Minyak Pati Cinnamon Bark
Share
Cinnamon Bark mempunyai aroma panas dan pedas yang dikatakan bermanfaat untuk menyerlahkan rasa mewah. Ramai menggunakannya secara aromatik untuk sentuhan hangat dan menarik.
Item No. | |
Item | |
Borong | |
Runcit | |
PV |
Item ini pada masa ini tidak tersedia untuk dibeli.
Produk ini hanya boleh dibeli oleh pelanggan Young Living. Untuk menjadi pelanggan Young Living klik pada pautan Menjadi Pelanggan di bahagian atas halaman ini.
* Semua harga yang ditunjukkan termasuk VAT. Tidak termasuk caj penghantaran.
Gambaran Produk
Gambaran Produk
Ciri-Ciri & Faedah
- Boleh disapu pada kulit bagi tujuan pembersihan
- Boleh dicampurkan pada produk pembersihan bagi menikmati aromanya yang mewah dan kepedas-pedasan
- Boleh dibaurkan bagi menghapuskan bau yang tengik
- Mengandungi unsur cinnamaldehyde yang hadir secara semula jadi
Unsur Utama
- Trans-Cinnamaldehyde
- Eugenol
- Beta-Caryophyllene
- Linalol
Profil Aromatik
Dari botol: Mesra, kemanis-manisan dan kepedas-pedasan
Boleh didapati dalam
Sesuai Digunakan Bersama
Ramuan
Ramuan
Ramuan
Minyak kulit kayu Cinnamomum zeylanicum† (Cinnamon)
† 100% minyak pati tulen
Penggunaan Yang Disyorkan
Penggunaan Yang Disyorkan
Pengalaman
Aroma Cinnamon Bark yang kepedas-pedasan dan kemanis-manisan boleh membantu mencipta satu persekitaran yang menyelesakan apabila dibaur di rumah anda. Sapukan Cinnamon Bark terus pada kulit bagi mencipta satu sensasi yang mesra.
Arahan Label
Topikal: Cairkan 1 titis dengan 4 titis V-6 atau minyak zaitun. Cuba pada kawasan kecil pada kulit di bawah tepi lengan. Sapukan pada tempat dikehendaki apabila perlu.
Aromatik: Baurkan sehingga 10 minit 3 kali sehari.
Aromatik: Baurkan sehingga 10 minit 3 kali sehari.
Cara Pembauran
- Jadikan dapur sebagai satu tempat perjumpaan rakan dan keluarga dengan aroma yang mesra dan menggoda ini.
- Fokus pada kerja di bilik belajar atau meja kerja dengan keharumannya yang kepedas-pedasan.
- Nikmati keindahan waktu hujan dalam bilik tidur anda dengan membaurkan aromanya yang nyaman dan selesa serta nostalgik sambil membaca buku di atas katil dan bantal yang empuk.
Penggunaan
- Gabungkan Cinnamon Bark dengan air di dalam botol sembur kaca bagi mendapatkan larutan pembersih bagi membersihkan permukaan yang kotor.
- Titiskan 5 titis Cinnamon Bark dan 3 titis minyak pati Lemon dalam air bersabun dan salurkannya ke longkang. Biarkan larutan itu selama 1 jam bagi menyahkan bau busuk bahan buangan.
- Cairkan Cinnamon Bark dengan Minyak Sayuran Kompleks V-6 dan urutkan pada kaki untuk menikmati sensasi yang mesra.
- Baurkannya di rumah anda, lebih-lebih lagi ketika musim cuti bagi mencipta persekitaraan yang mesra dan menggoda.
- Serlahkan kreativiti anda dengan menggabungkan Cinnamon Bark dengan minyak yang bersesuaian seperti Frankincense, Orange, Tangerine, Clove, atau Nutmeg.
Amaran:
Jauhkan dari kanak-kanak. Untuk kegunaan luar sahaja. Jauhkan dari mata dan membran mucus. Jika anda sedang mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat atau mempunyai keadaan perubatan, sila rujuk pada pakar kesihatan sebelum menggunakannya. Elak cahaya matahari atau sinaran UV secara langsung sehingga 12 jam selepas menggunakan produk ini.
Ketahui Lebih Lanjut
Ketahui Lebih Lanjut
Latar Belakang Produk
Cinnamon Bark diperoleh daripada pohon tropika malar hijau yang berasal dari Sri Lanka. Kulit kayu pohon itu akan melalui proses penyulingan stim untuk mendapatkan minyak pati. Minyak pelbagai guna dengan keharuman yang mesra ini dijumpai dalam minyak pelumuran dari beribu-ribu tahun yang lalu. Warga Mesir juga menggunakannya sebagai agen pewangi. Hari ini, Cinnamon Bark memainkan peranan penting dalam campuran minyak pati yang popular seperti Thieves serta dalam Abundance, Christmas Spirit, Gathering, Highest Potential dan Magnify Your Purpose.
Nama Saintifik:
Cinnamomum zeylanicum
Keluarga botani:
Lauraceae
Bahagian pokok yang digunakan:
Kulit kayu
Wilayah Penanaman:
Sri Lanka, Madagascar, Ceylon
Kaedah Pengekstrakan:
Penyulingan stim
Wilayah YL:
Kebanyakan minyak pati Cinnamon Bark dihasilkan dari Sri Lanka
Minyak pati Cinnamon Bark menyertai keluarga Young Living pada tahun 1994