Royal Crown Diamond

Norhidawati Abdul Aziz

Malaysia

Norhidawati Abdul Aziz - dikenali sebagai Teacher Watie dalam kalangan rakan-rakan beliau - menemui cintanya terhadap minyak pati Young Living pada tahun 2014. Menyedari kesan minyak tersebut pada diri sendiri, keluarga, rakan, dan klien permainan berkelompoknya, beliau memilih untuk bersungguh-sungguh berkongsi minatnya terhadap minyak pati dengan orang lain.

Beliau merupakan pemimpin pertama dari Malaysia yang menerima Platinum dalam 5 anugerah menerusi program Elite Express. Tidak lama kemudian, selepas kerja keras dan usaha berterusan, beliau mencapai pangkat Diamond hanya selepas lapan bulan menjadi pemimpin Platinum. Semangat beliau yang berkobar -kobar dalam berkongsi manfaat minyak pati merupakan pemacu kepada peningkatan pantasnya mengorak langkah menjadi yang pertama dalam banyak perkara-Crown Diamond pertama di Malaysia dan kemudian, Royal Crown Diamond. "Sebagai seorang Muslim," ujar Norhidawati, "saya gembira digelar 'Royal Crown Diamond Muslim bertudung yang pertama'. Ia satu gelaran yang sangat saya hargai."

Bagi Norhidawati, mencapai puncak kitaran kepimpinan Young Living hanyalah satu permulaan. Dengan keluarga global yang meliputi Qatar, Saudi Arabia, Dubai, Abu Dhabi, A.S., U.K., Filipina, Brunei, Singapura, dan Indonesia, beliau dapat melihat peluang di setiap pelosok dunia untuk membawa manfaat minyak pati ke setiap kediaman. Jika beliau tidak sibuk mengembara, Norhidawati mendedikasikan masanya untuk melatih pemimpin baharu dalam organisasi beliau supaya mereka boleh belajar daripada modelnya dan menentukan sendiri langkah mereka mencapai kejayaan.