BLOOM
Share
KENAPA BLOOM?
Apa jua jenis kulit anda, BLOOM by Young Living akan membantu mencerahkan permukaan kulit anda dan mengembalikan tona kulit yang lebih sekata! Set ini termasuk sistem penjagaan kulit mencerahkan dan minuman kecantikan, Collagen Complete yang menyokong kesihatan kulit dari luar dan dalam. Dengan komitmen terhadap Seed to Seal® Young Living, BLOOM by Young Living akan membantu memulih dan meremajakan semula kulit anda dengan membekalkan seri semula jadi daripada produk properiatri kami.
SISTEM PENJAGAAN KULIT MENCERAHKAN BLOOM
Sheerlumé™ Brightening Complex eksklusif yang digabungkan bersama Sistem Penjagaan Kulit Mencerahkan BLOOM ini dirumuskan dengan ramuan semula jadi berasaskan tumbuh-tumbuhan dan membantu mencerahkan permukaan kulit, serta menambahkan lagi seri wajah semula jadi.
Sheerlumé™ Brightening Complex Mengandungi: Minyak Pati Vetiver, Blue Cypress, Davana, Royal Hawaiian Sandalwood, Clove, Jasmine, Carrot Seed, Spearmint, Geranium dan Frankincense.
Sheerlumé™ Brightening Complex Mengandungi: Minyak Pati Vetiver, Blue Cypress, Davana, Royal Hawaiian Sandalwood, Clove, Jasmine, Carrot Seed, Spearmint, Geranium dan Frankincense.
|
|
|
|
|
|
|
Pencuci muka Mencerah BLOOM by Young Living yang dihasilkan secara semula jadi iaitu ini menyerlahkan lagi seri wajah. Pencuci Muka Mencerah BLOOM merupakan pencuci muka ultra-hidrasi yang membersih dan merapi, menjadikan kulit anda sentiasa segar dan halus.
KebaikanMemperbaiki struktur kulit
Menghidrat kulit
Menyerikan wajah
Cara PenggunaanBasahkan kulit dengan air suam dan sapukan perlahan-lahan sedikit pencuci pada kulit. Cuci bersih dan keringkan, ulang pada waktu pagi dan malam.
|
Esens Mencerah BLOOM™ by Young Living merupakan esens berkilau yang menyuburkan kulit dengan penghidratan dan memberikan kilauan iridesen pada kulit.
KebaikanMenghidrat kulit
Menggalakkan seri dan kilauan pada kulit
Mengekalkan mikrobiom kulit yang sihat
Cara PenggunaanSila goncang sebelum guna. Calitkan sejumlah esens pada tapak tangan anda. Sapukan pada kedua-dua tapak tangan dan tekapkan tapak anda secara lembut pada kulit wajah dari bahagian tengah hingga ke bahagian tepi muka, seterusnya pada leher dan garis leher. Ulang pada waktu pagi dan malam.
|
|
|
|
|
Dengan menggabungkan Sheerlumé™ Brightening Complex, Losyen Mencerah BLOOM™ by Young Living yang telah terseduh dengan ramuan semula jadi paling mengagumkan ini akan mencerahkan permukaan kulit, serta menaikkan lagi seri wajah semula jadi. Penghidratan lembut BLOOM akan membantu melembapkan kulit dan mencerahkan dengan kilauan seimbang.
KebaikanMenyeimbangkan tona kulit
Mencerah dan meningkatkan lagi seri wajah
Melembapkan kulit
Cara PenggunaanTekan perlahan-lahan dan calitkan sejumlah kecil losyen secara rata pada seluruh wajah, leher dan garis leher. Ulang pada waktu pagi dan malam.
|
Kolagen BLOOM menghasilkan kebaikan menyerikan daripada 10,000 mg Kolagen Terhidrolisis Peptan bagi setiap botol, serta ekstrak Wolfberi, Ekstrak Teh Hijau Bunga Melur dan mineral yang baik untuk kulit dengan rasa sitrus enak.
Kolagen BLOOM dengan rumusan unik yang ditambah dengan minyak pati Grapefruit, Lemon dan Lime Young Living adalah padat dengan ramuan semula jadi yang amat serasi dengan rangkaian penjagaan kulit menakjubkan BLOOM™ Young Living. Setiap hidangan akan membantu anda menikmati kecantikan berseri dari dalam diri setiap hari! Nikmati kebaikan indah kolagen! Rutin penjagaan kulit harian anda adalah penting dan kini anda boleh menyokong kesihatan kulit anda dari dalam diri anda. Kolagen BLOOM menawarkan nutrisi mengagumkan bagi menjadikan hari-hari anda lebih indah! Ramuan10,000mg of Kolagen Terhidrolisis Peptan
Ekstrak Wolfberi
Kolagen Marin
Ekstrak teh hijau bunga melur
Minyak pati Grapefruit, Lemon dan Lime Young Living
Mineral yang baik untuk kulit
KebaikanMenyokong kecantikan luar dari dalam dengan kolagen marin
2000da molekul kecil kolagen yang membenarkan penyerapan dan asimilasi yang baik
Kaya dengan bahan anti-oksida
Cara PenggunaanAmalkan sebotol sehari bagi menyokong kecantikan luar dari dalam.
