Young Living memegang Anugerah GUINNESS WORLD RECORDS™ bagi Clean Kisses: Penyumbang Paling Banyak pada Mural Gincu!

Clean Kisses Memulakan Debut Dengan Gegak Gempita

Lehi, Utah—22 Julai, 2019—Young Living Essential Oils, yang merupakan peneraju dalam dunia minyak pati, telah membuat pengumuman hari ini bahawa mereka telah memecahkan rekod dunia bagi penyumbang paling banyak pada mural gincu! Ketika di International Grand Convention, iaitu acara unggul Young Living untuk ahli yang berada dalam organisasi tersebut, para ahli mengenakan gincu Savvy Minerals® Young Living dan meninggalkan bekas pada kain rentang Young Living berukur 20’ x 20’. Cubaan untuk memecahkan rekod ini merupakan sebahagian daripada kempen Clean Kisses, iaitu satu inisiatif penjenamaan global bagi rangkaian alat solek Savvy Minerals by Young Living.

Young Living sering menetapkan piawaian industri dalam industri kesejahteraan dan kini syarikat itu telah menetapkan Piawaian BAHARU dalam Clean BeautyTM dengan bukan sahaja melarang ramuan mainstream yang meragukan. tetapi juga dengan melihat dengan lebih mendalam terhadap apa yang perlu wanita kenakan pada kulit mereka untuk menyuburkannya. Ini bermakna bahawa Savvy Mineral telah melarang lebih banyak ramuan berbanding dengan 1,328 ramuan yang dilarang oleh Kesatuan Eropah. Malah, Savvy Minerals telah melarang lebih daripada 2,500 ramuan dan beberapa “ramuan semula jadi” yang digunakan oleh syarikat alat solekan semula jadi yang lain.

Kristen Knight, Naib Presiden Kanan Pengurusan Pemasaran Produjk, berkata, “Ramai individu mungkin tidak sedar bahawa apa yang mereka kenakan pada bibir mereka adalah kritikal kerana gincu dipakai sepanjang hari, setiap hari dan kulit bibir adalah sangat halus. Jika warna bibir tidak tulen dan menyuburkan, ini boleh mendatangkan masalah! Di Young Living, kami mempunyai minat yang mendalam terhadap penghasilan warna bibir semula jadi pada tahap yang seterusnya dengan produk yang bukan sahaja akan menghalang penggunaan bahan toksin yang dikenali pada bibir, malah menyuburkan kulit dengan ramuan semula jadi seperti minyak tangerine. Kami berasa sangat teruja kerana dapat berdiri bersama ahli kami dan menarik perhatian terhadap peri pentingnya kecantikan semula jadi melalui usaha memecahkan rekod ini!”

Pesawat 150’ Young Living yang terbang melintasi Utah County dan Salt Lake Country sepanjang International Grand Convention 2019 diberi penghargaan untuk melakukan pendedahan yang gemilang. Setelah rekod itu diterima secara rasmi, pesawat tersebut melepaskan gulungan kain rentang di atas beribu-ribu peserta yang menghadiri konvensyen Young Living pada hari terakhir sesi umum mereka.

Pegawai dari GUINNESS WORLD RECORDS™ telah hadir bagi merekodkan cubaan dan menentusahkan bahawa kempen Clean Kisses yang berjaya itu telah memecahkan rekod sebelumnya bagi penyumbang paling banyak pada mural gincu, menjadikan Young Living pemegang rekod dunia yang baharu.

# # #
Tentang Young Living Essential Oils
Young Living Essential Oils, LC, yang berpengkalan di Lehi, Utah dan merupakan peneraju dalam dunia minyak pati, menawarkan produk terseduh minyak paling berkualiti tinggi. Young Living mengambil serius tentang kepimpinan industri dengan menetapkan piawaian dengan komitmen proprietari Seed to Seal® terhadap kualiti, yang melibatkan tiga tunjang utama: Penyumberan, Sains dan Piawaian. Prinsip yang menjadi panduan ini membantu Young Living melindungi bumi dan menghasilkan produk yang tulen dan asli di mana ahli dapat berasa yakin menggunakannya dan berkongsi dengan rakan dan keluarga. Produk Young Living, yang dihasilkan dari ladang milik korporat, ladang kongsi dan pembekal yang diperakui Seed to Seal, bukan sahaja menyokong gaya hidup sihat tetapi juga memberikan peluang kepada lebih daripada 6 juta ahli global demi mencari tujuan dan kehidupan penuh kesejahteraan dengan melaraskan tugasan mereka dengan nilai dan minat mereka yang mendalam. Untuk maklumat lanjut, sila layari YoungLiving.com, ikuti @youngliving di Instagram atau like kami di Facebook.

Hubungi Media
Sebarang pertanyaan media, sila hubungi prinquiries@youngliving.com