Crown Diamond

Artemis

Australia

Artemis membesar di Brisbane, Australia dan merupakan anak perempuan kepada seorang akauntan dan pakar sains. Beliau juga menjadi pakar sains dan berkhidmat untuk Australian Parks dan Wildlife Service serta membantu melindungi lanskap di Australia. Ketika beliau berumur 24 tahun, beliau berhijrah ke bidang pembangunan peribadi dan mempelajari pelbagai modus kesejahteraan.

Minat beliau mula terjentik selepas menghadiri perjumpaan jaringan ahli perniagaan wanita dan mendengar rakaman kaset percuma tentang minyak pati. Beliau mendapati bahawa khidmat beliau bersama minyak pati Young Living amat tepat dengan matlamat beliau untuk mengubah dunia menjadi yang lebih baik. Perkara yang paling menggembirakan hati beliau ialah membentuk rakan jenama dan berkongsi minat beliau tentang produk untuk manusia dan juga haiwan.

“Saya bersyukur kerana dapat menjadi diri saya sendiri dalam Young Living. Saya kekal menjadi orang sama dalam segala aspek dimensi. Ini merupakan satu pengembaraan kerohanian yang mengagumkan,” kata beliau.

Hailey dan Jeremy Aliff

Louisiana, USA

Hailey berasal dari sebuah keluarga peminat minyak pati, termasuk beberapa ahli keluarga yang telah mencapai pangkat Silver, Gold, Platinum dan Diamond Young Living. Selepas beliau diperkenalkan kepada Young Living, Hailey mendaftar untuk mendapatkan sendiri koleksi minyak pati dan terus menjadi pembina perniagaan yang aktif. Jeremy sentiasa menyokong dan menggemari minyak pati serta sering mengadakan perjumpaan bagi membantu kaum lelaki berkecimpung dalam perniagaan tersebut.

Setelah berpacaran selama beberapa tahun di kolej, Hailey dan Jeremy mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu. Hailey merupakan mahasiswa perbidanan pada tahun 2013 dan pada tahun yang sama, beliau diperkenalkan kepada Young Living. Selain daripada berkongsi tentang minyak pati, beliau juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perbidanan.

Hailey dan Jeremy mengambil peluang untuk melakukan apa yang mereka gemari bersama keluarga mereka. Mereka berdua menetapkan matlamat bersama dan mereka pastikan jadual seharian mereka ditepati serta kekal fokus sebagai sebuah pasukan. Dengan menetapkan matlamat bagi setiap suku tahunan, menyasarkan objektif dan idea yang tinggi serta sentiasa menilai kehidupan mereka, pasangan Aliff ini percaya bahawa mereka akan berjaya melakukan apa sahaja sekiranya mereka fokus terhadapnya.

Nicole Barczak

Michigan, USA

Nicole Barczak tidak pernah terfikir untuk terlibat dalam perniagaan minyak pati atau jaringan pemasaran. Walaubagaimanapun, setelah menggunakan produk Young Living serta kepuasan yang beliau alami dengan berkongsi penggunaannya dengan individu lain, Nicole terus berusaha untuk mendapatkan pangkat tertinggi dalam Young Living. Beliau amat menggemari menjalankan setiap peranan dalam kepimpinannya termasuk mempelajari tentang penyelesaian kesejahteraan alternatif, berhubung dengan kawan baharu dan lama serta membantu individu lain.

Sekiranya Nicole tidak berkongsi minat beliau terhadap Young Living atau membimbing pasukan beliau, Nicole akan mendidik individu yang mempunyai kesulitan membaca dan menanam minat membaca itu pada para pelajar beliau. Nicole mendirikan rumah tangga dengan kekasih beliau di bangku sekolah dan mereka telah dikurniakan dua orang anak. Keluarga beliau juga mempunyai dua ekor anjing dan dua ekor kucing.

Nicole merupakan seorang yang tersusun dan adakalanya suka memerintah. Hobi beliau termasuk fotografi, mengumpul buku skrap, menjahit, menghias rumah dan berkebun.

Terry dan Ladonna Beals

Oklahoma, USA

Terry dan Ladonna Beals telah berkongsi minat mereka terhadap Young Living selama beberapa tahun. Setelah mereka bertemu di Southwestern Baptist Theological Seminary di Texas, pasangan Beals terus memulakan perjalanan hidup mereka bersama. Ladonna mula jatuh hati pada Young Living setelah menghadiri sebuah kelas di rumah rakan beliau dan mempelajari tentang Raindrop Technique®. Sejak itu, Young Living telah menjadi tradisi keluarga bagi pasangan ini. Terry dan Ladonna bukan sahaja merupakan rakan jenama dalam Young Living, malah keempat-empat anak mereka juga merupakan pelanggan Young Living.

