IGNITE: Konvensyen APAC 2023

16 - 19 Mac 2023 | Resorts World Sentosa, Singapura



IGNITE: Konvensyen APAC 2023


Nyalakan semangat membara dalam diri anda kerana akhirnya, selepas empat tahun yang panjang, Konvensyen Asia-Pasifik Young Living akan membuat kemunculan kembali di Resorts World Sentosa, Singapura dari 16-19 Mac, 2023!

Nikmati suasana aromatik Young Living bersama-sama rakan seperjuangan dari seluruh pelusuk rantau Asia-Pasifik di Singapura, titik pertemuan pelbagai budaya Asia. Selepas berjam-jam pertemuan maya selama beberapa tahun kebelakangan ini, sudah tiba masanya kita berkumpul secara fizikal dan mempersembahkan keindahan komuniti Asia-Pasifik Young Living.

Sepanjang empat hari konvensyen, anda akan menikmati pengembaraan menggembirakan untuk menyalakan semula semangat anda dengan dorongan penceramah dari seluruh pelusuk dunia. Anda juga akan memperoleh pengalaman berguna daripada pakar produk Young Living dan jadi yang terawal untuk menemukan produk kegemaran baharu anda di Ekspo! Makan Malam Pengiktirafan dan Gala adalah untuk meraikan semua pencapaian anda. Ia akan menjadi acara yang akan dikenang seumur hidup anda. Jumpa di sana!

Kira detik acara




Apa Yang Menanti Anda





Kami akan menerima pendaftaran awal pada petang 15 Mac. Butiran lanjut akan diberikan.


IGNITE THE SPARK

HARI 1: 16 Mac



Kami akan memulakan konvensyen perdana ini dengan penuh kemeriahan, menyalakan semula semangat yang mencetuskan kejayaan hari ini, menyemarakkan minat yang berkobar-kobar! Hadiri sesi umum di mana anda boleh bertemu rakan APAC Young Living yang lain dan luangkan masa bersama pasukan anda, meneroka seluruh konvensyen!
AGENDA:
• Pendaftaran
• Perhimpunan Umum
• Pratonton Ekspo

HARI 2: 17 Mac



Sambutan diteruskan bagi menyalakan semangat anda untuk perniagaan dan komuniti.
AGENDA:
• Ekspo: Terbuka kepada Semua
• Perhimpunan Umum
• Malam Keraian
KINDLE THE LIGHT
PASSION ILLUMINATED

HARI 3: 18 Mac



Pada hari ketiga, bersiap sedia untuk menyemarakkan minat anda terhadap kesejahteraan dan minyak menerusi pelbagai bengkel berbeza yang kami tawarkan untuk anda dan pasukan anda. Selepas seharian, anda akan bersinar lebih terang dan berkembang lebih maju saat kita sama-sama mara mengorak langkah.
AGENDA:
• Bengkel Latihan
• Aktiviti Pasukan

HARI 4: 19 Mac



Bersama-sama sebagai satu komuniti APAC Young Living, kita akan terus menyinari dada langit Pasifik - menyalakan semangat untuk peminat minyak generasi seterusnya.
AGENDA:
• Eskpo: Terbuka kepada Semua
• Sesi Bual Ahli
• Aktiviti Puncak
• Pengiktirafan
SHINE ON
Agenda konvensyen adalah tertakluk kepada perubahan.



Penyampai





Yonie Bonawi
Royal Crown Diamond
Singapore
Kai Tan
Crown Diamond
Singapore
Patricia Gwee
Crown Diamond
Singapore
Farhana Razak, Diamond
Indonesia
Norhidawati
Abdul Aziz
Royal Crown Diamond
Malaysia
Sarini Bujang
Platinum
Malaysia
Kylie Bryant, Diamond
Australia & New Zealand
Tomoyuki Kawamura
Platinum
Japan
Charity Joyce Marohombsar
Gold
Philippines
Dr. HK Lin
Chief Scientist
Dr. Je Tae Woo
Head, Science Division APAC

Tiket


Tiket akan dijual dengan harga:
  • Bundle Belian Kumpulan Diamond*: Beli 10 tiket dengan harga USD$199 setiap satu, dan dapat 1 tiket percuma (Boleh didapati dari 1 Oktober hingga 30 November, 2022)
  • Harga Pembeli Terawal: USD$199 setiap satu (Boleh didapati dari 1 Oktober, 2022 hingga 30 November, 2022)
  • Harga Biasa: USD$225 setiap satu (Boleh didapati dari 1 Disember, 2022 hingga 31 Januari, 2023)

  • *Nota: Bundle Belian Kumpulan Diamond adalah eksklusif untuk rakan jenama yang telah mencapai pangkat Diamond dan ke atas sahaja. Rakan jenama Diamond dan ke atas yang layak mestilah memasukkan ID Rakan Jenama mereka dalam ruang kod promo di platform tiket untuk mengakses bundle tersebut. Kod promo boleh digunakan lebih daripada sekali semasa tempoh Bundle Belian Kumpulan Diamond.

