Di Rumah


Rumah merupakan tempat perlindungan anda di mana anda jalankan kehidupan anda dengan keluarga dan rakan-rakan serta diselubungi memori. Di rumah, anda cuba untuk memperbaiki kehidupan, mempromosi kesejahteraan dan mencipta satu persekitaran untuk menjalani kehidupan yang lebih bermanfaat.
Sediakan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda dengan segalanya yang sihat, semula jadi dan tanpa toksik. Young Living merupakan rakan yang mampu menyediakannya untuk anda. Dari produk pembersihan yang anda gunakan hinggalah ke ubat gigi dalam kabinet ubat anda, rumah anda akan menjadi tempat bermulanya kehidupan penuh kesejahteraan.

Kategori

Thieves

Campuran Thieves® Young Living yang unik ini dihasilkan mengikut tradisi empat pencuri warga Perancis pada kurun ke-15 yang telah mencipta gabungan aromatik bunga cengkih, rosemary dan tumbuhan lain yang istimewa. Rangkaian produk Thieves® kami, yang mungkin merupakan produk campuran minyak pati paling versatil, membawakan alternatif yang selamat ke rumah anda agar anda dapat menggantikan bahan kimia yang membahayakan kepada rumusan berkesan dengan keharuman yang menakjubkan yang dihasilkan secara semula jadi.

KidScents

Rangkaian KidScents® kami merupakan koleksi produk terseduh minyak pati yang dirumuskan khas bagi mengendali urusan kehidupan kanak-kanak. Dari vitamin dan ubat gigi ke produk mandian, produk terseduh minyak pati diperbuat melalui rumusan yang lembut dan selamat. Kami juga menawarkan rangkaian minyak pati untuk kanak-kanak yang dicampurtkan secara khusus untuk memenuhi keperluan anak anda.