Pasangan Beals mempunyai minat yang mendalam untuk membantu individu lain menikmati kehidupan dengan kesejahteraan, matlamat hidup dan kemewahan yang optimum. Young Living telah memberikan keyakinan kepada Terry dan Ladonna.

Pada waktu lapang, pasangan ini gemar melakukan pelbagai hobi. Ladonna gemar membaca, memasak, bersiar-siar dan membimbing kaum wanita. Terry pula meluangkan masa melakukan kraf kayu, berkebun dan menonton dokumentari sejarah. Pasangan dinamik ini telah menetapkan pelbagai rancangan untuk masa depan mereka.

Crystal dan Verick Burchfield

Missouri, USA

Verick dan Crystal Burchfield memulakan perjalanan Young Living mereka apabila Crystal menjadi pelanggan biasa Young Living. Apabila beliau membuat pesanan Starter Kit beliau yang pertama, Crystal menjadi terlalu sibuk menyusun pesanan dan menjalankan perniagaan. Setahun kemudian, Crystal mula berkongsi minat beliau terhadap minyak pati dan tanpa menyedari telah mengembangkan perniagaan beliau. Dengan galakkan daripada pasukan sokongan beliau, Crystal mula memberi tunjuk ajar dalam kelas minyak pati dan tidak lama kemudian beliau mula mengadakan perbincangan dalam talian dan panggilan persidangan. Pada tahun 2014, Verick telah bersara dan menyertai Crystal sepenuh masa.

Pasangan itu kini telah menggunakan gaya hidup dan kemewahan mereka untuk memberikan harapan dan makna kepada kehidupan mereka dan individu yang lain. Mereka mengajar empat orang anak mereka dari tadika ke sekolah menengah di rumah sambil menjalankan kehidupan dan menternak ayam, lebah dan menjaga kebun organik. Pasangan Burchfield itu juga telah meningkatkan kesedaran dan sokongan bagi mangsa pemerdagangan manusia di seluruh dunia dan mereka menyokong aktiviti sukarelawan di sebuah rumah pelindungan kanak-kanak di Guatemala.

Crystal dan Verick berusaha untuk mencari keseimbangan di antara kepercayaan, keluarga dan matlamat hidup. Mereka meletakkan keyakinan terhadap sistem kepercayaan mereka dan mencuba mencapai kejayaan yang menyemarakkan kepercayaan beliau. Usaha, dedikasi dan keprihatinan mereka terhadap individu lain telah membantu mereka membina perhubungan yang lebih bahagia dan berjaya.

Courtney dan John Critz

Texas, USA

Sebelum menyertai Young Living, Courtney Critz telah diajak oleh seorang kenalan untuk menghadiri kelas tentang penggunaan minyak pati. Gaya hidup yang memfokuskan tentang kesejahteraan yang dibincangkan di dalam kelas tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi Courtney. Beliau telah berusaha beberapa tahun mengubah diet keluarga dan membuang bahan kimia yang membahayakan dari gaya hidup mereka. Beliau merasakan bahawa Young Living merupakan medium yang paling sesuai yang membawa beliau ke satu tahap yang baharu.

Beliau mula berkongsi kebaikan minyak pati kerana beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap kesejahteraan dan beliau dapati bahawa Young Living merupakan medium paling mudah untuk berkongsi berbanding dengan syarikat lain yang pernah beliau ceburi. Apabila beliau dapat melihat perubahan yang berlaku dalam kehidupan ramai individu melalui produk dan peluang perniagaan Young Living, minat beliau dalam membantu individu lain telah menggalakkan beliau dalam mengharungi perjalanan hidup yang mengagumkan.

Courtney mempunyai matlamat yang tinggi dan beliau sentiasa mencapai matlamat yang beliau tetapkan dalam membina perniagaan beliau. Sekarang, matlamat beliau banyak tertumpu kepada pelanggan dan rakan jenama dalam pasukan beliau. “Saya mahu mereka mencapai semua impian mereka,” kata beliau.

