Essential Oils

Cara menggunakan minyak pati pada badan anda

Apabila anda menyapu, mengurut atau menggunakan minyak pati pada kulit, pengalaman anda akan bermula dengan sentuhan pada reseptor deria. Sel reseptor ini ada di seluruh tubuh anda dan sel-sel ini amatlah menakjubkan. Mari kita bincangkan tentang reseptor tubuh manusia ini dan kehebatannya!

Apa itu reseptor dan bagaimana ia berfungsi?

Reseptor merupakan molekul protin yang mempunyai tapak ikatan untuk pelbagai jenis molekul yang berbeza. Apabila molekul luar menemui tapak ikatan yang sesuai, ia akan berkomunikasi dengan otak anda melalui isyarat elektrik. Isyarat ini akan bergerak ke otot, organ, atau dalam kes ini ke reseptor otak anda iaitu amygdala, yang melibatkan emosi yang anda rasai.

Antara reseptor yang biasa kita kenali ialah deria rasa anda. Apabila anda makan, makanan atau minuman akan menyentuh air liur, lalu molekul akan mengikat pada reseptor rasa dalam mulut anda. Reseptor ini akan berhubung dengan sel saraf tunjang dan memberikan rasa tertentu pada otak anda.

Satu lagi contoh produk yang bertindak dengan reseptor ialah Gel Sukan Cool Azul. Apabila anda menyapunya pada kulit, ia akan menghidupkan reseptor dan menghantar isyarat sensasi dingin pada otak. Sebab itulah anda boleh rasa dingin pada kulit anda!

Tubuh anda mempunyai reseptor yang menakjubkan di seluruh badan, oleh itu, anda boleh menggunakan minyak pati di pelbagai kawasan tubuh. Berikut ialah infografik berguna sebagai panduan untuk anda bermula!

This post is also available in: English Chinese (Simplified)

Recent Posts

Jenis pembaur mana yang sesuai untuk anda?

Pembaur membantu memecahkan minyak pati menjadi partikel kecil yang boleh tersebar ke udara dan memenuhi…

Mac 30, 2022

Cintai diri sendiri: 8 tips untuk menyayangi siapa anda sekarang

Mengenal pasti nilai diri anda mungkin mencabar, tapi dengan sedikit masa dan usaha, anda akan…

Februari 24, 2022

10 cara kreatif menggunakan minyak pati

Keunikan sesuatu keharuman adalah menakjubkan, kerana ia dapat mengingatkan kita tentang memori-memori indah. Sebab itulah…

Ogos 19, 2021

Panduan untuk mencipta campuran pembaur

Ingin tahu rahsia di sebalik mencipta keharuman yang unik dan tersendiri? Ikuti panduan kami untuk…

Februari 11, 2021

Cara menjaga pembaur anda

Membersihkan pembaur anda adalah penting kerana kesan minyak boleh terkumpul di bahagian dalam dan mengganggu…

Februari 28, 2020

Sebotol dakapan: Panduan minyak pati untuk membangkitkan semangat dan memberikan inspirasi

Sama ada anda dalam kebuntuan, terasa beban, kesunyian atau rindukan kampung halaman, aroma minyak pati…

Februari 6, 2020