Ada kerja rumah tertentu yang kita tidak gemar lakukan. Mungkin anda tidak suka membawa keluar sampah atau mengemaskan peti ais, tetapi kita pasti setuju bahawa kita tidak pernah teruja untuk mencuci tandas. Oleh itu, kami telah hasilkan larutan yang sempurna untuk menjadikan bilik air anda berbau segar dan bersih dengan minyak pati Lemon atau campuran minyak pati Thieves® serta Citrus Fresh™.

Resipi untuk larutan pencuci DIY ini tidak terhad untuk mencuci bilik air saja! Anda boleh juga gunakannya untuk mencuci botol yang pembukaannya kecil atau gunakannya untuk merendam sinki yang penuh dengan periuk dan kuali kotor.You

Larutan Pencuci DIY Thieves

Bahan-bahan

Arahan

  1. Dalam mangkuk yang besar, gabungkan semua bahan-bahan kering dan gaul rata.

    Young Living Thieves Essential Oil

  2. Dalam mangkuk yang lain, gaul air, minyak pati atau campuran minyak pati dan V-6.
  3. Tuang larutan ke dalam mangkuk yang besar dan pukul bersama hingga sebati.
  4. Tuangkan campuran ke dalam bekas kiub ais atau acuan gula-gula sehingga tiga perempat penuh. Jika campuran mengembang dan tumpah ke luar acuan, masukkannya semula ke dalam acuan perlahan-lahan.
  5. Biarkan selama satu malam di ruang bersuhu bilik. Selepas kering, keluarkan tablet dan simpan di dalam bekas kaca.
  6. Apabila diperlukan, letak tablet di dalam mangkuk tandas, botol yang susah dicuci, atau sinki yang penuh dengan pinggan kotor untuk membantu anda mencuci dan menghilangkan bau. Biarkan ia di dalam mangkuk, botol atau sinki selama 20-30 minit untuk berbuih dan larut. Selepas larut, pam atau siram.

 

Sekarang anda bersedia untuk mencuci dengan mudah!

Nota: Anda tidak digalakkan menggunakan resipi ini untuk tangki tandas.

Bagaimana anda guna minyak pati untuk pastikan rumah anda segar dan bersih?

Beritahu kami dalam ruang komen di bawah.

This post is also available in: English Chinese (Simplified)