Melindungi Planet Kita

MENJAGA PLANET KITA

Sebagai penjaga planet, kami berusaha untuk mengekal, melindungi, dan menyokong Bumi kita.



MENCAPAI SIFAR PEMBAZIRAN

Kami telah mencapai status 99 peratus bebas tanah timbus di pusat pengedaran terbesar kami dan melaksanakan program kitar semula korporat yang kukuh, membantu Young Living meraih dua anugerah berprestij pada tahun 2019: Perniagaan Hijau Terbaik dan Pengitar Semula Terbaik.

PEMBUNGKUSAN

Sesuatu yang baik hadir dalam bungkusan lestari. Kami mengorak langkah mengetuai jalan dalam pembungkusan yang meninggalkan impak sekecil mungkin. Matlamat kami ringkas, pembungkusan mudah dikitar semula yang dihasilkan daripada bahan kitar semula. Kami menolak bahan-bahan yang mengandungi toksik buruk seperti PVC, BPA dan perklorat.

MELANGKAH BERSIH

Kami telah membersihkan penggunaan kami dengan bahan tulen. Kami mahu membantu anda dan keluarga anda mengelakkan toksin yang ditemui dalam produk terkenal. Produk kami mengelak penggunaan lebih daripada 2,500 toksin berbahaya dan menggunakan bahan natural, terbaik, mengikut aturan alam semula jadi.


MENGURUS SUMBER

Kelestarian bermaksud menggunakan botanikal yang dihasilkan dengan etika alam sekitar yang ketat. Semua ladang dan pembekal disahkan Seed-to-Seal kami dipilih dan diperiksa dengan teliti berdasarkan pertanian mesra-alam dan penghasilan berimpak rendah mereka. Hasilnya adalah produk tulen yang menjadi sebahagian daripada kisah kelestarian hebat.

BUKAN SEKADAR PEJABAT

Kami juga mengamalkan amalan hijau di di pejabat. Dibina mematuhi spesifikasi LEED dan Green Globe, Ibu Pejabat Global kami yang mengagumkan di Utah, Amerika Syarikat merupakan satu kenyataan dan jemputan kepada syarikat lain untuk mengurangkan kesan mereka pada planet.

MEMBUKTIKAN KESUNGGUHAN KAMI

Apabila alam menyeru, kami menyahut. Young Living sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan dana kepada usaha melindungi planet. Klik pautan di bawah untuk melihat beberapa contoh terkini:

Memulihkan Amazon
Pemuliharaan Burung Hantu
Kawasan Perlindungan Hidupan Liar D. Gary Young
Perkongsian Vital Grounds