Ladang di Eropah

Ladang Lavender dan Pusat Penyulingan Simiane-la-Rotonde

Simiane-la-Rotonde, Perancis





Produk Dari Ladang Ini

Permulaan Ladang Lavender dan Pusat Penyulingan Simiane-la-Rotonde

Ladang Lavender dan Pusat Penyulingan Simiane-la-Rotonde Young Living terletak di kawasan pergunungan Provence, sebuah daerah indah di Perancis yang terkenal dengan ladang lavender yang harum mekar dan festival sepanjang musim panas. Pesona sejarah dan pemandangannya yang menawan menjadikan ladang ini satu destinasi terkenal dalam kalangan para pencinta minyak pati, artis, dan pengunjung yang ingin menikmati aura memukau serta sejarah budaya lokasi istimewa ini.

Pada tahun 1990, Jean-Noël Landel mengembara dari Perancis, berharap untuk menemui pembeli bagi minyak pati Lavender bekualiti tinggi beliau di sebuah ekspo di Amerka Syarikat. Pengasas Young Living, mendiang D. Gary Young juga menghadiri ekspo yang sama, mempamerkan beberapa minyak pati tunggal yang menarik minat Jean-Noël. Kedua-dua mereka segera mendapati mereka berkongsi minat yang sama terhadap minyak pati, terutamanya Lavender, dan Jean-Noël menjemput Gary melawatnya di Perancis. Beliau tidak pernah menyangkakan Gary akan benar-benar datang. Sebulan kemudian, Jean-Noël dan isterinya, Jane, menyambut kunjungan Gary ke rumah mereka, di mana mereka memperkenalkan Gary kepada anak lelaki mereka, Nicolas, yang berusia enam bulan. Hari ini, Nicolas Landel meneruskan legasi bapanya dengan menguruskan Ladang Lavender dan Pusat Penyulingan Simiane-la-Rotonde Young Living, termasuk memantau tuaian lavender.

Komitmen Kualiti Seed to Seal®

Pekerja Young Living menuai dari Jun hingga pertengahan Ogos dan kemudian menyuling wap bahagian atas pokok yang berbunga untuk menghasilkan minyak pati.

Selepas minyak disuling, kami hantar sampel ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan minyak tersebut mengandungi keseimbangan komponen yang ideal. Jika semua pengkhususan ketat dipenuhi, minyak tersebut kemudiannya akan dihantar ke kemudahan pembotol canggih kami.

Sorotan Minyak

Orang Rom mula memperkenalkan Lavender ke kawasan Provence pada sekitar 2,000 tahun yang lalu. Tumbuhan tersebut menyesuaikan diri dengan iklim kawasan dan tersebar dengan cepat. Clary sage pula adalah tumbuhan asal Eropah dan tergolong dalam keluarga pudina (mint). Young Living telah menanam clary sage selama lebih 25 tahun, menyuling wap bahagian atasnya yang berbunga untuk mendapatkan minyak dengan haruman herba.

Usaha Pemuliharaan Kami

Melindungi lebah-lebah rentan. Pasukan Simiane-la-Rotonde faham akan peranan penting yang dimainkan oleh lebah dalam pertanian menerusi pendebungaan tanaman. Oleh kerana itu, pasukan Simiane-la-Rotonde telah melaksanakan amalan penjagaan lebah yang selamat dan lestari dengan memastikan pemakanan mereka bebas gula dan meninggalkan lebih daripada separuh madu mereka supaya mereka sentiasa mempunyai makanan sepanjang musim sejuk. Pasukan ini juga mengalihkan lebah dengan berhati-hati menggunakan berus lebah yang dipasang pada perlatan ladang yang digunakan supaya serangga ini tidak dicederakan traktor semasa musim menuai.

Menyokong eksistem semula jadi. Biri-biri meragut di ladang lavender untuk menyingkirkan tanaman tutup bumi dan mengawal pertumbuhan rumpai. Memandangkan biri-biri tidak suka akan bau lavender yang seperti bunga, mereka hanya makan rumpai dan tidak menyentuh lavender. Ini juga mengurangkan keperluan membajak, yang memperlahankan penyejatan, meningkatkan penyerapan air hujan, dan mengurangkan kos kerja dan minyak.

Mengambil bahagian dalam projek berkaitan pendidikan. Pasukan ladang telah membantu dalam pembukaan muzium tempatan yang memberi perhatian kepada tumbuhan yang ditanam di kawasan tersebut dan kegunaannya sepanjang zaman. Ini membolehkan pengunjung yang mengunjungi ladang Simiane-la-Rotonde berpeluang mempelajari kegunaan bersejarah bagi tumbuhan aromatik tempatan dan pengekstrakan minyak pati.


Tahukah Anda?

Lavender dan clary sage adalah ahli keluarga pudina (mint).

Seluruh tumbuhan clary sage dilitupi bulu-bulu halus berkelenjar yang mengandungi minyak pati.

Einkorn menjadi pilihan untuk menghasilkan produk bakeri dengan khasiat tambahan.

Lavender tidak menghasilkan apa-apa untuk tahun pertama, mengeluarkan 50 peratus hasil pada tahun kedua, dan mencapai potensi penuhnya semasa tahun ketiga.



"Membaja dan menyuburkan tanah akan menghasilkan minyak dengan kualiti lebih baik."
–D. Gary Young, Pengasas Young Living

Tempah untuk nikmati pengalaman di ladang

Jadikan ladang kami destinasi untuk kembara anda yang seterusnya dan alami sendiri sumber minyak pati asli kami.

Sertai Kami

Acara-acara Young Living

Young Living penuh dengan acara yang mengujakan! Kunjungi halaman Acara Ladang kami untuk melihat semua pengalaman menarik yang kami tawarkan.

Lihat Acara di Ladang