Ladang di Asia

Pusat Penyulingan Arabian Frankincense

Muscat, Oman





Produk Dari Ladang Ini

Permulaan Pusat Penyulingan Arabian Frankincense

Young Living bangga dengan sejarah kerjasama kami dalam menyuling dan mengeskport minyak pati Sacred Frankincense™ Oman dan membawanya kepada komuniti Young Living. Pengasas Young Living D. Gary Young dan Pengasas Bersama, Mary Young mengembara ke Oman pada tahun 1995 dan mendalami kayanya sejarah Boswellia sacra - spesis pokok yang terkenal kerana menghasilkan kemenyan (frankincense) - yang telah dituai di kawasan unik ini selama 5,000 tahun lamanya. Gary nekad untuk membina pusat penyulingan, dengan dengan bantuan Dr. Mahmoud Suhail dan keluarganya yang terdiri daripada penanam dan penuai kemenyan, Gary menubuhkan Pusat Penyulingan Arabian Frankincense Young Living untuk membantu Young Living memperkenalkan minyak pati Sacred Frankincense kepada komuniti global kami.

Selepas mengunjungi pelbagai negara Timur Tengah, Gary membuat keputusan untuk membina pusat penyulingannya di Salalah, Oman. Beliau kemudiannya bertemu Dr. Suhail, dan kedua-dua mereka menjadi rakan dan seterusnya, rakan perniagaan. Mereka membina pusat penyulingan tersebut, bermula dengan ruang menyuling tunggal pada Januari 2010. Lima bulan kemudian, mereka menambah ruang pengekstrakan kedua, menjadikan kemudahan mereka sebagai pusat penyulingan komersial besar pertama di zaman moden yang khusus untuk mengekstrak minyak pati Sacred Frankincense.

Permintaan untuk minyak ini meningkat dengan sangat banyak sehingga Dr. Suhail memutuskan untuk memulakan kemudahan yang lebih besar di Muscat, ibu negara Oman bagi memudahkan perkembangan operasi. Oman juga menawarkan lebih banyak pilihan untuk ujian dan kerjasama kajian saintifik dan meletakkan pusat penyulingan tersebut di tempat yang baik untuk mengimport bekalan, mengeksport minyak, dan sentiasa mengikuti perkembangan undang-undang kerajaan yang mutakhir.

Komitmen Kualiti Seed to Seal®

Minyak pati diekstrak daripada resin frankincense menerusi proses yang dipanggil hidro suling atau penyulingan air. Kemudahan penyulingan baharu di Muscat ini memiliki 17 ruang pengesktrakan yang boleh beroperasi serentak, selama 24 jam sehari, enam hari seminggu, jika perlu. Dr. Suhail kini sedang mereka bentuk penyuling air baharu yang boleh menambah baik kapasiti penyuling dengan lebih banyak bagi membantu memenuhi permintaan untuk minyak pati yang digemari ramai ini.

Sorotan Minyak

Frankincense diekstrak daripada resin yang dihasilkan oleh pokok Boswellia sacra, pokok asal di kawasan selatan Arab. Nama Frankincense berasal daripada perkataan bahasa Perancis yang lama yang membawa maksud "pure incense". Frankincense digunakan oleh ramai orang dan dinilai sebagai hadiah diraja dalam beberapa peradaban silam, termasuklah Yunani, Rom, dan China.

Usaha Pemuliharaan Kami

Membangunkan kawasan perhutanan semula. Penyulingan Salalah yang asal bekerja sama dengan kerajaan untuk mengembalikan status Oman sebagai pusat utama pengeluaran frankincense di dunia. Mereka sama sama membangunkan kawasan perhutanan semula untuk memperkukuh industri frankincense. Peladang tempatan bekerja beberapa jam sehari untuk menjaga pokok-pokok di kawasan ini.

Menggunakan kaedah silam untuk menghasilkan kemenyan lestari. Selama lebih 5,000 tahun, pengumpul resin telah menuai resin daripada pokok spesis Boswellia istimewa ini menggunakan kaedah dan jadual yang sama seperti nenek moyang mereka. Setiap pokok kemenyan hanya boleh dituai sekali setiap 12 bulan, yang memerlukan pemantauan dan penjagaan yang ketat.


Tahukah Anda?

Tebing batu kapur di Pergunungan Dhofar di Oman menyediakan persekitaran yang ideal untuk pokok-pokok kemenyan untuk tumbuh.

Wilayah Dhofar, rumah kepada banyak dusun-dusun pokok kemenyan, dimiliki oleh Hadhramaut, kerajaan silam yang berada di bawah pemerintahan Ratu Sheba yang menjadi sebuah legenda.

Dua penyuling pertama dan arahan penyulingan asal daripada Gary dikekalkan dengan baik dan disimpan di Gary Young Memorial di dalam kemudahan penyulingan tersebut.

Kemenyan dan myrrh adalah dua bahan aromatik silam yang dikaitkan dengan kelahiran Jesus.



"Pada tahun 1995, Gary dan Mary mengembara ke Oman, bersemangat untuk mempelahari sejarah dunia kemenyan purba. Semasa mengunjungi pasar dan melihat banyaknya jumlah resin yang dijual, Gary menyatakan suatu hari nanti, beliau akan memiliki pusat penyulingan di Oman dan akan menghasilkan "minyak suci" ini untuk Young Living. Nampak seperti mustahil, tetapi wawasannya jelas dan impian itu akhirnya menjadi realiti."
–Mary Young, Pengasas Bersama dan CEO Young Living

Tempah untuk nikmati pengalaman di ladang

Jadikan ladang kami destinasi untuk kembara anda yang seterusnya dan alami sendiri sumber minyak pati asli kami.

Sertai Kami

Acara-acara Young Living

Young Living penuh dengan acara yang mengujakan! Kunjungi halaman Acara Ladang kami untuk melihat semua pengalaman menarik yang kami tawarkan.

Lihat Acara di Ladang