Sha-Faun Enterprises, Shauna Dastrup

Utah, USA

Shauna Dastrup dan mendiang suami beliau, Richard, telah mencipta sebuah kisah yang tidak dapat dilupakan. Pasangan Dastrup membesar di pertengahan Utah dan bertemu di sekolah menengah tinggi dan mula berpacaran. Perkahwinan mereka pada tahun 1965 telah memulakan sebuah kisah baharu dalam kehidupan mereka termasuk kolej, permulaan perniagaan dan membina sebuah keluarga yang bahagia.

Selepas berpindah ke St. George, Utah, Shauna dan Richard telah diperkenalkan kepada Young Living pada tahun 1995. Kemudian, mereka membuat keputusan untuk mengubah kerjaya mereka daripada perniagaan memasang lantai yang berjaya ke perubahan gaya hidup melalui Young Living. Tanpa pengalaman dalam pemasaran jaringan, pasangan Dastrup bergantung kepada semangat keusahawanan bagi membina perniagaan Young Living mereka dan mencapai kejayaan melalui kepimpinan dan perniagaan yang mereka tahu.

Pasangan ini dikurniakan empat anak yang juga merupakan pelanggan Young Living, lima belas cucu dan lima cicit. Beberapa memori Shauna yang tidak boleh dilupakan termasuk permukiman musim panas keluarga di mana mereka meluangkan masa bersama sekeluarga. Shauna terus membantu dan menjadikan kehidupan beliau sebagai contoh kepada individu lain.

Danette dan Jim Goodyear

Texas, USA

Dannette Goodyear merupakan penyumbang dana dalam Young Living Foundation dan juga individu yang penting dalam mengurus acara memungut dana yang berjaya menjana beribu-ribu dolar bagi menyokong usaha filantropik yayasan tersebut.

Danette merupakan contoh seorang individu yang tidak pernah lokek dalam memberikan inspirasi kepada pasukan beliau dan komuniti sekeliling serta seorang yang berjiwa besar dan penyayang. Beliau amat terkenal dalam kalangan komuniti beliau atas usaha beliau sebagai sukarelawan yang suka membantu dalam pelbagai organisasi perkhidmatan.



Patricia Gwee

Singapore

Patricia Gwee telah menemui sinar dalam Young Living. Beliau telah berkongsi minat, semangat dan kasih beliau terhadap produk dan gaya hidup dan beliau tidak akan berhenti dalam masa yang terdekat ini. Matlamat beliau ialah untuk mengubah sebanyak kehidupan yang mungkin melalui kehebatan minyak pati asli dan khidmat yang diberikan kepada yang memerlukan.

Setelah beliau menerima Ijazah Sarjana dalam Perdagangan dan major dalam pemasaran, Patricia memulakan kerjaya beliau dalam bidang kajian pemasaran. Beliau kemudian menjadi ejen mencari pekerjaan, bekerja dalam bidang sumber manusia dan mula mengumpul pelbagai kemahiran dalam berinteraksi dengan individu lain. Disebabkan oleh masalah kesihatan yang berterusan, Patricia meletakkan jawatan dan mula mempelajari tentang kesejahteraan semula jadi.

Patricia pertama kali diperkenalkan kepada Young Living setelah beliau bertungkus-lumus mencari produk yang dihasilkan secara semula jadi dan berkesan kepada diri dan keluarga beliau. Beliau jatuh cinta pada Young Living dan produk pelbagai gunanya yang telah membantu keluarga beliau mencapai matlamat kesejahteraan dengan pantas.

Pada tahun 2015, ketika beliau cuba memenuhi kehendak keluarga dan organisasi Young Living yang semakin berkembang, Patricia telah menjadi Jurulatih Kesihatan Integratif yang diperakui setelah mengikuti program di New York’s Institute of Integrative Nutrition selama setahun.

Melalui latihan kesejahteraan dan keyakinan beliau yang mendalam terhadap penyelesaian kesejahteraan yang dihasilkan secara semula jadi yang menakjubkan, Patricia terus berkongsi tentang minat beliau terhadap kesejahteraan yang holistik. Beliau mendapati bahawa produk Young Living telah menyokong matlamat beliau untuk membantu individu lain menemui nikmat kesejahteraan yang lebih bermakna.

Sekiranya beliau tidak berkongsi tentang Young Living, Patricia gemar mendengar muzik, melukis dan meluangkan masa bersama keluarga.

