penggunaan Yang Disyorkan

Pengalaman
Minyak pati Helichrysum mempunyai aroma yang mesra, berbau tanah dan kemanis-manisan yang boleh membantu mencipta suatu pengalaman yang memberi inspirasi apabila dibaurkan. Unsur pembersihannya boleh memberi kebaikan apabila disapu terus pada kulit kerana ia meratakan permukaan kulit yang tidak sekata.
Arahan Label
Topikal: Sapukan 2-4 titis terus pada tempat yang dikehendaki. Tidak perlu dicairkan, kecuali pada kulit yang sangat sensitif. Guna apabila perlu.
Aromatik: Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.
Cara Pembauran
  • Resapkan aroma asas yang berbau tanah ini semasa anda melakukan rutin penjagaan kulit waktu pagi.
  • Bau yang kemanis-manisan menggalakkan rasa tenang dan fokus semasa belajar dan membuat kerja rumah serta ketika melakukan projek-projek kreatif.
  • Penuhi ruang tamu anda dengan haruman yang jernih ketika waktu rehat atau bertafakur.
Penggunaan
  • Tambahkan Helichrysum ke regimen penjagaan kulit harian anda untuk lebih mencantikkan permukaan kulit.
  • Baurkan aroma yang memberi inspirasi itu ketika bekerja atau belajar.
  • Gunakan kebaikan pembersihan Helichrysum dengan menambahkan beberapa titis pada pembersih muka waktu malam anda.
  • Campurkan 1-2 titis dengan Minyak Sayuran Kompleks V-6™ dan gunakannya untuk urutan yang menenangkan.
Ketahui Lebih Lanjut

Ketahui Lebih Lanjut

Latar Belakang Produk
Helichrysum yang berasal dari perkataan Greek helios yang bermaksud matahari dan chrysos yang bermaksud emas merupakan minyak pati yang paling dicari-cari di seluruh dunia. Bunga halus yang tumbuh di locale tepi pantai seperti Perancis, Itali dan Croatia, hidup di tanah berbatu dan dituai melalui suatu proses yang perit. Akibat pengeksploitan botani global, Young Living telah mengimport batu ke Ladang Aromatik Dalmatia di Aplit, Croatia untuk meniru suasana yang istimewa, di mana kami kini menanam sendiri bunga tersebut yang dahulunya tumbuh liar. Kami suling stim bunga helichrysum dan memberikan ahli kami peluang untuk mengenali bunga yang adakalanya dikenali sebagai "Bunga Abadi".
Nama Saintifik: Helichrysum italicum
Bahagian pokok yang digunakan: Bunga
Wilayah Penanaman: Yugoslavia, Corsica, Croatia, Sepanyol
Kaedah Pengekstrakan: Penyulingan stim
Wilayah YL: : Kebanyakan minyak pati Helichrysum Young Living dihasilkan dari Croatia.