Terma & Syarat Promosi PV April

BUTIRAN PROMOSI - APRIL 2019

TEMPOH PROMOSI:

Promosi sah dari 1 April 2019 hingga 30 April 2019, sementara stok masih ada.

PROMOSI BARANGAN & TINGKAT KELAYAKAN:

1. 400PV ke atas (untuk pesanan ER/SO) - Manuka 5ml, Sacred Frankincense 15ml
2. 250PV ke atas (untuk pesanan ER/SO) - Manuka 5ml
3. 190PV ke atas (untuk Tawaran Pembeli Terawal bagi pesanan ER yang dibuat dari 1-15 April 2019 sahaja) - PanAway 5ml
4. 120PV – 189PV (untuk Tawaran Pembeli Terawal bagi pesanan ER yang dibuat dari 1-15 April 2019 sahaja)- Melaleuca Alternifolia 5ml
5. 100PV ke atas (Untuk pesanan ER/SO) - Penghantaran Percuma

PLATFORM PESANAN:

1. DALAM TALIAN (Virtual Office)
2. Pesanan melalui E-MEL/hubungi Member Services (MS)

PEMENUHAN PESANAN melalui:

Penghantaran sahaja (caj akan dikenakan kecuali dengan pembelian sekurang-kurangnya 100PV, di mana penghantaran adalah percuma)

TERMA & SYARAT

1. Promosi ini terbuka untuk Ahli Young Living Malaysia semasa tempoh promosi sahaja.
2. Promosi ini terbuka untuk Pesanan Essential Rewards (ER) bagi tingkat Promosi 100PV, 120PV – 189PV, 190PV, 250PV dan 400PV. Penambahan tidak dibenarkan. Terhad kepada satu (1) pesanan Essential Rewards yang layak bagi setiap bulan.
3. Promosi ini terbuka untuk Pesanan Standard Order (SO) bagi tingkat Promosi 250PV dan 400PV sahaja. Penambahan tidak dibenarkan.
4. Minimum PV hendaklah dicapai dalam satu pesanan tunggal. Pesanan separa yang dibuat sepanjang bulan kelayakan tidak boleh digabungkan untuk menikmati tawaran tersebut.
5. Promosi PV bukan bersifat kumulatif.
6. Barang percuma tidak boleh dikembalikan dan ditukar.
7. Tawaran adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada.
8. Young Living Malaysia berhak untuk menggantikan mana-mana barang dengan barang yang mempunyai nilai yang sama sekiranya barang tersebut tidak boleh didapati atau membatalkan/menamatkan promosi ini atas budi bicara syarikat.
9. Young Living Malaysia berhak untuk menamatkan promosi sebelum tempoh promosi berakhir.
10. Versi bahasa Inggeris bagi Terma & Syarat ini hendaklah diutamakan sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau tidak konsisten didapati pada terjemahan bahasa Cina dan bahasa Melayu.

TERMA & SYARAT: PENGHANTARAN

1. Pesanan hanya boleh didapati MELALUI PENGHANTARAN SAHAJA dari 1 April – 31 Mei 2019. Disebabkan oleh kerja-kerja pengubahsuaian di Will Call/Experience Center, pilihan untuk mengambil sendiri pesanan tidak akan tersedia sehingga diberitahu kelak. Nota Penting: Jika anda telah memilih Will Call untuk mengambil pesanan Essential Rewards anda, sila layari ke Virtual Office dan tukar kaedah penghantaran anda ke Penghantaran Tempatan dan kemas kini alamat penghantaran anda supaya pesanan anda dapat dihantar terus kepada anda tanpa sebarang kelewatan.
2. Penghantaran percuma dengan pesanan minimum 100PV untuk Essential Rewards/Standard Order. Bagi pesanan bawah 100PV, caj penghantaran biasa akan dikenakan.
3. Sebaik sahaja pesanan diproses atau melepasi tarikh Essential Rewards, apa-apa perubahan pada alamat tidak akan diterima dan penghantaran akan dilakukan ke alamat yang sedia ada.
4. Sebaik sahaja pesanan diproses atau melepasi tarikh Essential Rewards, pembatalan penghantaran tidak dibenarkan. Sila terima bungkusan tersebut dan pulangkan ke Young Living setelah mendapatkan nombor Pengesahan Pengembalian Barang (RMA).
5. Jika anda (baris atasan) membuat pesanan bagi pihak ahli baris bawahan anda, sila pastikan bahawa ahli baris bawahan anda sedar akan pesanan tersebut supaya dia akan menerima dan bukannya menolak bungkusan tersebut setelah dihantar.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Soalan berkaitan pesanan
S1: Di mana saya boleh dapatkan senarai promosi di Virtual Office?
J: Log masuk ke Virtual Office, klik pada Member Resources > April Promotion

S2: Bolehkah saya jumpa terus dan buat pesanan di Will Call (pejabat YL)?
J: Tidak. Will Call/Experience Center akan ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian dari 1 April – 31 Mei 2019. Dalam tempoh ini, pesanan melalui Will Call TIDAK AKAN TERSEDIA.

