Ladang di Amerika Utara

Ladang & Pusat Penyulingan Highland Flats

Naples, Idaho, Amerika Syarikat





Produk Dari Ladang Ini

Permulaan Ladang dan Pusat Penyulingan Highland Flats

Terletak di Naples, Idaho yang indah, Ladang dan Pusat Penyulingan Highland Flats ini menjadi rumah kepada pokok-pokok malar segar yang membantu Young Living menghasilkan pelbagai miyak pati konifernya. Lokasi ini bukan sahaja ladang kepada Blue Spruce, tetapi juga salah satu pusat penyulingan minyak pati konifer yang terbesar di dunia. Highland Flats juga menjadi lokasi kepada acara Tuaian Musim Sejuk dan Penanaman Musim Bunga tahunan Young Living di mana Brand Partner boleh merasai sendiri pengalaman komitmen kualiti Seed to Seal® kami.

Pengasas Young Living, D. Gary Young menemukan minyak pati Idaho Grand Fir pada tahun 1998, yang akhirnya membawa beliau kepada penemuan seluruh koleksi minyak pati pati konifer yang kini disuling di Ladang Highland Flats. Beliau membeli tanah asal untuk ladang Highland Flats pada tahun 1999. Sebelum ladang ini dibeli, tanah tersebut digunakan sebagai ladang untuk pokok-pokok Krismas.

Pada mulanya, semua bahan pokok perlu dipandu sejauh 115 batu ke selatan ke Ladang dan Pusat Penyulingan Lavender St. Maries untuk disuling. Ini diteruskan sehingga pusat penyulingan di ladang Highland Flats disiapkan pada tahun 2014. Pusat penyulingan ini menggunakan teknik dan kelengkapan penyulingan yang canggih bagi menghasilkan minyak pati berkualiti tinggi daripada pokok-pokok aromatik yang ditanam menggunakan teknik pertanian jana semula. Gary suka berkongsi tentang proses ini bersama Brand Partner Young Living dengan cara yang menyeronokkan dan penuh inspirasi menerusi acara-acara penuaian dan penanaman kami.

Komitmen kualiti Seed to Seal®

Di ladang Highland Flats, Young Living menggunakan kromatografi gas untuk menganalisis setiap penyulingan minyak yang dihasilkan. Dengan rekod sejak penyulingan pertama di ladang pada Januari 2014, juruteknik makmal sepenuh masa boleh memantau perubahan, walaupun kecil, dalam kandungan komponen dari musim ke musim.

Sorotan minyak

Minyak pati Idaho Grand Fir menawarkan aroma segar yang mengingatkan anda akan pokok Krismas yang baru dipotong. Pokok grand fir adalah pokok asal kepada bahagian Barat Laut Pasifik di Amerika Syarikat dan menghasilkan dedaun harum yang indah.

Evergreen Essence™ adalah satu campuran minyak pati unik terdiri daripada pokok-pokok konifer berasal dari hutan-hutan Utara Idaho dan Utara British Columbia.

Ladang ini juga menanam pokok fir putih, spesis malar hijau yang berasal dari kawasan pergunungan bahagian barat Amerika Utara yang boleh hidup sehingga usia 300 tahun.

Usaha Pemuliharaan Kami

Mengguna semula sumber.Ladang ini menjalinkan kerjasama dengan operasi pembalakan tempatan untuk menggunakan semula hasil sampingan mereka untuk menyuling minyak pati. Dalam industri pembalakan, hasil sampingan biasanya dibakar. Jadi, ladang ini bukan sahaja mengurangkan sisa, malah turut mengurangkan pelepasan asap ke udara. Bahan ini juga ditambah ke ladang selepas disuling untuk memperkaya tanah dan menyimpan karbon.

Mengamalkan pertanian jana semula. Ladang ini mengamalkan pertanian jana semula tanpa pembajakan dalam usaha untuk menanam pokok konifer dengan kualiti terbaik serta melindungi planet. Kakitangan ladang menggunakan semua sisa bahan tumbuhan daripada proses penyulingan sebagai sungkupan untuk menambah baik tanah.