Mary Hardy

Michigan, USA

Mary menyertai Young Living pada tahun 1995 setelah mendengar ceramah D. Gary Young tentang minyak pati yang mengagumkan. Gary telah menjawab pelbagai soalan yang beliau ingin tahu tentang kesejahteraan semula jadi. Ceramah itu memberikan beliau peluang menikmati kebaikan minyak pati dalam kehidupan beliau dan berkongsinya dengan individu lain.

Mary menerima ijazah dari Western Michigan University dan beliau telah mengajar pendidikan fizikal selama 20 tahun. Walaubagaimanapun, beliau berhenti mengajar pada tahun 1980 disebabkan oleh masalah kesihatan yang berpanjangan. Beliau membuat keputusan untuk mempelajari perubatan semula jadi dan menerima PhD dalam Homeopati dan Nutrisi dari Missouri College of Naturopathic Physicians pada tahun 1985. Beliau meneruskan kajian tentang perubatan semula jadi sehingga beliau menyertai Young Living lima tahun kemudian.

Beliau yakin bahawa hidup akan lebih bermakna dengan berkhidmat untuk individu lain dan beliau amat bersyukur apabila Young Living dapat membantu mencapai matlamat beliau. “Misi kehidupan saya ialah untuk berkhidmat pada individu lain dan Young Living memberikan saya peluang untuk melakukan sedemikian,” kata beliau.

Prakama dan Markus Hauser

Austria

Dr. Hauser telah melibatkan diri dengan Young Living sejak 2001 apabila beliau diperkenalkan kepada minyak pati oleh seorang rakan. Apabila beliau bertemu dengan Gary dan Mary buat pertama kali, beliau tahu bahawa matlamat hidup beliau ialah untuk membawa Young Living ke Eropah.

Pengalaman pertama Markus dengan minyak pati bermula apabila Dr. Hauser memperkenalkan beliau kepada campuran minyak Joy™ dan kit Twelve Oils of Ancient Scripture™. Kehidupan dan kesejahteraan beliau bertambah baik menyebabkan beliau terus menjadi pelanggan Young Living dan berkongsi kebaikan minyak pati dengan individu lain.

“Saya dan pasangan saya, Markus, amat gemar memberi inspirasi, berkongsi nutrisi dan mendidik secara ikhlas tentang pelbagai tema minyak pati serta produk YL yang lain,” kata Dr Hauser.

Markus juga mendapat inspirasi dengan membantu individu lain melalui Young Living. “Saya berasa amat kagum dengan kualiti yang terdapat pada minyak pati dan saya rasa saya perlu berkongsi peluang gaya hidup Young Living di sekeliling dunia,” kata Markus. “Mencapai kebebasan kewangan memberikan saya lebih banyak peluang untuk menyokong rakan-rakan kami dalam menuju ke arah kebebasan mereka!”

Darren dan Sera Johnson

Texas, USA

Adalah menjadi misi Darren dan Sera Johnson untuk membantu keluarga mengawal kesejahteraan mereka. Sebagai pelanggan dan rakan jenama Young Living, pasangan ini membimbing dengan aktif individu lain tentang minyak pati dan mengembara di seluruh negara dan berucap di pelbagai acara seperti pesta dan konvensyen.










Chip dan Kathy Kouwe

New York, USA

Pasangan Kouwe merupakan pemilik dan pengusaha padang golf selama tujuh tahun sebelum mereka menumpukan sepenuhnya terhadap perniagaan Young Living. Mereka berjaya menjana pendapatan yang mencukupi untuk mereka menjual padang golf tersebut dan memberi fokus untuk membantu individu lain melalui produk Young Living. Sekarang mereka mampu “makan, minum dan tidur dengan YL”.

Dalam pelbagai jenis produk Young Living, Kathy amat menggemari campuran minyak pati Valor® dan Joy™ dan menggunakannya setiap hari. Beliau amat berbangga melihat produk dan peluang perniagaan Young Living mengubah kehidupan individu lain serta menaikkan semangat dan keterujaan mereka yang menikmatinya.

Gaya hidup Young Living Kouwe telah membenarkan mereka untuk hidup dalam kediaman seluas 94 ekar mereka, mengembara ke tempat-tempat impian mereka dan bertemu dengan beratus-ratus individu di seluruh dunia yang kini mereka panggil kawan. Selain daripada perniagaan Young Living, pasangan Kouwe ini mempunyai minat yang dalam tentang kepercayaan, keluarga dan menunggang motorsikal mereka.

