Usaha Sama
Share
Projek TB Tibet
Selepas mengembara ke Tibet baru-baru ini, Ingrid Dilley dan sami Tibet Thupten Dadak menyedari tentang krisis kesihatan yang dihadapi pelarian Tibet. Selepas mendapati bahawa warga Tibet yang dibuang daerah menderita satu daripada kadar batuk kering (TB) tertinggi di dunia, Ingrid dan Thupten membawa Projek TB Tibet kepada perhatian Young Living. Melalui projek ini, Young Living membekalkan produk pencuci Thieves®, dan pendidikan tentang kesejahteraan kepada pelarian Tibet dan berharap untuk mencegah masalah berikutnya yang disebabkan oleh penyebaran penyakit yang boleh mengancam nyawa.
Di dalam artikel beliau, "Tibet's Other Fight: Tuberculosis,” yang diterbitkan pada 28 March, 2009, dalam Wisconsin State Medical Journal, Dr. Zorba Paster memetik statistik yang membimbangkan tentang warga Tibet yang dijangkiti TB:
Di dalam artikel beliau, "Tibet's Other Fight: Tuberculosis,” yang diterbitkan pada 28 March, 2009, dalam Wisconsin State Medical Journal, Dr. Zorba Paster memetik statistik yang membimbangkan tentang warga Tibet yang dijangkiti TB:
Di Amerika Syarikat TB memberi kesan kepada empat daripada setiap 100,000 orang.
Di India, TB memberi kesan kepada 130 daripada setiap 100,000 orang.
Warga Tibet yang dibuang negara menderita TB pada kadar 800 daripada setiap 100,000 orang.
Kos rawatan TB hanyalah $25 untuk tempoh rawatan enam bulan.
Dr. Paster menegaskan bahawa dengan penyaringan dan rawatan yang betul, kebanyakan kes TB boleh dicegah. Untuk membantu menghentikan, wabak ini, beliau memulakan projek TB Tibet dengan bantuan Dr. Richard Chaisson dan Johns Hopkins.]
Dengan menjadikan pautan ini tersedia untuk pengguna, Young Living tidak mengesahkan kandungan pautan ini. Young Living menyediakan pautan ini bagi tujuan penyaluran maklumat sahaja..