Melindungi ejen pendebungaan asal Sejak tahun 2019, ladang Highland Flats telah memiliki stesen singgah kedua terbesar dan paling lama ditubuhkan antara semua ladang dengan 12,000 kaki persegi yang memberikan perlindungan dan makanan kepada rama-rama dan ejen pendebungaan. Di sini, kami telah menanam lebih daripada 2,100 tumbuhan daripada 40 spesis tumbuhan asal yang berbeza.

Taman ini kebanyakannya dipenuhi tumbuhan saka berbunga berwarna-warni yang mekar mulai awal Mei hingga hujung Oktober, menyediakan nektar untuk pelbagai jenis ejen pendebungaan. Ada tiga spesis pokok milkweed yang berbeza ditanam untuk tujuan penghijrahan rama-rama maharaja dan kitaran pembiakan.

Memulihara habitat hidupan liar. Ladang ini menyediakan lebih 220 ekar tanah untuk Isemen Pemuliharaan Koridor Hidupan Liar Mcarthur Lake. Isemen ini adalah sebagaian daripada program pemuliharaan persekutuan yang mengiktiraf tanah tersebut sebagai penting daripada sudut alam sekitar dan melidunginya daripada penggunaan tanah bukan hutan dan pembangunan komersial. Nilai-nilai pemuliharaan program ini adalah termasuk memelihara habitat semula jadi hidupan liar dan koridor pergerakan mereka, memastikan kualiti air dan tanah, dan melindungi kepelbagaian ekosistem serta nilai-nilai budaya, sejarah, arkeologi, dan keindahan tanah ini.

Isemen pemuliharaan ini membantu menyediakan laluan yang tidak terganggu bagi hidupan liar seperti beruang perang, kucing liar Kanada, serigala kelabu, rusa, elk, dan moose antara dua ekosistem banjaran gunung (Cabinet-Yaak dan Selkirk), Isemen Pemuliharaan Koridor Hidupan Liar Mcarthur Lake, dan hutan negara Panhandle yang lebih luas. Ia juga membantu memelihara kawasan riparian, serta aliran sungai semula jadi dan tanah lembap untuk ikan.


Tahukah Anda?

Log logo.

Sebelum Gary menemukan minatnya terhadap minyak pati, beliau bekerja sebagai seorang pembalak profesional. Acara Tuaian Musim Sejuk yang diadakan di ladang ini memberi beliau peluang untuk berkongsi cintanya akan perhutanan secara bertanggungjawab dan komitmen terhadap kualiti bersama Brand Partner daripada seluruh dunia.

water drops logo.

Tiga minyak pati yang dihasilkan di ladang ini digunakan di dalam lebih daripada 50 produk minyak pati Young Living.

steamer logo.

Ladang dan Pusat Penyulingan Highland Flats adalah projek perintis asal untuk menaik taraf penghasilan wap daripada dandang tradisional Young Living kepada penjana wap yang lebih cekap.

harvest logo.

Acara Tuaian Musim Sejuk tahunan di ladang ini telah diadakan setiap tahun selema lebih daripada 20 tahun.



"Tuaian pertama bermula pada musim sejuk yang mencabar pada tahun 1998 dengan suhu yang mencecah -25ºF dalam salji dingin yang memutih dan kemudian melonjak naik ke suhu 30ºF, dengan hujan hangat yang menyukarkan pergerakan di atas tanah kerana tanah menjadi licin dan melekit. Meskipun berhadapan pelbagai cabaran untuk menghasilkan minyak ini, aromanya yang indah dan mengujakan membuatkan Gary terdorong untuk mencungkil rahsianya. Pada tahun 1999, sebanyak 120 ekar tanah dibeli dan sebuah ladang Young Living yang baharu ditubuhkan. Pada tahun 2013, Gary melakar pelan untuk pusat penyulingan baharu, dan pada Januari 2014, penyulingan dimulakan."
–Mary Young, Pengasas Bersama dan CEO Young Living

Tempah untuk nikmati pengalaman di ladang

Jadikan ladang kami destinasi untuk kembara anda yang seterusnya dan alami sendiri sumber minyak pati asli kami.

Sertai Kami

Acara-acara Young Living

Young Living penuh dengan acara yang mengujakan! Kunjungi halaman Acara Ladang kami untuk melihat semua pengalaman menarik yang kami tawarkan.

Lihat Acara di Ladang