    Semua tiket termasuk yang berikut:
  • Akses ke Sesi Umum & Ekspo
  • Akses ke Hari Latihan (Maksimum 4 sesi)
  • Akses ke Sesi Bual Pemimpin (1 Sesi)
  • Beg Selamat Datang dengan cenderamata

  • Soalan Lazim

    Soalan Lazim Acara & Tiket

    Konvensyen Asia-Pasifik (APAC) 2023: Young Living Ignite merupakan acara bersemuka yang akan berlangsung pada 16 hingga 19 Mac, di Resorts World Sentosa, Singapura. Anda hanya boleh menghadiri acara tersebut jika anda membeli tiket acara.

    Tiket akan dijual mulai 1 Oktober, 2022 pada jam 7 petang (GMT+8) di laman sesawang rasmi Ticketmelon Konvensyen APAC 2023. Klik di sini untuk ke laman sesawang tersebut: http://bit.ly/2023APACConvention

    YAnda perlu membuat akaun Tickletmelon untuk membeli tiket. Klik di sini untuk panduan lengkap mendaftarkan akaun: http://bit.ly/APACTicketGuide

    Harga Pembeli Terawal:USD$199 setiap satu (Boleh didapati dari 1 Oktober, 2022 hingga 30 November, 2022)

    Harga Biasa: USD$225 setiap satu (Boleh didapati dari 1 Disember, 2022 hingga 31 Januari 2022)

    Bundle Belian Kumpulan Diamond*: Beli 10 tiket dengan harga USD$199 setiap satu, dan dapat 1 tiket percuma (Boleh didapati dari 1 Oktober hingga 30 November, 2022)


    *Nota: Bundle Belian Kumpulan Diamond adalah eksklusif untuk rakan jenama yang telah mencapai pangkat Diamond dan ke atas sahaja. Rakan jenama Diamond dan ke atas yang layak mestilah memasukkan ID Rakan Jenama mereka dalam ruang kod promo di platform tiket untuk mengakses bundle tersebut. Kod promo boleh digunakan lebih daripada sekali semasa tempoh Bundle Belian Kumpulan Diamond.

    Semua tiket mengandungi yang berikut:

  • Akses ke Reruai Ekspo
  • Akses ke Sesi Umum
  • Akses ke Hari Latihan (Maksimum 4 sesi)
  • Akses ke Sesi Pemimpin (1 Sesi)
  • Beg Selamat Datang Percuma

  • Tiket tidak termasuk kos penerbangan dan penginapan.
    Hanya rakan jenama Young Living yang mencapai pangkat Diamond dan ke atas dengan belian tiket akan mempunyai akses ke Ruang Istirahat Diamond.

  • Acara ini terbuka kepada semua rakan jenama dan bukan rakan jenama. Namun, hanya rakan jenama berdaftar dengan Young Living boleh membeli tiket bagi pihak bukan rakan jenama.
  • Individu bukan rakan jenama dengan tiket acara perlu ditemani rakan jenama YL untuk dibenarkan menghadiri acara ini.
  • Ya, acara ini terbuka kepada rakan jenama bukan APAC atau Not-For-Resale (NFR).

    Untuk Rakan Jenama Young Living:

  • Nama Penuh
  • ID Rakan Jenama
  • Pangkat tertinggi dicapai
  • Negara di mana keahlian didaftarkan
  • Country where membership is registered
  • E-mel (Pastikan akaun anda aktif, kerana tiket yang dibeli akan dihantar menerusi e-mel)
  • Bagi rakan jenama Young Living yang membeli tiket untuk bukan rakan jenama, ruang khas akan disediakan dalam borang pendaftaran yang akan memberi panduan untuk anda memasukkan maklumat bukan rakan jenama.

    Tiket boleh dibeli menggunakan kad kredit atau debit di bawah semua bank utama.

    Ya, tetapi mengubah maklumat pada tiket tertakluk kepada caj perubahan bernilai USD $25 untuk setiap tiket. Setiap tiket hanya boleh diubah sekali sahaja.

    Hantarkan permohonan formal untuk mengubah tiket anda ke akaun media sosial rasmi Ticketmelon:www.facebook.com/ticketmelon

    Permohonan mengubah tiket hanya dibenarkan sehingga 15 Februari, 2023, 5 petang (GMT+8)

    Ya, pemulangan bayaran adalah dibenarkan tetapi hanya untuk situasi yang sah. Situasi sah yang diterima adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Bencana negara
  • Kekangan kesihatan (Kekangan berkaitan kehamilan atau sebarang penyakit teruk atau fizikal yang menghalang seseorang daripada berkumpul dalam khalayak atau mengembara)
  • Kematian ahli keluarga
  • Situasi yang sah akan diterima berdasarkan kes
  • Jika pemulangan bayaran diluluskan, hanya 25% daripada harga tiket akan dipulangkan. Proses pemulangan bayaran akan tertakluk kepada protokol platform tiket.

