Ladang di Amerika Utara
Ladang Ternak Skyrider Wilderness
Tabiona, Utah, Amerika Syarikat
Produk dari ladang ini
Tepung Einkorn
Permulaan Ladang Ternak Skyrider Wilderness
Pengasas Young Living D. Gary Young dan Pengasas Bersama Mary Young membeli ladang ini pada tahun 2017. Ketika itu, ladang itu masih beroperasi sebagai ladang ternakan. Kawasan ini mempunyai tempat istimewa buat mereka berdua dan menjadi tempat persemadian terakhir Gary. "Saya suka beritahu orang lain kalau mereka tidak berpeluang mengenali Gary semasa beliau masih ada, datanglah ke Ladang Ternak Skyrider Wilderness." kata Pengurus Ladang, Skyler Olson. "Di sini, semuanya tentang Gary."
Perburuan terakhir
Sorotan Einkorn
Fokus kami pada pemuliharaan
Melindungi hidupan liar tempatan. Kawasan perlindungan ini adalah sebahagian daripada kawasan yang digelar "Utah Serengeti" kerana kehadiran kumpulan besar elk dan rusa yang berhijrah menerusi kawasan tersebut. Ladang ini mengekalkan beberapa bahagian tanah khas untuk membantu haiwan-haiwan ini melalui musim sejuk yang mencabar.
Ladang Tabiona kami telah mendaftarkan stesen singgahnya pada tahun 2022 untuk membantu melindungi migrasi rama-rama raja. Ladang ini juga memiliki taman pokok milkweed yang berpagar bagi membolehkan para pengunjung belajar lebih lanjut mengenai usaha melindungi ejen pendebungaan kita.
Tahukah anda?
Penginapan utama terletak di ketinggian 6,800 kaki (2,072 meter) dari paras laut.
Semasa ribut bermusim, salji dengan ketebalan beberapa kaki boleh turun di ladang ini.
"Ladang Ternak Skyrider Wilderness di Tabiona, Utah di kaki Gunung Uinta, adalah tempat istimewa bagi Pengasas Young Living, D. Gary Young. Ia adalah rumah kepada D. Gary Young Wildlife Sanctuary, dengan hutan berkeluasan hampir 17,000 ekar, puncang gunung mengagumkan, dan Sungai Duschesne. Kawasan ini menawarkan perlindungan kepada semua penghuni semula jadinya, termasuklah, rusa, elk, dan bison. Pada permulaan musim panas ini, ia akan menjadi kawasan untuk biri-biri gurun bertanduk besar pertama di Utah. Di sini, anda juga boleh menyaksikan hamparan keemasan bijirin Einkorn yang tumbuh subur di kawasan yang aman dan indah ini."
–Skyler Olson, Pengurus Ladang
Tempah untuk nikmati pengalaman di ladang
Jadikan ladang kami destinasi untuk kembara anda yang seterusnya dan alami sendiri sumber minyak pati asli kami.
Sertai KamiAcara-acara Young Living
Young Living penuh dengan acara yang mengujakan! Kunjungi halaman Acara Ladang kami untuk melihat semua pengalaman menarik yang kami tawarkan.
Lihat Acara di LadangHubungi Kami
Young Living Malaysia Sdn Bhd (1058616-D) (AJL 932069)
Ground Floor, Tower 7
Avenue 3, Bangsar South,
No. 8 Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur, Malaysia
MEMBER SERVICES:
Brand Partner Luar Negara: +603 2714 8620
Talian Bebas Tol: 1800 189 889
WhatsApp: +60 15 4600 0691
Copyright © 2025 Young Living Essential Oils. Hak cipta terpelihara | Dasar Privasi