Ladang di Amerika Utara

Ladang Lavender dan Pusat Penyulingan St. Maries

St. Maries, Idaho, Amerika Syarikat





Produk dari ladang ini




Permulaan Ladang Lavender dan Pusat Penyulingan St. Maries

Ladang Lavender dan Pusat Penyulingan St. Maries adalah tempat di mana bermulanya kembara ladang Young Living. Pada tahun 1992, D. Gary Young membawa benih lavender daripada Provence, Perancis, dan menanam benih tersebut di 200 ekar tanah yang kemudiannya menjadi ladang indah ini. Hari ini, ladang St. Maries Young Living yang terletak di idaho menyumbang kepada penghasilan minyak pati Lavender kami yang terkenal serta pelbagai tumbuhan aromatik lain. Awalnya, Gary membeli tanah seluas 160 ekar yang menjadi Ladang Lavender dan Pusat Penyulingan St. Maries pada tahun 1992, sebelum beliau menubuhkan Young Living. Selepas membersihkan tanah daripada pokok asal, beliau menanam benih Lavandula angustifolia yang dibawa ke Amerika Syarikat dari Perancis. Gary dan Mary tinggal di Ladang Lavender St. Maries semasa beliau mengusahakan ladang dan membangunkan pusat penyulingan.

Kualiti Komitmen Seed to Seal®

Sebagai ladang Young Living yang pertama, Ladang Lavender dan Pusat Penyulingan St. Maries adalah tanah di mana lahirnya komitmen kualiti Seed to Seal yang diamalkan oleh semua ladang Young Living. Pasukan di ladang lavender ini menjalankan beberapa analisis istimewa berkenaan tanah, air, dan tumbuhan-tumbuhan aromatik sepanjang tahun bagi memastikan pokok yang ditanam menghasilkan minyak pati dengan kualiti yang terbaik.

Sebuah lokasi yang bersih dan tidak tersentuh di mana benih tumbuhan boleh tumbuh subur, di mana tumbuhan menjadi minyak pati yang premium, dan di mana kualiti sentiasa menjadi satu jaminan, ladang lavender yang sederhana tetapi indah di St. Maries, Idaho ini melahirkan Seed to Seal.

Sorotan Minyak

Sebagai sebahagian daripada keluarga Lamiaceae (mint), melissa (Melissa officinalis) tergolong dalam genus yang merangkumi lima spesis herba saka yang berasal dari Eropah, Asia Tengah, dan Iran. Walaupun Melissa officinalis awalnya berasal dari Eropah Selatan, ia kini telah tersebar ke seluruh dunia, dari Amerika Utara hingga ke New Zealand.

Usaha Pemuliharaan Kami

Ladang ini menzahirkan rasa kasih Gary terhadap alam semula jadi dengan melaksanakan pengitaran semula sisa buangan dan peredaran air. Bahan tumbuhan yang telah diproses dikompos dan digunakan, dan air bunga - atau hidrosol - dikitar semula dan dijadikan pengawal habuk di jalan bahagian dalam ladang.

Sebagai sebahagian daripada usaha penghutanan semula yang berterusan, lebih daripada 20,000 anak pokok blue spruce yang menghasilkan oksigen telah ditanam di St. Maries, mengimbangi karbon atmosfera.


Tahukah Anda?

Young Living Seed to Seal standards logo.

Kedua-dua Lavandula angustifolia dan Melissa officinalis, tanaman utama di Ladang St. Maries, boleh tumbuh subur dan menghasilkan minyak pati berkualiti tinggi untuk 10-12 tahun.

Young Living Seed to Seal science logo.

Ada banyak spesis hidupan liar yang mendiami ladang St. Maries, termasuklah elk, rusa ekor putih, moose, beruang hitam, rakun, landak, dan tupai tanah Columbia.

Young Living Seed to Seal standards logo.

Sejak mula lagi, Brand Partner Young Living sering dialu-alukan untuk menyertai penanaman pokok di acara tahunan Melissa Harvest. Program ini memenuhi salah satu impian Gary untuk memberi peluang kepada Brand Partner merasai pengalaman bekerja di ladang dan belajar menyayangi tanah tersebut.



"Bagaimana kita boleh jadikan penanaman, penuaian, penyulingan lebih cekap? Apa cara yang lebih baik? Memang sudah menjadi kebiasaan Gary untuk menyuarakan soalan begini dan inilah legasi yang diteruskan oleh Young Living sehingga hari ini dalam usaha meneroka penemuan dan kemajuan baharu yang boleh memberi manfaat kepada semua yang terlibat dalam dunia minyak pati."
–Mary Young, Pengasas Bersama dan CEO Young Living

Tempah untuk nikmati pengalaman di ladang

Jadikan ladang kami destinasi untuk kembara anda yang seterusnya dan alami sendiri sumber minyak pati asli kami.

Sertai Kami

Acara-acara Young Living

Young Living penuh dengan acara yang mengujakan! Kunjungi halaman Acara Ladang kami untuk melihat semua pengalaman menarik yang kami tawarkan.

Lihat Acara Di Ladang