S3: Bolehkah saya menghantar e-mel atau menghubungi Member Services (MS) untuk membuat pesanan?
J: Ya. Promosi ini juga boleh didapati bagi Pesanan Dalam Talian di Virtual Office.

S4: Bolehkah saya membuat pesanan Dalam Talian di Virtual Office dan mengambil pesanan saya di Will Call (Pejabat YL)?
J: Tidak. Will Call/Experience Center akan ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian dari 1 April – 31 Mei 2019. Semasa tempoh ini, pengambilan di Will Call TIDAK AKAN TERSEDIA, sila rujuk kepada Terma & Syarat berkaitan Penghantaran di atas.

S5: Bolehkah saya membuat berbilang pesanan dalam talian dan hantarkan ke alamat yang sama dengan caj penghantaran 1-kali sahaja?
J: Caj penghantaran dikenakan ke atas setiap pesanan yang dilakukan. Kami sarankan supaya anda menggabungkan pesanan anda mengikut had promosi.

S6: Adakah saya perlu membayar fi penghantaran?
J: Ya. Caj penghantaran berikut akan dikenakan kecuali dinyatakan sebaliknya.

Standard Order
0kg – 2kg RM20.00
2kg – 3kg RM25.00
3kg ke atas RM30.00

Pesanan Essential Rewards
0kg – 2kg RM15.00
2kg – 3kg RM20.00
3kg ke atas RM25.00

S7: Apa telah berlaku?
- Saya cuba untuk membuat pesanan Dalam Talian (melalui Virtual Office), tetapi saya tidak dapat meneruskan untuk membuat pembayaran. Apa telah berlaku?
- Saya tidak dapat masukkan produk ke troli. Apa telah berlaku?
- Saya tidak dapat melihat barangan promosi dalam talian. Apa telah berlaku?

J: Semua senarai barangan promosi boleh didapati di Virtual Office > Member Resources > April Promotion. Jika anda tidak dapat melihat/membuat pesanan, kami sarankan supaya anda melakukan yang berikut:

Langkah 1: Segar semula laman anda. Jika anda masih tidak boleh melihat barangan tersebut, sila teruskan ke Langkah 2.
Langkah 2: Kosongkan Cache.
Mengosongkan cache dalam Chrome:
1. Buka Chrome pada komputer anda.
2. Pada sudut kanan atas, klik Lagi.
3. Klik Lagi alatan > Kosongkan data semakan imbas.
4. Di bahagian atas, pilih julat masa. Untuk memadam kesemuanya, pilih Sepanjang masa.
5. Tanda kotak-kotak di sebelah "Kuki dan data tapak yang lain" dan "Imej dan fail yang dicache".
6. Klik Kosongkan data.

Dalam aplikasi-aplikasi pelayar yang lain:
Jika anda menggunakan Firefox atau pelayar-pelayar yang lain, lihat laman sokongannya untuk mendapatkan arahan.
Langkah 3: Cuba buat pesanan anda sekali lagi.

Nota: Jika setelah mengosongkan cache dan anda masih tidak dapat meneruskan dengan membuat pesanan anda, kami sarankan supaya anda lawat semula troli pembelian anda kerana kemungkinan satu daripada barangan tersebut sudah kehabisan stok dan sistem belum disegerakkan lagi.

Soalan berkaitan pembayaran
S: Bagaimana jika pembayaran saya masuk ke batch 103?
J: Sila benarkan 24 jam perniagaan untuk pesanan di bawah batch 103 ditentusahkan. Produk akan disimpan dan dihantar sebaik sahaja pembayaran berjaya dilakukan. Jika pembayaran kemudiannya ditolak, pesanan tersebut akan dibatalkan. Sila pastikan semua pesanan diproses semula pada hari bekerja yang berikutnya untuk layak mendapatkan harga promosi.

PERINGATAN LAIN-LAIN

Sila pastikan bahawa alamat penghantaran di Virtual Office telah dikemaskinikan dan butirannya dimasukkan ke kolum yang betul cth. jangan masukkan Poskod di bawah kolum Bandar.
Sila pastikan bahawa nombor anda untuk dihubungi sentiasa dikemaskinikan.
Menurut seksyen Dasar dan Tatacara Young Living, ahli hanya dibenarkan untuk melakukan penjualan semula produk kepada bukan ahli pada julat harga antara 10% lebih daripada Harga Borong dan 24% daripada Harga Runcit. Ini tidak boleh dipakai untuk barangan percuma atau barangan yang dibeli semasa promosi istimewa. Oleh itu, apa-apa diskaun bulanan atau istimewa daripada Young Living ke atas produk adalah ditawarkan khas untuk ahli sahaja.
Seperti yang dinyatakan di atas, promosi ini tidak boleh ditawarkan sebagai produk jualan semula kepada bukan ahli. Ahli juga tidak dibenarkan untuk menggunakan inventori lebihan mereka sendiri dan meniru promosi yang serupa semasa tempoh jualan bulanan atau istimewa Young Living berlangsung.
- DOKUMEN TAMAT -