Soalan Lazim Essential Rewards

Mata yang diperoleh daripada Essential Rewards merupakan satu daripada cara untuk kami menunjukkan penghargaan kami terhadap ahli Young Living! Apabila anda mendaftar untuk Essential Rewards, anda bukan sahaja akan mendapat penghantaran pesanan anda terus kepada anda secara automatik, malah anda juga akan dapat menerima mata yang boleh digunakan untuk mendapatkan barangan kegemaran anda, penghantaran terdiskaun dan hadiah kesetiaan bagi pesanan yang berturut-turut. Bagi membantu anda untuk memulakan langkah, berikut ialah jawapan-jawapan bagi soalan-soalan lazim tentang Essential Rewards:

Umum

S: Bagaimana cara untuk saya mendaftar bagi program Essential Rewards?
J: Anda boleh mendaftar melalui satu daripada cara-cara mudah yang berikut:

1. Secara dalam talian melalui Virtual Office
2. Melalui telefon di 1800 189 889
S: Bolehkah saya menukar barangan dalam pesanan Essential Rewards saya dan masih menerima semua faedah dalam program tersebut?

J: Ya. Anda boleh menukar barangan tersebut pada bila-bila masa sehingga 12 pg (tengah malam), MYT, pada tarikh pemprosesan anda (yang telah ditentukan semasa anda mendaftar untuk program tersebut).
S: Bolehkah saya membuat perubahan pada pesanan Essential Rewards saya dalam talian?

J: Ya. Anda boleh membuat perubahan pada pesanan Essential Rewards anda dalam talian pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun, anda hendaklah menghubungi ejen Member Services untuk membatalkan pesanan anda.
S: Jika saya ingin membatalkan pendaftaran saya dalam program Essential Rewards, bolehkah saya lakukannya dalam talian?

J: Tidak. Semua pembatalan terhadap pendaftaran Essential Rewards mestilah dibuat melalui telefon dengan seorang daripada ejen Member Services kami yang sentiasa sudi membantu.
S: Adakah saya perlu membuat pesanan setiap bulan?

J: Ya. Program Essential Rewards menawarkan ganjaran bagi penghantaran yang diproses setiap tahun. Penghantaran terdiskaun, penerimaan hadiah kesetiaan dan mata ganjaran, serta mengekalkan peratusan mata ganjaran yang tinggi bergantung kepada pesanan yang dibuat secara berturut-turut.
S: Adakah masih terdapat tawaran untuk tempoh ihsan?

J: Mulai 1 November 2016, pilihan untuk memilih tempoh ihsan tidak lagi boleh didapati. Ahli tidak akan dapat memilih pilihan ini dalam talian atau menghubungi dan memintanya melalui Member Services. Jika ahli ketinggalan dua atau lebih pesanan dalam masa setahun, dia hendaklah mula semula dengan kelayakan hadiah kesetiaan dan mula mengumpul mata sekali lagi pada tahan 10 peratus. Apa-apa hadiah kesetiaan yang diterima sebelum ini tidak boleh didapati selepas melayakkan diri semula.

Penerimaan Hadiah

S: Bagaimana cara untuk saya menerima hadiah melalui program Essential Rewards?

J: Apabila anda membuat pesanan Essential Rewards berturut-turut secara automatik, anda akan menerima pelbagai hadiah eksklusif. Anda akan layak untuk menerima hadiah-hadiah tersebut apabila anda membuat pesanan Essential Rewards berturut-turut selama 3, 6, 9, dan 12 bulan. Selepas 12 bulan, anda akan menerima hadiah bagi setiap 12 bulan tambahan bagi pesanan yang berturut-turut.
S: Bagaimana boleh saya menerima hadiah saya?

J: Hadiah itu akan dimasukkan secara automatik ke pesanan Essential Rewards yang telah diproses seterusnya. Sebagai contoh, jika seorang ahli mencapai bulannya yang ketiga dalam bulan November, hadiah bagi bulan ketiga akan dimasukkan ke pesanan Essential Rewards dalam bulan December.
S: Jika saya dapat menerima hadiah tetapi tidak membuat sebarang pesanan, bolehkah saya menerima semula hadiah tersebut?