Diane Mora

Colorado, USA

Sebelum menyertai Young Living, Diane Mora telah berkhidmat dengan Xerox Corporation selama 25 tahun. Selama itu, beliau telah banyak mempelajari tentang kesihatan dan pemasaran rangkaian dan juga pernah berkhidmat untuk beberapa syarikat lain. Walaubagaimanapun, beliau terus terpikat setelah pertama kali melihat Gary Young berucap di Denver pada tahun 1993. Beliau sungguh dinamik dan telah berjaya memikat semua orang pada perjumpaan tersebut. Ramai yang mendaftar pada malam itu, namun Diane telah menunggu sehingga Jun 1995 untuk mendaftar dengan penaja pilihan beliau iaitu Marie Bustos, yang merupakan guru dan mentor yang terbaik bagi Diane.

Beliau dapat melihat potensi yang ada pada syarikat disebabkan oleh karisma Gary dan maklumat yang lengkap tentang minyak pati. Beliau mula mengembara untuk membimbing pelanggan dari pasukan beliau dan mendapati bahawa setiap individu yang ditemui mempunyai respon yang positif.

“Saya sentiasa berpesan bahawa semakin besar komisyen yang anda dapat,” kata Diane, “semakin ramai individu yang telah anda bantu! Hebat bukan?!”

Anita Ochsenhofer

Austria

Anita Ochsenhofer bukanlah orang baru dalam dunia pemasaran rangkaian. Ibu beliau mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam pemasaran rangkaian dan terus berkongsi ilmu tentang industri tersebut dengan beliau. Anita berterima kasih akan kejayaan beliau kepada kedua ibu bapa beliau atas perhatian mereka dan tunjuk ajar beliau yang mendidik beliau menjadi berdikari, berilmu dan tekun.

Sebelum Young Living, Anita mempunyai latar belakang kerjaya yang pelbagai dari industri automotif ke perdagangan stok hinggalah ke terapi urutan. Dengan memiliki sejarah yang unik, Anita dapat membantu perniagaan beliau dan menyokong pasukan Young Living beliau setiap hari, iaitu suatu rutin yang beliau rasa amat penting untuk mencapai kejayaan.

Momentum Young Living beliau berterusan apabila beliau mengembangkan lagi perniagaan Young Living beliau. Definisi kejayaan bagi Anita adalah mudah, iaitu dengan menetapkan matlamat yang berkaitan dengan perkara-perkara penting dalam hidup beliau.

Nathan dan Jessica Petty

California, USA

Walaupun Jessica dan Nathan Perry tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam pemasaran rangkaian, pemasangan ini telah mencapai tahap yang tertinggi dalam keahlian Young Living melalui minat beliau terhadap produk dan membantu individu lain. Impian mereka terhadap penyelesaian kesejahteraan semula jadi kepada mereka dan keluarga mereka telah membawa mereka ke arah Young Living dan mereka terus jatuh hati terhadap keaslian dan kebaikan minyak pati. Malah, Jessica juga terus meninggalkan kerjaya beliau dalam bidang periklanan kewangan yang diceburi selama 14 tahun untuk membina perniagaan Young Living sepenuh masa dalam masa dua bulan selepas beliau menjadi pelanggan!

Produk Young Living kegemaran pasangan Petty ialah Peace & Calming®, Frankincense dan Thieves®. Walaupun mereka telah mencapai pelbagai kejayaan, pasangan ini masih mempunyai pelbagai impian yang ingin dicapai. Mereka fokus terhadap membantu lebih ramai pelanggan dalam organisasi bagi mereka mencapai matlamat dan impian mereka.

Sekiranya mereka tidak melibatkan diri dalam berkongsi gaya hidup Young Living dengan individu lain, pasangan Petty ini gemar meluangkan masa dengan empat orang anak mereka. Nathan gemar bermain drum, meluncur dan fotografi. Jessica pula minat membaca, bertafakur dan melakukan yoga.

Melissa Poepping

Minnesota, USA

Kali pertama Poepping menggunakan minyak pati, beliau dapat merasakan fenomena kebaikannya dan berasa amat penting untuk beliau berkongsi dengan individu lain. Tidak lama kemudian, beliau berjaya mencapai satu daripada tahap tertinggi dalam syarikat dan memiliki pengaruh yang positif ke atas beribu-ribu individu di seluruh dunia.

