Ladang Young Living


Ladang Whispering Springs

Mona, UT

Landskap berceranggah tengah Utah bertentangan dengan ladang lavender harum kami yang tenang bagi mencipta tempat yang sangat santai dan menenangkan. Menampilkan lebih 1,400 ekar herba wangi, simpanan air yang sejuk, kecantikan semula jadi yang tenang dan udara gunung yang segar, Ladang Whispering Springs ialah destinasi yang indah untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Aktiviti termasuk:

Penuaian Lavender Tahunan

Kelas minyak pati

Larian Lavender 5K

Lawatan kilang penyulingan

Perjalanan dengan wagon

Lawatan ladang haiwan kecil

Pelayaran bot kayuh

Ladang Whispering Springs juga tempat yang sempurna untuk majlis perjumpaan keluarga, majlis syarikat, dan majlis perkahwinan.


Pelawat Dialu-alukan

Pusat Pelawat kami dibuka sepanjang tahun, Isnin hingga Sabtu, dari 10 pagi hingga 6 petang Anda akan temui kami di:

3700 North Highway 91, Mona, UT 84645

Anda boleh menghubungi kami melalui telefon di (800) 371-0819.

Dapatkan arah pemanduan.