J: Tidak. Anda hanya boleh menerima hadiah pada satu-satu masa sahaja. Sebagai contoh, anda mungkin dapat menerima hadiah bagi bulan ketiga tetapi membatalkan pesanan Essential Rewards anda. Jika anda mula semula pesanan Essential Rewards anda pada bulan selepas anda menerima hadiah, hadiah itu akan dimasukkan ke pesanan Essential Rewards anda yang telah diproses seterusnya, jika anda memilih untuk mengaktifkan semula program tersebut.
S: Jika saya mempunyai pesanan Essential Rewards aktif yang diproses secara bulanan, bagaimana cara untuk saya menerima hadiah saya?

J: Kami mula menjejaki pesanan Essential Rewards ahli yang berturut-turut sejak Oktober 2016, termasuk pesanan mereka yang mengekalkan pesanan Essential Rewards secara aktif sebelum tempoh tersebut. Ini bermakna bahawa Oktober merupakan bulan pertama bagi semua individu untuk mula melayakkan diri bagi menerima hadiah Essential Rewards bagi pesanan yang berturut-turut. Sebaik sahaja ahli mencapai kelayakan untuk menerima hadiah, is akan dihantar dengan pesanan Essential Rewards yang telah diproses seterusnya.
S: Adakah saya masih boleh bertukar di antara pasaran OTG dan NFR dan mengekalkan kelayakan saya?

J: Tidak. Di bawah dasar yang baharu, Essential Rewards dan Promosi NFR AS akan dialihkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik di sini untuk mendapatkan FAQ tentang Dasar NFR.
S: Adakah Longevity Essential Rewards yang lama masih lagi berkesan?

J: Ya. Semua ahli baharu yang mendaftar untuk Essential Rewards pada atau sebelum 30 September 2016 akan dinaungkan di bawah program MY Longevity Gifts yang lama (cth. hadiah Pembaur untuk bulan ketiga), termasuk ahli yang ada dalam program yang sedia ada, sehingga mereka layak untuk menerima hadiah untuk bulan ke-12.

Ahli-ahli ini juga akan layak untuk menerima hadiah kesetiaan yang baharu, mulai Oktober 2016.

Penerimaan Mata

S: Berapa mata yang saya terima dengan pesanan Essential Rewards saya?

J: Anda akan menerima mata berdasarkan peratus PV anda bagi setiap pesanan Essential Rewards. Peratus yang anda terima bergantung kepada jumlah bulan di mana anda membuat pesanan Essential Rewards secara berturut-turut. Tiada had bagi jumlah mata yang anda terima dalam sebulan.
1 – 3 bulan: 10 peratus bagi setiap pesanan Essential Rewards
4 – 24 bulan: 20 peratus bagi setiap pesanan Essential Rewards
25+ bulan: 25 peratus bagi setiap pesanan Essential Rewards
S: Bagaimana cara untuk saya ketahui jumlah peratus pada mata yang saya peroleh selepas perubahan di bulan September 2016?

J: Semua ahli yang telah memproses pesanan Essential Rewards berturut-turut sebelum ini akan menerima mata dalam sistem baharu berdasarkan kepada jumlah pesanan Essential Rewards berturut-turut yang mereka buat sebelum 1 September 2016. Sebagai contoh, seorang ahli yang telah memproses pesanan Essential Rewards sebanyak 18 kali berturut-turut, beliau akan berada di tahap 20 peratus. Seseorang individu yang telah memproses pesanan Essential Rewards sebanyak 28 kali berturut-turut akan mula di tahap 25 peratus.
S: Adakah terdapat PV minimum untuk pesanan saya?

J: Ya. Pesanan Essential Rewards bulanan anda di Malaysia hendaklah sekurang 100 PV untuk melayakkan diri.

Menebus Mata

S: Bagaimana cara untuk saya menebus mata?


J: Anda boleh menebus mata anda secara dalam talian di daftar keluar dengan memilih “Apply Points” atau dengan menghubungi Members Services di 1800 189 889. Maklumat lanjut tentang penebusan mata boleh didapati dengan melog masuk ke Virtual Office dan membaca tutorial ER .
S: Berapa jumlah mata yang boleh saya tebus setiap bulan?

J: Anda boleh menebus sehingga 375 mata setiap bulan.
S: Jika saya membatalkan pesanan Essential Rewards saya, adakah saya akan kehilangan mata saya?

J: Jika anda memilih untuk membatalkan pendaftaran anda dengan program Essential Rewards, anda akan kehilangan semua mata Essential Rewards anda yang belum digunakan. Anda hendaklah menghubungi Member Services untuk membatalkan pendaftaran. Penyertaan bulanan anda dalam program ini, jika diteruskan, akan mengumpulkan semula mata pada tahap 10 peratus.
S: Adakah saya akan dapat mengekalkan mata yang diterima bagi produk yang dikembalikan.