Produk Young Living kegemaran Melissa ialah campuran minyak pati Believe™ yang beliau baurkan setiap pagi di rumah keluarga beliau untuk beliau dan seisi keluarga mencapai impian dan matlamat baharu serta yakin dalam potensi mereka yang paling tinggi.

Melissa percaya bahawa beliau mempunyai sebuah pasukan pemimpin berwibawa yang mempunyai minat yang mendalam dalam berkongsi kebaikan Young Living, malah kejayaan organisasi beliau merupakan hasil daripada usaha mereka sepasukan. Melissa dan Wayne merupakan ibu bapa kepada tiga orang anak dan mereka menikmati kebebasan dan masa yang mereka miliki bersama keluarga dengan gaya hidup yang diberikan oleh Young Living.

Doug dan Jordan Schrandt

Missouri, USA

Setelah Doug dan Jordan Schrandt diperkenalkan kepada Young Living, mereka menganggap ini sebagai satu pemangkin untuk mereka mengubah kehidupan keluarga mereka. Sebagai rakan jenama Young Living, mereka bertanggungjawab untuk mendidik individu lain tentang cara untuk makan dan hidup dengan lebih sihat. Pasangan Schrandt sangat fokus kepada peribadi individu dan bertanggungjawab untuk membantu individu lain menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan memfokuskan kepada kesejahteraan.









Callie dan Jeremy Shepherd

Oklahoma, USA
Callie Shepherd membesar di Fort Worth, Texas, dengan kedua ibu bapa beliau yang telah menunjukkan cara untuk menjalani kehidupan yang bahagia dan penuh kesyukuran di sebalik kekangan kewangan. Beliau pertama kali mendengar pembentangan tentang Young Living di Duncan, Oklahoma, dan beliau berasa amat kagum dengan pembentangan tersebut sehingga beliau mendapatkan kit beliau yang pertama. Callie tahu bahawa ada beberapa ibu muda di tempat tinggal beliau yang pasti amat berminat dengan produk yang dihasilkan secara semula jadi itu.

“Saya tahu ramai ibu yang mencari pendapatan sampingan,” kata Callie, “dan saya gemar memberikan alatan dan latihan yang percuma untuk membantu mereka memaksimumkan masa untuk mereka menjadikan perniagaan Young Living mereka lancar dan mudah dikendalikan.”

Tahun ini, suami Callie, Jeremy telah menyertai beliau dalam berkongsi kebaikan Young Living sepenuh masa dan beliau amat teruja tentang peluang untuk bekerjasama dengan suami beliau. “Saya berasa amat gembira dengan adanya Jeremy bersama saya dan walaupun beliau sibuk dengan semua projek kami, saya berasa bersyukur kerana anak-anak kami dapat berhubung dan meluangkan masa dengan ayah mereka, kerana mereka hanya mampu meluangkan masa pada hujung minggu dan beberapa jam sahaja pada waktu petang sebelum ini.”

Callie paling gemar membina kepimpinan dan beliau telah mencipta latihan perniagaan dalam talian dengan video dan alatan secara percuma untuk mereka yang ingin membina perniagaan dalam pasukan beliau. Alatan ini boleh memperkasakan sesiapa sahaja untuk membina perniagaan Young Living dengan mudah!

Sharnael Wolverton

Louisiana, USA

Sharnael Wolverton amat gemar berpidato umum, serta menjalankan latihan dan bimbingan pelbagai kumpulan individu yang ingin memberikan fokus terhadap kesejahteraan dalam kehidupan. Beliau menggunakan produk Young Living setiap hari dan beliau mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa produk-produk itu telah mengubah kehidupan beliau dan mereka yang berada di sekeliling beliau.











Kelli dan Les Wright

Alabama, USA

Kelli Wright berterima kasih ke atas semangat beliau untuk berusaha keras dan menjadi yang terbaik kepada keperibadian ayah beliau. Sebelum menyertai Young Living, Kelli berusaha gigih dalam kerja-kerja unik pembaikan, mengecat dan menjual perabot. Beliau juga merupakan penulis blog yang tegar dalam industri DIY dan mewakili rangkaian cat susu kawan beliau untuk negeri Alabama. Young Living mewakili satu jalan yang amat berbeza untuk beliau.