Sila goncang sebelum guna. |
|
|
Terseduh dengan Sheerlumé™ Brightening Complex dan ramuan semula jadi yang lain bagi menghasilkan solusi kecantikan semula jadi
|
|
Komitmen Seed to Seal |
|
Terseduh dengan ekstrak wolfberi dan minyak sitrus yang kaya dengan limonen
|
Menggalakkan tona kulit sekata dan mencerahkan permukaan kulit, serta menaikkan lagi seri wajah semula jadi
|
|
Seri Wajah |
|
Memperbaiki seri kulit dari dalam
|
Mengandungi bahan anti-oksida dan ramuan yang menyuburkan kulit, serta memperbaiki penghidratan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit
|
|
Memulihkan |
|
Mengandungi 10,000mg Kolagen Terhidrolisis Peptan yang membantu memperbaiki keanjalan dan kekuatan kulit
|
Soalan Lazim
Kolagen BLOOM
S: APA ITU KOLAGEN?
J: Kolagen merupakan protein struktur utama yang menjadikan hampir 30 peratus protein dalam tubuh manusia dan protein memastikan ketegangan, keanjalan dan kekuatan kulit, tendon, ligamen, rawan dan tulang.
s: adakah Kolagen BLOOM sesuai untuk vegetarian/vegan?
J: Produk ini diperbuat daripada sumber hasil laut seperti ikan, yang bukan merupakan ramuan sumber sayur-sayuran. Selain daripada kolagen terhidrolisis, ramuan lain didapati dan dihasilkan daripada sumber tumbuh-tumbuhan.
s: Berapakah jumlah kolagen yang diperlukan dalam sehari?
J: Jumlah pengambilan peptida kolagen yang berkesan seperti yang dicadangkan dalam kepustakaan ialah dalam julat 2500mg hingga 15,000mg sehari.
S: adakah Kolagen BLOOM SESUAI UNTUK VEGETARIAN atau VEGAN?
J: Kolagen BLOOM mengandungi Kolagen Marin Peptan yang dihasilkan daripada ikan. Oleh itu, produk ini tidak sesuai untuk vegan atau vegetarian.
s: bolehkah wanita mengandung mengamalkan Kolagen BLOOM?
J: Jika anda mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat-ubatan atau mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk pada pakar perubatan sebelum mengamalkannya.
Penjagaan Kulit Mencerahkan BLOOM
S. ADAKAH SISTEM PENJAGAAN KULIT BLOOM MENGANDUNGI RAMUAN YANG BERASASKAN HAIWAN?
J. Gam xanthan yang digunakan dalam produk ini mungkin telah diproses dengan enzim yang dihasilkan daripada bahagian albumen telur. Oleh itu, produk BLOOM (pembersih, esens dan losyen) adalah sesuai digunakan oleh individu yang mengamalkan diet ovo-vegetarian tetapi bukan mesra vegan.
S. BOLEHKAH PENCUCI MUKA BLOOM DIGUNAKAN PADA KULIT YANG SENSITIF?
J. Rumusannya tidak mengandungi apa-apa bahan sulfat atau surfaktan yang membahayakan, serta bahan alcohol yang boleh mengakibatkan iritasi pada individu yang mempunyai kulit sensitif.
S: APAKAH ITU ESENS?
J: Esens merupakan bahan berasaskan air yang menghidratkan yang digunakan selepas membersih/mentona dan sebelum menggunakan serum atau pelembap. Esens memberikan penghidratan dan/atau kebaikan lain khusus pada kulit, serta membantu penyerapan lebih baik serum/pelembap yang anda guna gunakan pada kulit anda.
S: KENAPA TERDAPAT MIKA YANG TERBENTUK PADA BAHAGIAN BAWAH ATAU MELEKAT PADA BAHAGIAN SISI BOTOL?
J: Oleh kerana produk ini dirumuskan secara semula jadi tanpa ramuan sintetik yang membantu mengembangkan partikel dalam cecair, sejumlah mika mungkin atau terbentuk pada bahagian bawah atau melekat pada sisi botol. Ini tidak akan mengganggu keberkesanan atau keselamatan produk tersebut. Penggoncangan botol sebelum guna boleh membantu menguraikan mika yang terbentuk.
S: ADAKAH TERDAPAT MANA-MANA KAWASAN YANG TIDAK SESUAI DIGUNAKAN DENGAN BLOOM?
J: Losyen BLOOM telah direka untuk sapuan pada kawasan muka dan leher.
S: ADAKAH LOSYEN BLOOM ATAU RAMUANNYA DIUJI PADA HAIWAN?
J: Tidak, kedua-dua produk dan ramuannya tidak diuji pada haiwan.
S: BOLEHKAH LOSYEN BLOOM DIGUNAKAN TANPA GABUNGAN PRODUK-PRODUK LAIN?
J: Kami sarankan supaya produk ini digunakan sebagai sebahagian daripada sistem BLOOM bagi mendapatkan keberkesanan mencerah yang maksimum.