    Hantarkan permohonan formal untuk pemulangan bayaran anda ke akaun media sosial rasmi Ticketmelon:www.facebook.com/ticketmelon

    Selepas menerima pengesahan bayaran, PDF e-tiket akan dihantar ke alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftarkan akaun Ticketmelon.

    Anda juga boleh kembali dan melihat tiket yang telah dibeli dalam profil akaun Ticketmelon anda. Gunakan butiran log masuk yang sama digunakan semasa mendaftar dan membeli tiket.

    Nota Penting: Jika anda membeli lebih daripada satu tiket untuk orang lain, pembeli tiket bertanggungjawab untuk menghantar semua PDF e-tiket ke pengguna tiket sebenar. Ticketmelon tidak akan menghantar PDF e-tiket kepada penerima berbeza, hanya kepada pembeli tiket tunggal.

    PDF e-tiket dihantar kepada alamat e-mel yang didaftarkan oleh individu yang membeli tiket tersebut.

    Setiap PDF e-tiket mengandungi kod QR unik yang diperlukan untuk pendaftaran acara dan untuk masuk ke acara.

    Setiap kod QR dihubungkan kepada individu yang dinyatakan pada tiket. Apabila kod QR diimbas di pendaftaran acara tersebut, ia tidak boleh digunakan oleh individu lain untuk masuk ke acara.

    Format bercetak atau digital (menerusi telefon pintar atau tablet) adalah diterima selagi kod QR yang terpapar adalah jelas, tidak rosak, dan boleh diimbas.

    Bayi dan kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke bawah dibenarkan masuk ke acara tanpa sebarang caj.

    Kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas yang memerlukan tempat duduk mereka sendiri semasa sesi acara perlu membeli tiket.

    Sila ambil perhatian bahawa tiada kemudahan jagaan kanak-kanak disediakan di kawasan konvensyen. Kami menyarankan pengunjung acara merancang sebaik mungkin untuk menikmati acara ini sepenuhnya.

    Tidak, Beg Selamat Datang percuma hanya diedarkan semasa acara sebenar berlangsung. Jika pemegang tiket tidak boleh menghadiri acara, Beg Selamat Datang percuma tersebut akan dihantar berasingan.

    Hanya rakan jenama Young Living dengan tiket boleh membeli bundle dan set eksklusif acara sementara stok masih ada.

    Individu bukan rakan jenama (walaupun telah membeli tiket) tidak boleh membeli bundle dan set eksklusif acara.

    Ya, tetapi butiran lebih lanjut akan diberikan tidak lama lagi berkenaan bahasa yang boleh didapati, serta bahagian acara mana yang akan mempunyai terjemahan. Sila periksa di masa akan datang untuk sebarang kemas kini.

    Tidak, versi dalam talian tidak boleh didapati untuk acara ini, ia hanya boleh dihadiri secara bersemuka.

    Hantarkan soalan atau pertanyaan anda ke akaun media sosial rasmi Ticketmelon: www.facebook.com/ticketmelon

    Untuk rakan jenama Young Living - Sila hubungi pasukan Jualan tempatan anda.

    Untuk bukan rakan jenama - Sila hubungi kenalan rakan jenama Young Living anda.


    Pengiktirafan

    Pasaran Young Living di Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Korea, Taiwan, Jepun, Hong Kong, Macau, Australia, dan New Zealand.

    Rakan jenama Young Living yang layak dengan pangkat Silver dan ke atas dari Januari 2019 ke Disember 2022 akan diiktiraf di acara.

    Pasukan Jualan tempatan anda akan menghubungi anda untuk maklumat lebih lanjut

    Wakil untuk diiktiraf tidak akan dibenarkan. Jika rakan jenama Young Living yang layak diiktiraf tidak dapat hadir ke acara, slot pengiktirafan di pentas dan hadiah mereka akan dibatalkan.


    Sekatan Perjalanan & COVID

    Berkenaan sekatan perjalanan dan protokol vaksinasi, kami akan mengikut arahan dan peraturan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri Singapura. Memandangkan protokol sentiasa berubah-ubah, kami menyarankan anda memeriksa laman sesawang rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum membeli tiket:
    - Lembaga Pemeriksaan & Imigresen Singapura
    - Badan Pelancongan Singapura berkenaan Acara

    Kesihatan dan keselamatan peserta acara ini adalah keutamaan kami. Sila pastikan anda memainkan peranan dalam memastikan kita semua kekal selamat (cthnya, memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial).





    Butiran lanjut akan diberikan!