Rakan Kelli, Crystal Burchfield, telah memperkenalkan beliau dan suami, Les, kepada Young Living. Walaupun beliau tidak pernah memaksa Kelli menyertai perniagaan ini, Crystal tetap membimbing Kelli tentang cara penggunaan minyak pati dan berdoa akan kebahagiaan keluarga Wright. “Apa yang membuat saya terpikat dengan Young Living ialah minat terhadap produk dan kualiti yang mengagumkan yang saya percaya adalah sukar untuk didapati dari mana-mana produk di dunia ini,” kata Kelli.

Setelah menemui cara bagaimana minyak pati boleh memberikan kesan kepada keluarga beliau, Kelli terus berdedikasi untuk berkongsi kebaikan produk Young Living dengan individu lain. Beliau mempunyai minat yang amat mendalam untuk memenuhi misi Young Living bagi memperkenalkan kebaikan minyak pati tulen dan asli ke setiap kediaman.

Dietfried Wruss

Austria

Dietfried Wruss membesar di Graz, sebuah pekan di selatan Austria. Dengan tunjuk ajar yang tegas dan latihan dalam tentera, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi dan undang-undang. Walaubagaimanapun, beliau rindu dengan rasa kebebasan yang datang dengan memiliki sebuah perniagaan dan beliau dapat merasakan keperluan untuk membantu individu lain mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Apabila beliau diperkenalkan pada Young Living, beliau mendapati bahawa setiap individu berhak mencari kebebasan, keseimbangan dan kemewahan, dan beliau tidak sabar untuk berkongsi tentangnya.

Sejak memulakan perjalanan Young Living, kehidupan Dietfried telah berubah secara drastik. Beliau bertemu dengan kekasih hati, Alexandra, di sebuah acara Young Living di Austria pada tahun 2008. Mereka berdua terus terpikat dan hubungan mereka pun terus berkembang. Dietfried menganggap Alexandra lebih daripada seorang pasangan, teman dan juga rakan karib pada beliau dan hubungan mereka menjadi lebih indah daripada apa yang mereka impikan. Walaupun beliau kerap mengembara, Dietfried sentiasa bersyukur kerana dapat meluangkan masa dengan Alexandra dan anak-anak mereka.

Apa yang Dietfried amat sukakan ialah peluang yang yayasan Young Living tawarkan untuk individu lain menikmati kehidupan yang lebih baik dan apabila beliau berkongsi tentang Young Living, beliau akan mencari mereka yang bersedia untuk menjadikan impian mereka satu kenyataan. Nasihat beliau kepada mereka yang ingin memulakan perjalanan ini? Sentiasa ingat bahawa perniagaan anda bermula dengan anda. Oleh itu, ketahui diri anda yang sebenar dan jangan pernah berhenti memajukan diri. Sebaik anda menyedari akan potensi kehidupan tanpa batasan, anda pasti akan menemui kejayaan sebenar dalam apa yang anda lakukan dengan penuh minat dan kebebasan.

Myra dan Ernie Yarbrough

Alabama, USA

Myra dan Ernie merupakan ibu bapa kepada tiga orang anak (dua anak lelaki dan seorang anak perempuan baru lahir) dan mereka berusaha untuk mencipta sebuah keluarga yang sihat dan bahagia sambil berkongsi kasih mereka terhadap kesejahteraan dengan setiap individu yang mereka temui. Setelah diperkenalkan kepada Young Living oleh Alyssa Francis hampir empat tahun yang lalu, Myra dan Ernie telah menemui minat mereka terhadap Young Living.

Mereka pada mulanya tiada apa-apa rancangan untuk membina perniagaan ketika mula menyertai Young Living, namun pasangan Yarbrough telahpun mencipta sebuah kisah yang menakjubkan, dan mereka pasti akan meneruskan usaha mereka ini. Jadi, apa perancangan mereka seterusnya? Sudah tentu Royal Crown Diamond dengan matlamat utama iaitu membantu semua pelanggan pasukan mereka naik pangkat!


Pasangan Yarbrough telah menghadapi rintangan dan kesukaran dalam kehidupan mereka melalui pembangunan peribadi dan profesional Young Living. Myra berterima kasih atas kejayaan mereka kepada produk syarikat yang berkualiti tinggi dan budaya syarikat.

Bio Akan Datang

Kristy & Jake Dempsey
Texas, USA
Carol & Ben Howden
Canada
Zach & Kari Lewis
Oregon, USA
Fiona Lui
Hong Kong

Rainbow Forever Trust
Ohio, USA
Nanette & Ward Symes
Utah, USA