Ladang di Amerika Utara
Ladang Botani Mt. Nebo
Mona, Utah, Amerika Syarikat
Produk dari Ladang Ini
Permulaan Ladang Botani Mt. Nebo
Pada tahun 1994, Pengasas Young Living D. Gary Young membeli rumah ladang asal dan hartanah seluas 160 ekar tersebut. Beliau menyewa tanah berdekatan selama beberapa tahun seterusnya dan apabila berpeluang, beliau membeli kebanyakannya. Hari ini, Ladang Botani Mt. Nebo mempunyai keluasan sekitar 1,700 ekar. Rekod di rumah ladang tersebut menunjukkan pemilik asal mengekstrak minyak pati mereka sendiri daripada tumbuhan liar yang ditemukan di kawasan itu. Hari ini, pusat pelawat ladang Young Living bertempat di mana dahulu terletaknya rumah ladang tersebut.
Komitmen kualiti Seed to Seal®
Sorotan Minyak
Usaha Pemuliharaan Kami
Menyokong komuniti. Ladang Botani Mt. Nebo mendermakan ribuan pokok-pokok pada setiap tahun kepada sekolah di kawasan sekitar untuk menyokong program pertanian mereka dan mengambil bahagian dalam program Adopt a Highway untuk memastikan jalan raya tempatan bersih daripada sampah sarap.
Tahukah Anda?
Ladang Botani Mt. Nebo di Mona menggunakan biri-biri untuk membuang rumpai di celah-celah pokok. Memandangkan biri-biri tidak gemar akan bau bunga lavender, mereka hanya makan rumpai dan tidak menyentuh pokok lavender.
Sejumlah kecil benih dikumpul daripada setiap tanaman pada setiap tahun dan dipelihara di dalam kawasan simpanan dengan iklim terkawal. Ini memastikan setiap generasi lavender yang seterusnya sama sihat seperti lavender sebelumnya.
Ladang Botani Mt. Nebo di Mona juga merupakan stesen singgah untuk rama-rama raja yang indah. Rama-rama ini boleh berehat dan makan dalam perjalanan mereka antara Kanda dan Mexico Utara.
Ladang ini adalah rumah bagi pelbagai jenis haiwan. Baja daripada haiwan-haiwan ini dicampur bersama bahan tumbuhan yang disuling daripada ladang dan kemudiannya dijadikan bahan kompos.
"Pada satu malam musim panas tahun 1995, Gary memandang ke arah ratusan ekar tanah ladang yang tidak bertanam dan dipenuhi pokok sagebrush. Dengan pandangan penuh wawasan, beliau berkata 'Satu hari, ladang ini akan menjadi destinasi yang akan menyambut ribuan pengunjung dari seluruh dunia yang berminat untuk belaajr tentang minyak pati dan kisah Seed to Seal Young Living yang mengagumkan."
–Mary Young, Pengasas Bersama dan CEO Young Living
Tempah untuk nikmati pengalaman di ladang
Jadikan ladang kami destinasi untuk kembara anda yang seterusnya dan alami sendiri sumber minyak pati asli kami.
Sertai KamiAcara-acara Young Living
Young Living penuh dengan acara yang mengujakan! Kunjungi halaman Acara Ladang kami untuk melihat semua pengalaman menarik yang kami tawarkan.
Lihat Acara di LadangHubungi Kami
Young Living Malaysia Sdn Bhd (1058616-D) (AJL 932069)
Ground Floor, Tower 7
Avenue 3, Bangsar South,
No. 8 Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur, Malaysia
MEMBER SERVICES:
Brand Partner Luar Negara: +603 2714 8620
Talian Bebas Tol: 1800 189 889
WhatsApp: +60 15 4600 0691
Copyright © 2025 Young Living Essential Oils. Hak cipta terpelihara | Dasar Privasi