Peluang

Soalan Lazim Ganjaran

Umum
Memperoleh Mata
Menebus Mata
Penghantaran

Umum

S: Bagaimana saya boleh mendaftar untuk program Ganjaran Essential?

J: Anda boleh mendaftar melalui satu daripada dua cara mudah:

Dalam talian melalui Pejabat Maya.Melalui telefon di 1-800-371-3515.

S: Bolehkah saya menukar item dalam pesanan Ganjaran Essential saya dan masih menerima semua faedah program? J: Ya. Anda boleh menukar item pada bila-bila masa sehingga 12 tengah malam pada tarikh pemprosesan anda (ditentukan oleh anda semasa anda mendaftar).

S: Bolehkah saya membuat perubahan pada pesanan Ganjaran Essential saya secara dalam talian?
J: Ya. Anda boleh membuat perubahan pada pesanan Ganjaran Essential anda secara dalam talian pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda perlu menghubungi Khidmat Pelanggan untuk membatalkan pesanan anda.

Memperoleh Mata

S: Berapakah mata yang saya perolehi untuk pesanan Ganjaran Essential saya?
J: Sepanjang enam bulan pertama berturut-turut menyertai program Ganjaran Essential, anda menerima mata yang bernilai 10 peratus daripada PV setiap pesanan Ganjaran Essential. Sepanjang enam bulan kedua berturut-turut, anda menerima mata yang bernilai 15 peratus daripada PV setiap pesanan Ganjaran Essential. Pada bulan ke-13 dan seterusnya, anda menerima mata yang bernilai 20 peratus daripada PV setiap pesanan Ganjaran Essential.
************MASUKKAN CARTA DI SINI******************
S: Adakah terdapat PV minimum untuk pesanan saya?
J: Ya. Pesanan bulanan anda mesti sekurang-kurangnya 50 PV.

Menebus Mata

S: Bagaimanakah saya boleh menebus mata ganjaran saya?
J: Anda boleh menebus mata anda dengan menghubungi Khidmat Pelanggan di 1-800-371-3515

S:Berapakah mata yang saya boleh tebus setiap bulan?
J: Anda boleh menebus sehingga 350 mata setiap bulan.

S: Jika saya membatalkan pesanan Ganjaran Essential saya, adakah saya akan kehilangan mata?
J: Jika anda membatalkan pesanan Ganjaran Essential anda, anda kehilangan semua mata Ganjaran Essential anda yang belum digunakan, dan penyertaan bulanan anda dalam program, jika disambung semula, bermula balik pada peringkat 10-peratus.

S: Adakah saya dapat mengekalkan mata yang diperoleh untuk produk yang dipulangkan?
J: Anda akan kehilangan sebarang mata yang diperoleh atas produk yang kemudiannya anda pulangkan.

S: Berapa cepatkan saya boleh menebus mata yang saya perolehi?
J: Anda memperolehi mata sebaik sahaja pesanan anda dihantar. Anda boleh menebus mata pada bila-bila masa selepas anda menyertai program selama dua bulan.

S: Apabila menebus mata saya, adakah saya merujuk pada jumlah dolar atau jumlah PV dalam senarai harga?
J: Apabila menebus mata Ganjaran Essential, gunakan jumlah PV dan bukannya nilai dolar. Contohnya, jika anda mempunyai 50 mata, anda boleh menebusnya untuk apa-apa produk dengan nilai PV sehingga 50. Mata hanya boleh ditebus untuk produk dengan nilai PV penuh.

S: Bolehkah saya menggunakan mata saya untuk produk promosi, seperti item berdiskaun?
J: Anda boleh membeli sebarang produk yang biasa tersedia pada harga biasa sebagai sebahagian daripada pesanan Ganjaran Essential anda, tetapi anda tidak akan menerima harga diskaun jika item itu sebahagian daripada pesanan mata Ganjaran Essential anda. Sesetengah item promosi mungkin tidak langsung tersedia untuk pembelian dengan menggunakan mata Ganjaran Essential. Hubungi Khidmat Pelanggan di 1.800.371.3515 jika anda mempunyai pertanyaan tentang item spesifik.

S:Adakah mata saya mempunyai tarikh tamat tempoh?
J: Ya. Mata yang tidak digunakan tamat tempoh dalam masa 12 bulan, bermaksud 12 bulan selepas ia diperoleh.

Penghantaran

S: Bagaimanakah saya boleh mendapat kadar penghantaran rata $6.98?

J: Semua pesanan Ganjaran Essential yang beratnya sehingga 5 paun dan dihantar melalui darat dalam AS atau Kanada layak mendapat kadar penghantaran rata ($6.98 AS/$9.75 KAN). Pesanan yang lebih berat ditentukan harga dengan tambahan $0.63 AS untuk setiap paun tambahan selepasnya (dalam kontinental AS dan untuk penghantaran Darat FedEx sahaja). Pesanan yang dihantar ke Alaska dan Hawaii dikenakan yuran rata $12.50 untuk 5 paun pertama dan $1.25 setiap paun seterusnya (penghantaran udara 2Hari FedEx sahaja). Untuk penghantaran antarabangsa, sila hubungi Khidmat Pelanggan Young Living.

S: Bolehkah saya memilih kaedah penghantaran lain?

J: Ya. Walau bagaimanapun, kadar penghantaran rata $6.98 hanya tersedia untuk pesanan yang dihantar menggunakan FedEx Darat (kadar $12.50 dikenakan hanya atas pesanan yang dihantar melalui penghantaran udara 2Hari FedEx ke Alaska atau Hawaii).

S: Bolehkah saya menggunakan mata Ganjaran Essential saya untuk membayar kos penghantaran?

J: Tidak. Mata hanya boleh ditebus untuk produk dengan nilai PV penuh.