J: Tidak. Anda akan kehilangan apa-apa mata yang diterima bagi produk yang anda kembalikan.
S: Secepat manakah saya boleh menebus mata yang saya terima?

J: Anda akan menerima mata sebaik sahaja pesanan anda dihantar. Anda boleh menebus mata pada bila-bila masa selepas anda menyertai program ini selama dua bulan.
S: Apabila menebus mata saya, adakah saya perlu mengikut jumlah harga atau PV yang terdapat pada senarai harga?

J: Apabila menebus mata Essential Rewards, guna jumlah PV dan bukannya jumlah harga. Sebagai contoh, jika anda mempunyai 50 mata, anda boleh menebusnya dengan apa-apa produk yang bernilai sehingga 50 PV. Mata hanya boleh ditebus dengan produk yang mempunyai nilai PV penuh. Tidak semua produk boleh didapati dan barangan yang dibeli dengan mata yang diperoleh daripada Essential Rewards tidak boleh dikembalikan.
S: Bolehkah saya menggunakan mata saya untuk produk promosi seperti barangan terdiskaun?

J: Anda boleh membeli apa-apa produk yang selalu tersedia pada harga tetap sebagai sebahagian daripada pesanan Essential Rewards anda, tetapi anda tidak akan mendapat harga terdiskuan jika barangan tersebut menjadi sebahagian daripada pesanan mata Essential Rewards anda. Beberapa barangan promosi mungkin tidak boleh didapati untuk dibeli langsung dengan menggunakan mata Essential Rewards. Kit Essential Rewards tidak boleh ditebus, manakala beberapa produk lain mempunyai had masa tertentu selepas dikeluarkan, seperti produk yang dilancarkan ketika Konvensyen Antarabangsa tahunan kami. Sila hubungi Member Services di 1800 189 889 untuk keterangan lanjut tentang barangan tertentu.
S: Adakah mata saya mempunyai tarikh luput?

J: Ya. Mata yang tidak digunakan akan luput secara berkala dalam tempoh 12 bulan. Ini bermakna, mata itu akan lupus selepas 12 bulan ia diterima.

Penghantaran

S: Bolehkah saya menggunakan mata Essential Rewards saya sebagai kos penghantaran?

J: Tidak. Mata hanya boleh ditebus dengan barangan yang mempunyai nilai PV penuh.
S: Bolehkah saya memilih kaedah penghantaran yang lain?

J: Tidak. Hanya terdapat satu kaedah penghantaran di YL Malaysia.
FAQS BERIKUT MERUJUK KEPADA PEMBAIKAN YANG DIBUAT PADA PROGRAM ER YANG BERKUAT KUASA PADA 1 SEPTEMBER 2016.

Jumlah Terkini* Mata ER Terkumpul

1-6 bulan - 10%
7-12 bulan - 15%
12+ bulan - 20%
*Jumlah terkini Mata ER yang Terkumpul sehingga 1 September 2016

Jumlah BAHARU Mata ER Yang Terkumpul**

1-3 bulan - 10%
4-24 bulan - 20%
25+ bulan - 25%

Loyalty Gift** BAHARU Mulai 1 Oktober, 2016

3 bulan- 1 x Orange (15ml)
6 bulan - 1 x AromaEase (5ml)
9 bulan - 1 x R.C. (15ml)
12 bulan - Campuran Eksklusif Loyalty
Ulangtahun ER (24 bulan dan secara tahunan) – Campuran Eksklusif dicipta secara tahunan
** Pasaran Malaysia dan Singapura memerlukan 100 PV untuk pesanan ER bagi melayakkan diri untuk mendapat himpunan peratus dan hadiah kesetiaan.
S: SEBAGAI AHLI SEDIA ADA UNTUK ER, ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KESETIAAN?
J: Setiap ahli YL yang menyertai program ER* adalah layak untuk menerima hadiah Kesetiaan ER; namun, semua peserta ER akan mula pada bulan pertama dalam bulan October 2016 atau pada bila-bila seorang ahli itu mendaftar dalam ER buat kali pertama.

