Ladang di Amerika Utara
Projek Perhutanan Semula Kona Sandalwood
Big Island, Hawaii, Amerika Syarikat
Produk dari ladang ini
Permulaan Projek Perhutanan Semula Kona Sandalwood
Pengasas Young Living D. Gary Young memainkan peranan penting dalam perkembangan Projek Perhutanan Semula Kona Sandalwood. Apabila beliau, Pengasas Bersama Mary Young, dan keluarga mereka melawat Big Island, jelas sekali beliau berkongsi minat yang sama dalam pemuliharaan seperti pengasas dan pemilik, Wade Lee. Bersama-sama, mereka mempunyai wawasan menggunakan pokok cendana yang mati dan akan mati daripada hutan tersebut untuk menghasilkan produk yang lestari, dan digemari orang ramai. Menerusi kerjasama dengan Young Living ini, projek perhutanan semula tersebut kini menjadi hutan pokok cendana Hawaii yang subur dan indah yang menghasilkan minyak pati Royal Hawaiian Sandalwood™ yang cukup berharga untuk kegunaan semua orang di seluruh dunia.
Komitmen Kualiti Seed to Seal ®
Sorotan Minyak
Usaha Pemuliharaan Kami
Sandalwood adalah 1 daripada 13 spesis asal berbeza yang digunakan dalam usaha perhutanan semula kami. Anak pokok untuk semua 13 spesis dikumpul secara manual, dibiakkan di dalam rumah hijau kami, dan kemudiannya ditanam di kawasan seluas 40,000 ekar.
Projek perhutanan semula ini adalah perniagaan yang dikendalikan oleh keluarga dan berkait rapat dengan nilai budaya Hawaii dengan penekanan pada amalan pertanian dan penanaman tradisional.
Pelan pengurusan hutan kami menentukan bahawa hanya pokok cendana yang sudah mati atau akan mati boleh dituai dan digunakan untuk menghasilkan minyak dan hidrosol Sandalwood. Ini membantu mengekalkan keseimbangan ekologi di pulau ini serta bersesuaian dengan kepercayaan kuat orang Hawaii tentang rasa hormat manusia terhadap bumi.
Di ladang Royal Hawaiian Sandalwood kami, anak pokok ditanam setiap tahun untuk menggantikan hutan pokok cendana. Kawasan yang ditanam semula adalah hutan tanah kering tropika, yang merupakan salah satu ekosistem paling langka di dunia.
Menghalang kebakaran. Dengan dana yang diperoleh menerusi jualan produk, Projek Perhutanan Semula Kona Sandalwood telah berjaya membina lebih daripada 10 batu pagar dan lebih daripada 15 baru garisan penahan api untuk melindungi hutan cendana daripada kebakaran, yang sering berlaku di kawasan tersebut akibat panahan petir yang kerap.
Memelihara tanah. Projek Perhutanan Semula Kona Sandalwood berada di salah satu ekosistem paling langka di dunia, iaitu hutan tanah kering tropika. Lokasi di Big Island ini telah menyumbang kepada kejayaan projek-projek perhutanan semula, menyokong nilai-nilai kuat orang Hawaiian tentang memupuk hubungan penuh hormat dengan tanah.
Bergantung kepada tenaga boleh diperbaharui. Memandangkan projek ini terletak di kawasan terpencil di Big Island, tenaga mestilah dihasilkan atau dikumpulkan di tapak itu sendiri. Semua bekalan elektrik yang digunakan di kabin inap dan pusat pendidikan dijana oleh lebih daripada 60 panel suria di atas bumbung.
Projek ini cukup terpencil dan terletak di ketinggian sekitar 6,000 kaki. Bekalan elektrik yang dihasilkan dengan bantuan lebih daripada 60 panel suria digunakan untuk menjana operasi.
Tahukah anda?
Usia purata pokok cendana yang dituai adalah 61 tahun. Sejak Projek Perhutanan Semula Kona Sandalwood dimulakan pada tahun 2010, para pekerja telah menanam jutaan pokok asal Hawaii yang baharu di tanah berkeluasan 3,000 ekar ini.
Hidrosol Royal Hawaiian Sandalwood diekstrak dengan menyuling wap kayu daripada pokok cendana yang tua, tumbuhan asal di Hawaii. Semasa proses penyulingan, minyak pati diasingkan daripada hidrosol, yang juga dikenali sebagai air penyulingan atau air bunga.
Hidrosol Royal Hawaiian Sandalwood mempunyai bau berkayu yang lembut dan dimanfaatkan untuk menghidrat kulit dan rambut dan menambah aroma yang menyenangkan ke fabrik dan udara di kediaman anda.
"Young Living dan Projek Perhutanan Semula Kona Sandalwood di Kailua-Kona, Hawaii, adalah rakan kerjasama yang komited dalam pemuliharaan dan perhutanan semula pokok cendana. Garu menjemput Brand Partner Young Living dari seluruh dunia untuk menyertai beliau menanam pokok bagi mengembalikan pokok indah yang tumbuh di iklim yang unik ini. Ladang ini telah menjadi destinasi penting untuk acara-acara Young Living yang diadakan di Hawaii."
–Mary Young, Pengasas Bersama dan CEO Young Living
Tempah untuk nikmati pengalaman di ladang
Jadikan ladang kami destinasi untuk kembara anda yang seterusnya dan alami sendiri sumber minyak pati asli kami.
Sertai KamiAcara-acara Young Living
Young Living penuh dengan acara yang mengujakan! Kunjungi halaman Acara Ladang kami untuk melihat semua pengalaman menarik yang kami tawarkan.
Lihat Acara di LadangHubungi Kami
Young Living Malaysia Sdn Bhd (1058616-D) (AJL 932069)
Ground Floor, Tower 7
Avenue 3, Bangsar South,
No. 8 Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur, Malaysia
MEMBER SERVICES:
Brand Partner Luar Negara: +603 2714 8620
Talian Bebas Tol: 1800 189 889
WhatsApp: +60 15 4600 0691
Copyright © 2025 Young Living Essential Oils. Hak cipta terpelihara | Dasar Privasi