Young Living Goes Green di International Grand Convention 2019

IGC 2019 Young Living Essential Oil ialah neutral tenaga dan mesra alam

Lehi, Utah - 23 Julai, 2019 - Young Living Essential Oils, iaitu peneraju dalam dunia minyak pati, hari ini mengumumkan kejayaannya dalam melaksanakan program tanggungjawab alam sekitar yang menyasarkan ke arah menjadikan tenaga International Grand Convention semula jadi. Dengan usaha sama Salt Palace Convention Center, International Grand Convention Young Living, iaitu acara unggul untuk kakitangan dan ahli organisasi tersebut, akan menjadi neutral tenaga dan melaksanakan pelbagai strategi mesra alam tahun ini.

Matt French, Ketua Pegawai Perundangan dan Kelestarian di Young Living berkata, "Kami telah membuat beberapa keputusan untuk acara ini. Ia adalah lebih murah dan kemas secara logistik untuk menganjur satu acara tradisional yang tidak menghiraukan proses kelestarian, namun itu bukan siapa kita sebagai sebuah syarikat. Kelestarian merupakan satu keutamaan bagi Young Living. Menyelaraskan matlamat global sisa-sifar kami dalam satu kaedah yang amat ketara akan membantu memandu mesej Ikrar 5X5 kami dengan lebih daripada 32,000 peserta konvensyen. Young Living mengambil secara serius pengawasan terhadap bumi dan akan terus menetapkan piawaian bagi tanggungjawab sosial korporat dalam pelbagai kaedah yang boleh dilakukan.

Young Living memilih untuk mendapatkan pilihan kelestarian yang telah dinaiktarafkan yang ditawarkan oleh Salt Palace untuk menyelaraskan konvensyen dengan Ikrar 5X%, termasuk komitmen untuk menjadi sisa sifar dalam tempoh lima tahun. Salt Palace menawarkan tenaga solar, guna semula yang komprehensif, pemasaran sisa-rendah dan sumbangan lebihan makan dan bahan-bahan ke badan amal dan bukan untung tempatan.

Young Living juga melaksanakan rancangannya sendiri untuk menggalakkan penggunaan semula dan tidak menggalakkan penggunaan plastik guna-sekali, serta menggalakkan peserta konvensyen untuk menggunakan pengangkutan awam seboleh mungkin sepanjang berada di konvensyen. Young Living amat teruja dengan masa depan yang lebih mesra alam pada tahun hadapan sambil syarikat memperhaluskan pendekatan kelestariannya terhadap pelbagai acara.

Tentang Young Living Essential Oils
Young Living Essential Oils, LC, yang berpengkalan di Lehi, Utah dan merupakan peneraju dalam dunia minyak pati, menawarkan produk terseduh minyak paling berkualiti tinggi. Dalam mengawasi bumi dan penduduknya, Young Living mengorak langkah bagi setiap syarikat minyak pati dengan piawaian Seed to Seal®, bersama tunjang Penyumberan, Sains dan Piawaian. Prinsip panduan ini melindungi bumi dan memastikan pelanggan berasa senang dengan menggunakan produk Young Living untuk diri mereka sendiri, keluarga dan di rumah mereka. Produk Young Living mengandungi minyak pati yang dihasilkan dari ladang milik korporat atau ladang kongsi, serta pembekal yang diperakui Seed to Seal, menyokong gaya hidup yang sihat dan terus menyediakan peluang kepada lebih daripada 6 juta ahli untuk mencapai matlamat dan aspirasi mereka dengan menyelaraskan usaha mereka dengan nilai dan minat mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari kami di YoungLiving.com, ikuti @youngliving di Instagram atau like kami di Facebook.

Hubungi Media
Sebarang pertanyaan media, sila hubungi prinquiries@youngliving.com