Campuran Minyak Pati Journey On

Apabila D. Gary Young menformulasikan satu campuran minyak pati, beliau mempunyai satu matlamat. Semasa beliau memilih minyak untuk Journey On - yang asalnya dikembangkan untuk Karavan Keamanan Dunia - beliau mahu memulakan perjalanan untuk menyatukan orang lain bagi membawa keamanan ke dunia. Kini, Young Living dan keluarga Young gembira untuk berkongsi Journey On sebagai campuran minyak peringatan untuk menghormati hayat Gary, visinya tentang keamanan dan perpaduan.
Aroma yang mendatangkan inspirasi ini berbau herba dan tanah dan merangkumi campuran minyak pati hebat yang dipilih teliti termasuklah Dream Catcher, ImmuPower, dan Motivation bersama minyak pati Copaiba, Cinnamon Bark dan Peppermint. Aromanya yang indah dan menenangkan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang di serata tempat untuk meraikan keunikan masing-masing dan menjadi lebih memahami serta menunjukkan belas kasihan pada satu sama lain. Gunakan campuran penuh inspirasi ini untuk menaikkan motivasi dalam perjalanan peribadi anda ke arah kesejahteraan menyeluruh dalam hidup.
Dalam mengenang Gary, kami mengenang misinya untuk mendidik dunia tentang minyak pati dan akhirnya, mengubah dunia kita menjadi masyarakat yang baik dan aman. Matlamat karavan diteruskan ketika kita mengenal pasti perjalanan sendiri, membawa keriangan dan harmoni ke dalam hidup sendiri, dan kongsi keamanan dan matlamat itu bersama orang lain.
Biar Journey On menjadi ingatan untuk visi Gary dan impaknya dalam hidup anda ketika anda mewujudkan keamanan dan semangat peribadi. Terimalah legasi Gary dan mulakan perjalanan anda.
Item No. | |
Item | |
Borong: | |
Runcit: | |
PV |
Item ini pada masa ini tidak tersedia untuk dibeli.
Produk ini hanya boleh dibeli oleh pelanggan Young Living. Untuk menjadi pelanggan Young Living klik pada pautan Menjadi Pelanggan di bahagian atas halaman ini.
* Semua harga yang ditunjukkan termasuk VAT. Tidak termasuk caj penghantaran.
Cara Penggunaan
Topikal: Cairkan 1 titis Journey On dengan 4 titis V-6 atau minyak zaitun. Uji sedikit pada kulit bawah lengan dan gunakan pada bahagian yang diingini mengikut keperluan.
Aromatik: Baurkan sehingga 30 minit, 3 kali sehari..
Amaran:Jauhkan daripada kanak-kanak. Untuk kegunaan luar sahaja. Jika anda hamil, menyusu, mengambil ubat-ubatan, atau mempunyai masalah kesihatan, minta pendapat pakar kesihatan sebelum penggunaan. Elakkan sinaran matahari atau UV terus sehingga 12 jam selepas penggunaan.
Ramuan
†100% minyak pati tulen, gred terapeutik