Ladang di Amerika Selatan
Ladang dan Pusat Penyulingan Finca Botanica
Chongon (Guayaquil), Ecuador
Produk Dari Ladang Ini
Permulaan Ladang dan Pusat Penyulingan Finca Botanica
Kini, iklim tropika Chongon membantu menyokong musim penanaman sepanjang tahun dan tumbuhan yang subur, termasuk pokok-pokok palo santo, ladang pokok ylang ylang yang luas, dan pelbagai tumbuhan dan herba tempatan, termasuk dorado azil, mastrante, Ecuadorian oregano, dan Incan Melissa.
Komitem Kualiti Seed to Seal®
Ladang dan Pusat Penyulingan Finca Botanica telah meneruskan usaha Gary Young dalam meneroka dan menyuling tumbuhan aromatik baharu menerusi salah satu wilayah dengan kepelbagaian biologi paling banyak di dunia.
Sorotan Minyak
Pokok ylang ylang yang ditanam di Finca Botanica boleh tumbuh melebihi 15 meter (sekitar 50 kaki) tingginya. Pekerja ladang memangkas pokok untuk memudahkan proses tuaian dan untuk menyalirkan tenaga tumbuhan tersebut untuk menghasilkan bunga yang harum yang digunakan untuk mendapatkan minyak pati Ylang Ylang.
Usaha Pemuliharaan Kami
Apabila diterjemahkan daripada bahasa Sepanyol, palo santo bermaksud "kayu suci". Pokok palo santo mempunyai jangka hayat sekitar 70 tahun. Selepas sebatang pokok mati, ia akan dibiarkan selama beberapa tahun. Kemudian, kayunya akan dikumpulkan untuk kegunaan komersial. Young Living biasanya menunggu tiga hingga lima tahun untuk mengekstrak minyak daripada kayu yang telah mati untuk menghasilkan minyak dengan kualiti paling baik. Semasa Gary membersihkan tanah untuk bercucuk tanam dan menemukan pokok palo santo, beliau memindahkan pokok-pokok tersebut ke hutan palo santo di ladang ini dengan berhati-hati. Kami menanam lebih daripada 2,000 anak pokok palo santi di rumah hijau Finca Botanica kami dan akan memindahkan mereka ke hutan berdekatan Loja, Ecuador pada Mei 2023.
Tahukah anda?
Pokok-pokok besar digelar ceibos tumbuh berselang seli dengan tanaman di ladang ini. Gary menemukan pokok ini ketika mengerjakan ladang dan beliau dengan penuh hormat, memilih untuk mengekalkan pokok-pokok tersebut kerana beliau faham akan peranannya dalam pemeliharaan tumbuhan semula jadi.
Di pintu masuk ladang ini, Gary menemukan pokok-pokok palo santo. Kemudian, beliau mengalihkan mereka ke kawasan yang kini menjadi hutan palo santo. Beliau, Mary, dan anak-anak mereka sering mengunjungi hutan ini untuk menikmati dan mengenang rasa aman damai yang mereka temui di sini.
"Pada hari Thanksgiving 2026, Gary membeli tanah di Chongon, Ecuador yang kemudiannya diubah menjadi ladang indah yang kini digelar sebagai Finca Botanica. Ladang menghijau dipenuhi tumbuhan yang kita lihat hari ini adalah bukti usaha dan masa yang mungkin tidak sanggup dilakukan orang lain, tetapi impiannya cukup jelas, keazamannya tidak pernah padam dan penemuan tumbuhan baharu memberi idea yang tidak putus-putus kepada Gary."
–Mary Young, Pengasas Bersama dan CEO Young Living
Tempah untuk nikmati pengalaman di ladang
Jadikan ladang kami destinasi untuk kembara anda yang seterusnya dan alami sendiri sumber minyak pati asli kami.
Sertai KamiAcara-acara Young Living
Young Living penuh dengan acara yang mengujakan! Kunjungi halaman Acara Ladang kami untuk melihat semua pengalaman menarik yang kami tawarkan.
Lihat Acara Di LadangHubungi Kami
Young Living Malaysia Sdn Bhd (1058616-D) (AJL 932069)
Ground Floor, Tower 7
Avenue 3, Bangsar South,
No. 8 Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur, Malaysia
MEMBER SERVICES:
Brand Partner Luar Negara: +603 2714 8620
Talian Bebas Tol: 1800 189 889
WhatsApp: +60 15 4600 0691
Copyright © 2025 Young Living Essential Oils. Hak cipta terpelihara | Dasar Privasi