Lantern Diffuser

Lengkapkan dekorasi anda dan tetapkan mood dengan Pembaur Lantern. Satu jemputan yang mesra dan ramah untuk tetamu, lantera menawan yang dihasilkan daripada perincian logam dan kaca yang indah ini mengubah mana-mana ruang dengan merebakkan aroma minyak pati kegemaran anda ke udara.

    Dengan masa operasi lebih lama dan lampu 11 ciri, termasuk mod lilin meliuk-liuk yang memikat, Pembaur Lantern ini pelengkap sempurna buat sebarang keadaan atau perjumpaan. Pembaur Lantern juga berfungsi sebagai pelembap dan pengabus dan merupakan salah satu pembaur paling versatil yang ditawarkan Young Living.
      Pembaur Lantern menampung 200ml air, atau 7/8 cawan. Ia akan beroperasi selama 5 jam secara berterusan pada mod Tinggi dan 8 jam berterusan pada mod Rendah. Ia akan beroperasi selama 10 jam - 1 minit terpasang, 1 minit dimatikan - pada mod Jeda.*
        Pembaur Lantern datang bersama minyak pati Lavender dan Lemon bersaiz 5-ml percuma. *Masa operasi mungkin berbeza bergantung kepada jenis minyak pati dna jumlah titisan yang digunakan.

Item No.
Item
Borong:
Runcit:
PV

Item ini pada masa ini tidak tersedia untuk dibeli.

Produk ini hanya boleh dibeli oleh ahli Young Living. Untuk menjadi ahli Young Living klik pada pautan Menjadi Ahli di bahagian atas halaman ini.

* Semua harga yang ditunjukkan termasuk VAT. Tidak termasuk caj penghantaran.

Gambaran Produk

Gambaran Produk

Ciri-Ciri & Faedah
  • Menyediakan satu kaedah sempurna untuk menenangkan diri, menghapus bau hapak dan mencipta satu suasana yang diselubungi aroma yang damai dan harmoni
  • Menawarkan tiga mod penggunaan bagi menikmati pengalaman yang berbeza
  • Berfungsi berterusan selama lebih kurang 5 jam pada mod Tinggi
  • Berfungsi berterusan selama lebih kurang 8 jam pada mod Rendah
  • Berfungsi selama lebih kurang 10 jam - 1 minit pasang, 1 minit padam - pada mod bersela
  • Mempunyai 11 penetapan lampu berbeza yang boleh dipadam atau berfungsi sebagai pembaur secara bebas
  • Ini termasuk mod berkelip seperti lilin yang romantik
  • Ini termasuk mod kitaran lampu yang menukar warna secara perlahan-lahan dari satu lampu ke lampu yang lain setiap 5 saat
Kandungan
  • Pembaur Lantern
  • Penyesuai kuasa AC
  • Manual Operasi
Penggunaan Yang Disyorkan

Penggunaan Yang Disyorkan


  • 1. Alihkan kedua-dua penutup luar dan dalam.
  • 2. Isikan air bersuhu bilik sehingga mencapai garis penanda isian air dan jangan melebihi garisan tersebut. Pastikan palam pembaur tidak terpasang semasa mengisi atau mengosongkan air dalam takungan air.
  • 3. Titiskan 8-10 titis minyak pati Young Living.
  • 4. Letakkan semula kedua-dua penutup pada unit; selarikan alur pada penutup dalam dengan separa bulatan di bahagian tepi takungan air.
  • 5. Pasangkan penyesuai kuasa pada salur keluar kuasa.
  • 6. Tekan butang kuasa untuk memasang pembaur. Tekan sekali untuk mod Tinggi, tekan dua kali untuk mod Rendah dan tekan tiga kali untuk mod Bersela.
  • Tekan butang lampu untuk menukar-nukar mod lampu dan warna.
Rujuk pada Manual Operasi Pembaur Lantern untuk arahan terperinci.
Ketahui Lebih Lanjut

Ketahui Lebih Lanjut

Latar Belakang Produk
Pembaur Lantern dicipta dengan teknologi terkini dan reka bentuk yang menawan yang hanya boleh anda dapati dari Young Living. Pembaur ini melengkapkan dekorasi kediaman atau pejabat anda tanpa mengganggu estetik anda, beroperasi lebih lama dan menawarkan pelbagai ciri-ciri pencahayaan. Pembaur Lantern merupakan satu daripada pembaur serba boleh yang ditawarkan oleh Young Living.
Kawasan Pembauran: Bilik Tidur Saiz Sederhana (lebih kurang 30 m2 / 323 kaki2)
Jangka Masa Operasi: Maksimum 10 jam
Saiz/Dimensi: 243 mm tinggi x 139 mm diameter
Saiz Takungan Air: 200 ML
Berat: 27.23 auns (0.77kg)
Pengeluaran Wap: 30 ml air & minyak/jam
Tahap Bunyi: <44dB)
Aksesori:
  • 23740 - Penutup Pengganti
  • 21027 - Motor Pengganti
  • 5260 - Alas Ultrasonik
  • 21029 - Penyesuai Kuasa
Ciri-Ciri Tambahan:
  • 3 mod operasi
  • 11 pilihan lampu
  • Pemadaman automatik