Ladang di Amerika Utara

Ladang dan Pusat Penyulingan Northern Lights

Fort Nelson, BC, KANADA





Produk dari ladang ini

Permulaan Ladang dan Pusat Penyulingan Northern Lights Farm

Selepas pencarian dan kajian mendalam pada tahun 2014, Young Living membeli tanah di British Columbia, Kanada, untuk Ladang dan Pusat Penyulingan Northern Lights. Ladang Northern Lights ini menjadi sumber utama minyak pati Black Spruce bagi Young Living, satu bahan penting dalam pelbagai campuran terkenal yang dihasilkan Young Living. Bagi terus memelihara dan melindungi hutan yang indah ini, ladang Northern Lights memulakan proses mendapatkan lesen hortikultur dan bekerja dengan kerajaan tempatan serta pemilik tanah lain bagi menguruskan hutan yang berdekatan.

Aroma unik Black Spruce yang segar dan kaya bagaikan pohon pain menjadikannya satu komponen penting dalam campuran minyak pati Valor® kami yang penting. Valor cukup terkenal sehingga pada permulaan tahun 2013, Pengasas Young Living, D. Gary Young yakin bahawa Young Living perlu meluaskan penghasilkan Black Spruce dengan segera. Beliau mengembara ke ribuan ekar luasnya tanah, dari Saskatchewan ke Alaska, sebelum menemui tanah terasing dengan hutan yang padat di mana tanahnya belum pernah disentuh dan tidak pernah dirawat, lapan batu di luar Fort Nelson, British Columbia.

Gary membeli tanah boreal indah yang kini dikenali sebagai ladang Northern Lights Young Living, mendirikan khemah, dan memulakan pecah tanah pada 29 Julai 2014, dengan harapan dapat menyiapkan pembinaan pusat penyulingan canggih di tanah tersebut sebelum musim sejuk. Gary dan pasukannya bukan setakat berjaya menyiapkan pembinaan tersebut, malah mereka berjaya membersihkan tanah ladang-ladang baharu yang dapat ditanam sebelum tanah membeku pada bulan Oktober tahun tersebut.

Seed to Seal®

Black spruce adalah salah satu hasil tuaian paling mencabar i di ladang-ladang Young Living, menghasilkan jumlah minyak pati paling tinggi antara suhu beku dan -20° F (-28° C). Pada suhu dingin yang mencucuk tulang, para peladang bekerja keras ke hutan untuk menuai dan mencincang pokok black spruce yang matang bagi membolehkan pokok-pokok muda membesar dengan lebih baik.

Selepas penuaian dan penyulingan, contoh minyak pati daripada setiap penyulingan dihantar ke makmal di ladang Northern Lights untuk ujian bagi memastikan setiap titisan minyak mengandungi unsur bermanfaat pada tahap optimum.

Sorotan Minyak

Walaupun ladang ini terletak di British Columbia, black spruce biasanya ditemui di bahagian timur di Pergunungan Adirondack dan di Newfoundland, di mana pokok ini dikenali sebagai pokok rasmi untuk wilayah tersebut.

Black spruce adalah pokok konifer malar hijau yang tumbuh perlahan, yang dianggap berharga oleh beberapa kumpulan masyarakat peribumi, termasuk masyarakat Plain, yang menggunakan pucuk dan kulit dalamnya sebagai makanan, getah yang sudah mengeras sebagai gula-gula getah, dan kayunya untuk tiang tepee, iaitu sejenis khemah tradisional.


"Permintaan minyak Black Spruce sangat tinggi, tetapi bekalannya sedikit. Jadi, Gary nekad untuk mencari tanah bagi membina pusat penyulingan sendiri supaya Young Living tidak akan berhadapan dengan masalah ini lagi. Selepas terbang merentasi jutaan ekar tanah di utara Kanada, beliau menemukan ladang sempuran dengan tanah tidak pernah diteroka, bebas daripada bahan kimia, dan dikelilingi keindahan cahaya aurora. Ladang ini telah berkembang untuk menghasilkan beberapa jenis minyak yang menjadi bahan utama dalam pelbagai produk penting daripada Young Living."
–Mary Young, Pengasas Bersama dan CEO Young Living



Tahukah Anda?

Young Living Seed to Seal standards logo.

Gary Young sendiri mereka bentuk pusat penyulingan yang cekap dan moden di Northern Lights. Rekaannya sangat inovatif sehingga beberapa ciri pusat ini ditambah ke pusat penyulingan sedia ada yang lain, termasuklah Ladang dan Pusat Penyulingan Lavender Simiane-la-Rotonde di Perancis.

Young Living Seed to Seal science logo.

Musim sejuk di ladang berlangsung selama lapan bulan, dengan suhu yang boleh menurun sehingga -40° F (-40° C).



Usaha Pemuliharaan Kami

Ladang kami memandang serius isu perhutanan semula. Para pekerja di ladang northern Lights menanam ribuan pokok setiap tahun:

  • 10,000 pokok black spruce dan 5,000 pokok lodgepole pain pada tahun 2021
  • 16,000 pokok black spruce pada tahun 2020
  • 5,000 pokok lodgepole pain dan 1,000 pokok white spruce pada tahun 2019

Mereka juga telah membersihkan 30 ekar tanah untuk acara menanam pokok pada tahun hadapan, di mana sasarannya adalah untuk menanam 40,000 batang pokok.

Pada musim panas ini, mereka akan memulakan pembinaan rumah hijau untuk menanam anak benih. Selain itu, ladang ini juga sedang berusaha mendapatkan lesen hortikultur dan bekerja bersama kerajaan tempatan dan pemilik tanah untuk menguruskan hutan yang berdekatan.


Tempah untuk nikmati pengalaman di ladang

Rancang kembara anda yang seterusnya di salah satu lokasi ladang kami dan alami sendiri sumber minyak pati asli kami.

Sertai Kami

Acara-acara Young Living

Young Living penuh dengan acara yang mengujakan! Kunjungi halaman Acara Ladang kami untuk melihat semua pengalaman menarik yang kami tawarkan.

Lihat Acara di Ladang