Minyak Pati Bergamot
Share
Minyak pati Bergamot mempunyai bau sitrus ringan yang memberikan aroma santai dan menyegarkan. Ciri-ciri antibakteria yang dimilikinya menjadikan ia sangat baik sebagai alternatif untuk deodoran semulajadi dan produk peremajaan kulit.
Item No. | |
Item | |
Borong | |
Runcit | |
PV |
Item ini pada masa ini tidak tersedia untuk dibeli.
Produk ini hanya boleh dibeli oleh pelanggan Young Living. Untuk menjadi pelanggan Young Living klik pada pautan Menjadi Pelanggan di bahagian atas halaman ini.
* Semua harga yang ditunjukkan termasuk VAT. Tidak termasuk caj penghantaran.
Gambaran Produk
Gambaran Produk
Ciri-Ciri & Faedah
- Menenangkan
- Mempunyai aroma sitrus dengan sedikit bau kebunga-bungaan
- Mempunyai unsur yang membersihkan kulit
- Mengurangkan kecacatan pada kulit
- Mengandungi unsur limonene, linalool, gamma-terpinene, dan beta-pinene yang hadir secara semula jadi
- *Bergamot boleh mendatangkan kesan peka foto, oleh itu elak menggunakannya sebelum melakukan aktiviti luar.
Unsur Utama
- Limonene
- Linalyl Acetate
- Linalol
- Gamma-Terpinene
- Beta-Pinene
Profil Aromatik
Dari botol: Aroma lembut, sitrus, kebunga-bungaan
Boleh didapati dalam
Sesuai Digunakan Bersama
Ramuan
Ramuan
Ramuan
Minyak kulit Citrus aurantium bergamia† (Bergamot)
† 100% minyak pati tulen
Penggunaan Yang Disyorkan
Penggunaan Yang Disyorkan
Pengalaman
Bergamot mempunyai aroma sitrus yang unik dengan sedikit bau bunga yang kepedas-pedasan dengan berlatarbelakangkan bau kekayu-kayuan. Aroma awalnya yang kemanis-manisan amat sesuai dengan ritual kegemaran anda untuk menenangkan diri bagi membantu mencipta satu sensasi yang menenangkan secara aromatik.
Arahan Label
Topikal: Cairkan 1 titis dengan 1 titis Minyak Sayuran Kompleks V-6™ atau minyak zaitun dan sapukan pada tempat dikehendaki apabila perlu.
Aromatik: Baurkan 1 hingga 3 kali sehari.
Aromatik: Baurkan 1 hingga 3 kali sehari.
Cara Pembauran
- Ubah suasana petang yang hambar dengan aroma kemanis-manisan yang membangkitkan rasa tenang dengan pembaur anda.
- Jadikan kelas anda tenang dengan keharuman yang membahagiakan ini.
- Bantu meningkatkan aura positif di pejabat dengan aroma sitrus yang membangkitkan ini.
Penggunaan
- Naik taraf rutin penjagaan kulit anda dengan menambahkan setitis Bergamot pada syampu, sabun, serum dan produk pembersih kegemaran anda.
- Baurkan Bergamot di rumah, kelas atau semasa bekerja bagi mencipta satu persekitaran yang membangkitkan semangat dan positif.
- Titiskannya pada pelembap waktu malam kegemaran anda untuk mendapatkan keharuman yang membangkitkan dan mengurangkan kecacatan pada kulit.
- Cipta satu pewangi istimewa dengan mencampurkan Bergamot dengan satu keharuman bunga aroma tengah seperti Jasmine dan Geranium dan satu aroma bes yang manis seperti Cedarwood, Patchoulli atau Frankincense.
Amaran:
Jauhkan dari kanak-kanak. Untuk kegunaan luar sahaja. Jauhkan dari mata dan membran mucus. Jika anda sedang mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat atau mempunyai keadaan perubatan, sila rujuk pada pakar kesihatan sebelum menggunakannya. Boleh mendatangkan kesan peka foto. Elak cahaya matahari atau sinaran UV secara langsung sehingga 48 jam selepas menggunakan produk ini.
Ketahui Lebih Lanjut
Ketahui Lebih Lanjut
Latar Belakang Produk
Bergamot kebanyakannya ditanam di persisiran selatan Itali dan telah digunakan di Timur Tengah sejak beratus tahun yang lalu sebagai perasa, pewangi dan bahan tambahan dalam pelembap dan kosmetik. Bergamot mempunyai bentuk buah sitrus seperti limau dan berwarna seperti limau manis serta mempunyai profil bau yang jelas, kemanis-manisan dan berbau tanah dan mengandungi unsur limonene, linalool, dan beta-pinene yang hadir secara semula jadi. Minyak Bergamot diperoleh dengan menekan sejuk kulit hijau buah yang menggerutu. Ia merupakan ramuan yang penting dalam pelbagai campuran minyak pati Young Living, termasuk serum Progessence Phyto Plus. Bergamot boleh mendatangkan kesan peka foto, oleh itu elak menggunakannya sebelum melakukan aktiviti luar.
Nama Saintifik:
Citrus aurantium bergamia
Keluarga botani:
Rutaceae
Bahagian pokok yang digunakan:
Kulit
Wilayah Penanaman:
Itali dan Maghribi
Kaedah Pengekstrakan:
Tekan sejuk atau Penyulingan vacum
Wilayah YL:
Kebanyakan miyak pati Bergamot Young Living dihasilkan dari Itali
Minyak pati Bergamot menyertai keluarga Young Living pada tahun 1994