Ladang di Asia

Ladang dan Pusat Penyulingan Okinawa

Okinawa, Jepun





Produk Dari Ladang Ini

Permulaan Ladang dan Pusat Penyulingan Okinawa

Semasa berusaha meneroka dan berkongsi minyak pati baharu dengan komuniti global kami, pasukan ladang Young Living telah diperkenalkan kepada halia cengkerang/lengkuas batik (shell ginger) pada tahun 2021 oleh Dr. Je Tae Woo, seorang saintis terkemuka yang bekerja dengan Young Living Jepun. Selepas menyemak kajian Dr. Woo, pasukan ladang bekerjasama bersama beliau untuk memilih, menilai, dan menguji piawaian Seed to Seal® di lokasi yang kini menjadi rumah kepada ladang Okinawa utara yang indah.

Komitmen Kualiti Seed to Seal®

Sebelum Ladang dan Pusat Penyulingan Okinawa dibeli, tanah ini telah diuji untuk mengesan lebih daripada 350 bahan kimia dan logam berat bagi memastikan halia cengkerang yang ditanam di ladang halia Jepun yang unik ini adalah suci dan bebas daripada sebarang pencemaran.

Sorotan Minyak

Halia cengkerang, yang menghasilkan minyak pati yang harum, mengandungi unsur yang dipanggil DK dan DDK, yang telah dikaji berkenaan peranan mereka dalam menyokong kesihatan dan kepanjangan usia.





Usaha Pemuliharaan Kami

Ladang Okinawa terletak di dalam Taman Negara dan operasi di ladang ini berpegang teguh kepada piawaian alam sekitar yang tinggi. Walaupun ladang ini telah menggunakan pertanian jana semula untuk menghasilkan kesan alam sekitar yang positif dan melindungi ekosistem pulau yang sensitif, Young Living sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan. Pasukan ladang yang bekerjasama dengan kerajaan dan institusi pendidikan tempatan sedang membangunkan rancangan untuk menyumbang sesuatu yang bermakan kepada komuniti Young Living serta selaras dengan ekosistem unik di tempat yang istimewa ini. Rancangan-rancangan ini termasuklah:

  • Bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk mengurangkan kesan dan menyokong hidupan liar.
  • Membuat kajian untuk tumbuhan, khususnya cengkerang halia, untuk tujuan pendidikan.
  • Membangunkan pusat penyulingan yang tidak mengganggu ekosistem sekitar dan hidupan liar yang tinggal di sini. Tambahan kepada ladang global kami ini akan membantu usaha pemuliharaan dan pertanian jana semula untuk lokasi ini.
  • Mereka bentuk pusat penyulingan untuk digunakan sebagai tempat perlindungan ribut taufan untuk penduduk Okinawa. Ini akan meluaskan misi kami untuk menyokong komuniti dan hidupan liar.


  • Tahukah Anda?

    Ladang dan Pusat Penyulingan Okinawa terletak di taman negara di bahagian utara Okinawa. Kawasan ini juga merupakan salah satu Zon Biru di bumi yang merujuk kawasan dengan bilangan ramai penduduk hidup dengan sihat, melebihi jangka hayat purata.

    Lima Zon Biru di mana penduduknya mempunyai jangka hayat yang panjang adalah Icaria, Greece; Okinawa, Jepun; Sardinia, Itali; Loma Linda, California, Amerika Syarikat; dan Semenanjung Nicoya di Costa Rica.



    "Ladang Young Living yang paling baharu terletak di pulau Okinawa yang indah di Jepun. Ladang ini dikelilingi hutan semula jadi dan iklim subtropika pulau ini menjadi rumah kepada kepelbagaian alam flora dan fauna. Okinawa pernah digelar sebagai "tanah abadi" kerana kepanjangan hayat penduduk pulau ini. Ladang baharu ini masih dibangunkan tetapi kami berharap kami dapat menjemput Brand Partner mengunjungi ladang pertama kami di Asia Pasifik di masa akan datang."
    –Mary Young, Pengasas Bersama dan CEO Young Living

    Tempah untuk nikmati pengalaman di ladang

    Jadikan ladang kami destinasi untuk kembara anda yang seterusnya dan alami sendiri sumber minyak pati asli kami.

    Sertai Kami

    Acara-acara Young Living

    Young Living penuh dengan acara yang mengujakan! Kunjungi halaman Acara Ladang kami untuk melihat semua pengalaman menarik yang kami tawarkan.

    Lihat Acara di Ladang