Kit Permulaan Baharu

Antara produk pertama yang akan dipesan oleh pengedar baharu, Kit Permulaan baharu ini direka bentuk bagi memberikan pengenalan yang menyeronokkan dengan mencuba sendiri minyak pati, dan menyediakan semua produk dan alat pendidikan yang diperlukan oleh pengedar baharu bagi memahami dan berkongsi mesej Young Living, termasuk:

Sampel Produk

Setiap kit didatangkan dengan dua 2 auns sampel NingXia Red; dua paket sampel bagi setiap lima minyak pati dan campuran paling popular kami-Lemon, Pudina, Lavender, Santai & Menenangkan, dan Thieves; botol 5 ml campuran Legakan Tekanan kami; dan Penyesuai Penggolek AromaGlide™ yang boleh menukarkan sebarang botol minyak pati menjadi penggolek mudah! Kami juga menyertakan tiga paket sampel kad perniagaan supaya anda boleh berkongsi dengan mudah tentang kebaikan minyak pati dengan orang lain. Sampel ini memberikan semua yang diperlukan oleh pengedar baharu Young Living untuk jatuh cinta dengan minyak pati.

Selamat Datang ke Young Living

Selamat Datang ke Young Living ialah pengenalan ringkas kepada Young Living, dengan maklumat yang perlu diketahui tentang cara penggunaan minyak pati kami, sejarah syarikat, gaya hidup Young Living, kategori produk, proses Seed to Seal® eksklusif kami, dan banyak lagi!

S.E.E.D.™ Berkongsi untuk Kejayaan

Buku maklumat kecil ini akan membimbing pengedar baharu dan veteran melalui langkah-langkah untuk membina perniagaan yang berjaya dalam empat peringkat kritikal—Mula, Belajar, Kuasakan, dan Salin—dan menyertakan petua, contoh, dan senarai semak.

Minyak Pati Secara Ringkas

Rujukan mudah dan pantas untuk beberapa minyak pati dan campuran paling popular kami, Minyak Pati Secara Ringkas menawarkan petua berguna bagi membantu anda memperbaiki kehidupan setiap hari dengan minyak pati.

Panduan Sumber Pengedar

Panduan Sumber Pengedar menggariskan sumber yang berguna bagi mempelajari tentang minyak pati dan mendapat sokongan perniagaan.

Panduan Produk

Panduan Produk ialah rujukan a hingga Z untuk semua Produk Young Living.
Pengedar yang mendaftar boleh memilih satu daripada tiga Kit Permulaan:

Kit Permulaan Asas

($40 borong/ 0 PV)
Termasuk: Semua sampel dan risalah yang disenaraikan di atas

Kit Permulaan Asas Tambahan

($75 borong/0 PV)
Termasuk: Semua yang ada dalam Kit Permulaan Asas, termasuk Peresap Rumah yang mudah digunakan

Kit Permulaan Premium

($150 borong/100 PV)
Termasuk: Semua yang ada dalam Kit Permulaan Asas Tambahan, termasuk koleksi Minyak Harian