Ahli yang ingin melayakkan diri bagi menerima hadiah bonus ini hendaklah mengekalkan minimum 100PV pesanan ER dan membuat pesanan berturut-turut pada jumlah bulan yang tertentu.
S. BAGAIMANA CARA UNTUK SAYA MENERIMA HADIAH PERCUMA SAYA?
J: Hadiah percuma tersebut akan dimasukkan ke pesanan ER yang diproses pada bulan kelayakan berturut-turut yang seterusnya (ke-3, ke-6, ke-9, ke-12). Sebagai contoh, jika seorang ahli mencapai bulan kelayakan yang ketiga pada bulan Disember, hadiah untuk bulan ke-3 akan dimasukkan ke dalam pesan ER beliau di bulan Januari.
S. BOLEHKAH SEORANG AHLI ER MENERIMA HADIAH DARIPADA SETIAP TAHAP BERULANG KALI?
J: Seorang ahli layak untuk menerima hadiah kesetiaan pada mana-mana tanda aras (3, 6, 9, 12 bulan) sekali – kecuali hadiah kesetiaan tahunan (bermula pada bulan ke-24 dan kemudian setiap 12 bulan selepas itu). Jika seseorang ahli terlepas untuk membuat satu bulan pesanan ER, mereka akan memulakan pengiraan kelayakan mereka dari awal DAN ahli tersebut tidak boleh melayakkan diri semula untuk mendapatkan hadiah kesetiaan yang mereka telah terima sebelum ini.

Sebagai contoh: Jika seseorang ahli menerima hadiah kesetiaan bulan ke-3 pada bulan ke-4 pesanan ER mereka dan kemudian terlepas pesanan ER ke-5, mereka hendaklah mula semula dengan kelayakan hadiah kesetiaan bulan ke-6 mereka. Apabila ahli tersebut mencapai penanda bulan ke-3 mereka untuk kali yang kedua, mereka tidak akan menerima hadiah kesetiaan tambahan untuk bulan ke-3, malah, hadiah kesetiaan yang layak untuk mereka terima seterusnya ialah hadiah kesetiaan untuk bulan ke-6.
S: PADA TAHAP PERATUS MANAKAH SEORANG AHLI YANG SEDIA ADA AKRU MATA ER KETIKA PEMBAIKAN TELAH DIKUATKUASAKAN?
J: Ahli ER yang sedia ada akan menerima mata ER bermula dari September 2016, berdasarkan jumlah pesanan ER yang berturutan dan diproses sehingga ke tahap pelaksanaan pembaikan-pembaikan tersebut.
Contoh: Jika seorang ahli membuat pesanan ER secara konsisten selama 18 bulan berturut-turut, beliau akan mula akru mata ER pada 20%. Jika seorang ahli membuat pesanan ER secara konsisten (dengan PV minimum memenuhi keperluan pasaran) bagi 30 bulan berturut-turut, beliau akan mula akru mata ER pada 25%.
S. ADAKAH MASIH TERDAPAT TEMPOH IHSAN DALAM PEMBAIKAN PROGRAM ER?
J. Tempoh ihsan itu direka bagi membenarkan ahli untuk melangkau satu pesanan ER tanpa kehilangan jumlah mata ER yang terkumpul. Mulai 1 November 2016, pilihan untuk memilih satu tempoh ihsan tidak lagi boleh didapati. Ahli tidak akan dapat memilih pilihan ini secara dalam talian atau menghubungi dan memohon melalui Member Services. Jika seorang ahli terlangkau sebulan, beliau akan kehilangan mata ER dan hendaklah mula semula dengan kelayakan hadiah kesetiaan (apa-apa hadiah kelayakan yang diterima sebelum ini tidak boleh didapati untuk kelayakan semula) dan akan mula mengumpul mata semula pada tahap 10%.
S. BILA PEMBAIKAN PROGRAM INI AKAN DIKUATKUASAKAN?
J. 1 September 2016: Peratus Bonus Tingkat Baharu

1 Oktober 2016: Hadiah Kesetiaan Baharu (MY / SG)
S. APA AKAN BERLAKU KEPADA AHLI YANG LAYAK BAGI PROGRAM MY/SG LONGEVITY GIFTS YANG SEDIA ADA?
J. Semua ahli baharu yang mendaftar untuk Essential Rewards pada atau sebelum 30 September 2016 akan diletakkan di bawah naungan program SG/MY Longevity Gifts yang sedia ada (cth. hadiah Pembaur bulan ke-3), termasuk ahli yang telahpun mendaftar untuk program yang sedia ada sehingga mereka layak untuk menerima hadiah bulan ke-12.


Ahli-ahli ini juga akan layak untuk menerima hadiah kesetiaan yang baharu mulai Oktober 2016.